omniture

Air Products bakal Bina Loji Nitrogen Baru dan Lanjutkan Rangkaian Saluran Paip di Pulau Pinang, Malaysia

Air Products
2023-04-06 10:30 19

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 April 2023 /PRNewswire/ -- Air Products (NYSE: APD), syarikat gas industri yang terkemuka di dunia menawarkan perkhidmatan kepada Malaysia selama hampir 50 tahun mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan membina, memiliki dan mengendalikan dua loji nitrogen di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas Pulau Pinang dan Taman Perindustrian Batu Kawan. Syarikat ini akan turut melanjutkan lagi rangkaian saluran paipnya di kedua-dua kawasan. Pelaburan yang strategik dalam kapasiti dan infrastruktur tambahan ini akan mengukuhkan kedudukan utama Air Products di Malaysia Utara dan keupayaannya untuk memenuhi keperluan pasaran.

Air Products telah mewujudkan kehadiran yang kukuh di Pulau Pinang dengan dua unit kilang pengeluaran (Air Separation Unit) yang canggih di Kawasan Perindustrian Prai dan rangkaian saluran paip yang meliputi Kawasan Perindustrian Prai, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Taman Sains Pulau Pinang, Taman Perindustrian Batu Kawan dan Kawasan Perindustrian Valdor. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, Air Products akan membina sebuah loji nitrogen baru di Taman Perindustrian Batu Kawan dan menyambungkan loji ini ke dalam rangkaian saluran paip yang sedia ada.

Syarikat ini juga akan membina sebuah loji nitrogen baru di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas untuk memenuhi permintaan yang berkembang pesat daripada industri elektrik, elektronik dan pembuatan yang lain. Air Products telah membina loji nitrogen pertamanya di sini dan telah beroperasi sejak tahun 2021. 

Dengan menggantikan pengangkutan nitrogen cecair kepada bekalan nitrogen gas melalui saluran paip, Air Products membawa keandalan lebih tinggi dan keberkesanan kos kepada pelanggan, terutamanya mereka dengan permintaan bervolum tinggi. Penukaran ini juga membantu pelanggan mengurangkan emisi karbon dan meningkatkan kemampanan.

"Air Products beroperasi  sekian lama di Malaysia dengan kedudukan utama di utara Malaysia. Pelaburan terkini kami dalam kawasan perindustrian yang berkembang pesat menunjukkan komitmen berterusan kami kepada pertumbuhan mampan negara ini," kata Ramani Velu, presiden Asia Tenggara Air Products. "Kami berdedikasi untuk berkembang bersama pelanggan kami sepanjang perjalanan pertumbuhan dan kemampanan mereka dengan keselamatan, keandalan, kecekapan dan perkhidmatan cemerlang kami."

Air Products telah menawarkan perkhidmatan di Malaysia sejak tahun 1974 dan diiktiraf atas kecemerlangannya dalam operasi yang selamat dan andal. Dengan sembilan kilang pengeluaran canggih dan depoh yang terletak secara strategik di seluruh negara ini, syarikat ini membekalkan gas industri berketulenan tinggi dan berkualiti tinggi untuk pelbagai pasaran, termasuk elektronik, keluli, pemprosesan bahan kimia, pemprosesan logam, makanan, gelas dan banyak lagi.

Latar Belakang Air Products

Air Products (NYSE:APD) ialah syarikat gas industri terkemuka di dunia yang beroperasi selama lebih 80 tahun dengan memberi tumpuan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran tenaga, alam sekitar dan pasaran baru muncul. Syarikat ini memiliki dua tonggak pertumbuhan yang dipacu oleh kemampanan. Perniagaan asas Air Products menyediakan gas industri yang penting, kepakaran peralatan dan aplikasi yang berkaitan kepada pelanggan dalam berpuluh-puluh industri termasuk penapisan, kimia, logam, elektronik, pembuatan dan makanan. Syarikat ini turut membangunkan, merekayasa, membina, memiliki dan mengendalikan beberapa projek gas industri dan penangkapan karbon yang terbesar di dunia, membekalkan hidrogen bersih berskala dunia untuk pengangkutan global, pasaran industri dan peralihan tenaga yang lebih luas. Di samping itu, Air Products merupakan peneraju dunia dalam pembekalan teknologi dan peralatan proses gas asli cecair serta menyediakan jentera turbo, sistem membran dan bekas kriogenik di peringkat global.

Syarikat ini mencapai jualan fiskal 2022 sebanyak $12.7 bilion daripada operasi di lebih 50 negara dan memiliki permodalan pasaran semasa kira-kira $60 bilion. Lebih daripada 21,000 pekerja yang bersemangat, berbakat dan komited daripada pelbagai latar belakang dipacu oleh tujuan lebih tinggi Air Products untuk mencipta penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada alam sekitar, meningkatkan kemampanan dan mentafsirkan semula apa yang mungkin untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh pelanggan, komuniti dan dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.airproducts.com atau ikuti kami di LinkedInTwitterFacebook atau Instagram.

Nota Amaran Berhubung Kenyataan Pandang ke Hadapan: Siaran ini mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan" dalam peruntukan 'safe harbor' Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan dan andaian pengurusan setakat tarikh siaran ini dan bukan jaminan prestasi masa depan. Walaupun kenyataan pandang ke hadapan dibuat dengan niat yang baik dan berdasarkan andaian, jangkaan dan unjuran yang diyakini oleh pihak pengurusan adalah munasabah berdasarkan maklumat yang tersedia ketika ini, prestasi sebenar dan keputusan kewangan mungkin berbeza dengan ketara daripada unjuran dan anggaran yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan lantaran banyak faktor termasuk faktor-faktor risiko yang diterangkan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir pada 30 September 2022 dan faktor-faktor lain yang didedahkan dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, kami menafikan sebarang kewajipan atau aku janji untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung di sini untuk menggambarkan apa-apa perubahan dalam andaian, kepercayaan atau jangkaan atau apa-apa perubahan dalam acara, kondisi atau keadaan yang melaluinya menjadi asas kepada sebarang kenyataan pandang ke hadapan itu.

Source: Air Products
Related Stocks:
NYSE:APD
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Utilities