omniture

FBS Laksanakan Promosi Amal Trade & Aid bersama Ramadan

FBS Trading
2023-04-06 09:00 18
  • FBS akan menyumbangkan 50% daripada dana yang dikumpul daripada promosi Trade & Aid kepada pelbagai pertubuhan kebajikan
  • Para peserta akan menerima bonus deposit tiga kali ganda sehingga $4,500

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 April 2023 /PRNewswire/ -- FBS, broker bertaraf antarabangsa yang berada di lebih 150 negara, melancarkan promosi amal baharu, Trade & Aid, sempena Ramadan 2023. Para pedagang boleh membuka akaun Trade & Aid, mendapat deposit tiga kali ganda, berdagang dan membantu mereka yang memerlukan. 50% daripada wang yang dikumpul semasa promosi akan digunakan untuk menyokong pelbagai pertubuhan kebajikan. Justeru itu, FBS dan para pedagangnya boleh bersama-sama menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dalam bulan mulia ini.

Trade & Aid

Menyokong satu sama lain merupakan perkara paling berharga dan boleh dicapai yang kita ada. FBS menawarkan kepada para pedagangnya untuk melakukan kebaikan dan menyertai promosi Trade & Aid yang bertepatan dengan bulan Ramadan. Semua peserta akan mendapat 300% bonus untuk deposit mereka, berdagang dan membantu orang yang memerlukan kerana FBS akan menghantar komisen daripada wang yang dikumpul kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

Promosi ini bermula pada 5 April dan tamat pada 1 Mei. Setiap pelanggan FBS boleh menyertai promosi ini dengan beberapa ketikan:

1.  Buka akaun Trade & Aid dalam FBS Personal Area mudah alih anda.

2.  Buat deposit pertama sebanyak $100+ secara keseluruhan

3.  Klik 'Dapatkan Bonus' dan terima $300 untuk $100 anda.

4.  Berdagang dan terima bonus 300% bagi setiap deposit yang berikut.

Sebaik sahaja langkah-langkah di atas disempurnakan FBS akan meningkatkan deposit anda kepada tiga kali ganda. Sebagai contoh, selepas anda mendapat $300 untuk $100 pertama anda, anda mula berdagang dan menutup pesanan. Kemudian, anda depositkan $20 lagi dan dapatkan $60 secara automatik sebagai bonus. Peserta-peserta promosi boleh mendapat sehingga $4 500 dalam tempoh promosi ini.

Setelah promosi berakhir, FBS akan menyumbangkan 50% daripada komisen spread daripada pesanan yang ditutup kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang berikut:

  • MyCare (Malaysia)
  • JDC (Pakistan)
  • Angela for Development and Humanitarian Response (Yaman)
  • Nour Fi Elbyut Association (Mesir)
  • Koruncuk Vakfı (Turkiye)
  • Panti Asuhan Taman Harapan Muhammadiyah (Indonesia)
  • Ramadan Memo (Nigeria)

Keputusan promosi akan diumumkan pada 8 Mei jam 13:00 GMT+3 dan diterbitkan di laman sesawang FBS.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai promosi ini, ketik di sini.

Sokongan tetap

Ini bukanlah acara amal pertama yang dilancarkan oleh broker ini. FBS mengumpul lebih $310 000 untuk masyarakat setempat dalam promosi Ramadan 2019 dan mengumpul lebih $241 000 pada tahun berikutnya. Pada tahun 2020, FBS mengadakan promosi Berdagang untuk Membantu (Trade to Help) dan membantu mengumpul sebanyak lebih $434 000 untuk badan-badan kebajikan tempatan.

Pada tahun 2021, promo tahunan yang besar dibahagikan kepada tiga untuk menyokong wilayah-wilayah berbeza dengan lebih baik: promosi Ramadan 2021 membantu mengumpul sebanyak $136 000, promosi Songkran mengumpul sebanyak $10 000, manakala Bonus Amal (Charity Bonus) membantu mengumpul sebanyak lebih $67 000 bagi menderma dana terkumpul kepada pertubuhan kebajikan seperti Colibris Foundation, Smile Charity, Red Cross dan lain-lain.

Mari kita lihat sejauh mana promosi pada tahun ini akan mengubah dunia.

Latar Belakang FBS

FBS ialah jenama bertaraf antarabangsa yang terdapat di lebih 150 negara. Syarikat-syarikat bebas yang disatukan oleh jenama FBS menumpukan perhatian kepada pelanggan mereka dan menawarkan peluang kepada mereka untuk memperdagangkan Margin FX dan CFD.

FBS Markets Inc. – lesen IFSC/000102/310

Tradestone Ltd. – Nombor lesen CySEC 331/17, permit sementara FCA 808276

Intelligent Financial Markets Pty Ltd – Nombor lesen ASIC 426359

 

 

 

Source: FBS Trading
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel