SINGAPURA, 4 April 2023 /PRNewswire/ -- Toku, satu-satunya penyedia komunikasi awan khusus Asia Pasifik, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh operasi Activeo Asia Tenggara, sebuah firma perunding pengalaman pelanggan (CX) yang beribu pejabat di Perancis.
Majlis penandatanganan pemerolehan Dari kiri ke kanan: Thomas Laboulle, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toku; Joseph Kort, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Activeo; dan Jonathan Mondon, Ketua Perunding, Toku
Syarat-syarat kewangan pemerolehan ini tidak didedahkan.
Activeo Singapore memiliki jejak perniagaan yang kukuh di negara-kota itu dan ketika ini menyokong lebih daripada 150 pelanggan menerusi projek transformasi digital mereka, termasuk 19 agensi kerajaan dan 65 peratus institusi penjagaan kesihatan negara.
"Dalam iklim makroekonomi pada hari ini, syarikat-syarikat teknologi global yang kebanyakannya berpangkalan di AS atau Eropah mengamalkan pandangan yang berhati-hati, mengurangkan pelaburan di APAC bagi mengutamakan pasaran yang lebih hampir dengan pasaran asal mereka," kata Thomas Laboulle, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toku. "Namun begitu, ekonomi digital rantau ini terus berkembang dan terdapat peluang yang sangat besar untuk syarikat-syarikat yang mengutamakan APAC seperti Toku mengisi jurang ini dan memajukan serta mempercepatkan pertumbuhan serantau kami dengan berani tatkala yang lain berundur."
Merealisasikan sinergi lebih besar daripada perkongsian sedia ada
Sejak 12 bulan yang lalu, Activeo Singapore bekerjasama dengan Toku sebagai rakan kongsi bebas untuk menyerahkan projek-projek transformasi CX yang berjaya kepada ramai pelanggan di negara ini. Pemerolehan ini merupakan langkah seterusnya yang dijangkakan untuk kedua-dua pihak bagi merealisasikan sinergi penuh perkongsian mereka.
Sebagai penyedia teknologi, Toku membina penyelesaian digital untuk memperkasa tulang belakang pengalaman pelanggan moden. Activeo Singapore melengkapkan tawaran Toku dengan kepakaran perundingan yang strategik serta penyerahan projek perusahaan berskala besar.
Bagi mengekalkan kecemerlangan dan kualitinya dalam penyelesaian seni bina di peringkat global, Activeo Singapore akan terus beroperasi sebagai sebuah unit perniagaan autonomi di bawah sepanduk Toku.
Jonathan Mondon, Pengarah Urusan Activeo Singapore akan mengambil alih peranan baharu sebagai Ketua Perunding di Toku. Berbekalkan pengalaman kepimpinan multinasional selama lebih lima belas tahun lamanya, Mondon telah memimpin perniagaan serantau Activeo Singapore selama hampir sedekad, menerajui tumpuan Pusat Hubungan dan Pengalaman Pelanggan mereka.
Mengulas tentang pemerolehan ini, Mondon berkata, "Activeo Singapore akan terus menjadi agnostik-teknologi dan menyampaikan penyelesaian sesuai-untuk-tujuan terbaik yang dapat menyelesaikan masalah utama pelanggan kami. Di samping itu, pelanggan Activeo Singapore akan dapat menambah teknologi proprietari dan penyelesaian ketersambungan Toku kepada himpunan simpanan mereka, lalu memperhebatkan lagi strategi CX mereka."
Penyelesaian ini termasuk produk boleh dibenamkan daripada Toku, yang membolehkan perniagaan membenamkan saluran komunikasi dalam aplikasi atau platform mereka menggunakan API atau SDK boleh diatur cara, serta sambungan gred-pembawa Toku untuk menyediakan liputan dan kualiti panggilan yang lebih baik kepada pelanggan serantau mereka.
Mengukuhkan teknologi dan ekosistem saluran
Pemerolehan Activeo Singapore merupakan tonggak penting dalam strategi pengembangan serantau Toku tatkala ia menubuhkan lebih banyak pejabat tempatan di seluruh Asia Pasifik. Dengan penambahan Activeo Singapore ke portfolionya, Toku mengharapkan pertumbuhan tahun-demi-tahun yang pesat pada tahun 2023.
Bagi menyokong pertumbuhan ini, pasukan gabungan daripada pemerolehan ini akan berkembang kepada lebih 110 kakitangan. Komitmen terhadap pertumbuhan jangka panjang di APAC ini akan dapat memberi jaminan kepada pelanggan daripada institusi-insititusi kerajaan hingga syarikat-syarikat swasta yang mencari rakan-rakan kongsi teknologi serantau yang stabil dan komited.
Pengembangan ini akan turut melibatkan kehadiran fizikal di Malaysia dan peningkatan kepada program saluran Toku untuk memperkasa lebih ramai rakan kongsi menyampaikan kisah kejayaan pelanggan.
Sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan APAC, Toku juga akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk membantu pelanggan baharu dan sedia ada yang ingin berkembang di peringkat serantau dengan pematuhan peraturan dan keperluan pemastautin data dalam pasaran tempatan rantau ini.
Berbekalkan rekod prestasi terbukti Activeo Singapore dalam memacu perjalanan transformasi digital hujung-ke-hujung untuk pelanggan, Toku akan meluaskan proposisi nilainya dan menawarkan pendekatan yang holistik bagi membawakan pusat hubungan masa depan, sekali gus menyelesaikan masalah utama CX pelanggan mereka secara meluas.
"Dengan menggabungkan kekuatan, kami akan membuka peluang yang lebih besar dan memenuhi keperluan pelanggan kami dengan lebih baik di Singapura dan Asia Pasifik," tambah Laboulle. "Ini merupakan pemerolehan yang saling menguntungkan yang akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai penyedia penyelesaian CX yang terkemuka dan membolehkan kami menyampaikan skala yang lebih besar dan kecekapan kepada pelanggan kami di seluruh rantau ini."
Kit Media
Sila klik di sini untuk mengakses kit media bagi pengumuman ini.
Latar Belakang Toku
Beribu pejabat di Singapura, Toku mencipta penyelesaian komunikasi awan dan penglibatan pelanggan ditempah khas untuk membayangkan semula pengalaman pelanggan untuk perusahaan. Portfolio penyelesaian komunikasi perniagaan awan syarikat ini merangkumi API Boleh Diatur Cara, Pusat Hubungan dan Telefoni Korporat.
Toku menyediakan pendekatan hujung-ke-hujung untuk membantu perniagaan menangani kerumitan transformasi digital dalam pasaran APAC dan meningkatkan CX mereka menerusi penyelesaian komunikasi awan misi-kritikal dengan menggabungkan kepakaran perundingan strategik setempat, teknologi ditempah khas, infrastruktur dalam-negara serantau, ketersambungan dan jangkauan global.
Toku bekerjasama dengan organisasi-organisasi yang pelbagai seperti Gojek, foodpanda, JCDecaux, Decathlon serta berbagai-bagai agensi kerajaan untuk memindahkan komunikasi mereka ke awan dan mencipta kaedah baharu untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka.
Dengan Toku, peralihan ke awan tidak pernah semudah ini. Ketahui lebih lanjut di toku.co dan LinkedIn.