omniture

ActivePort Group (ASX:ATV) capai perjanjian 10-tahun bernilai berjuta-juta dolar bersama Lightstorm

ActivePort
2023-04-06 14:05 35

PERTH, Australia, 6 April 2023 /PRNewswire/ -- Diumumkan pada minggu ini, ActivePort Software telah mencapai perjanjian 10 tahun yang penting bersama pelanggan sedia ada Lightstorm tatkala mereka meningkatkan fasa pertumbuhan dan pengembangan yang seterusnya di peringkat global. Perjanjian bernilai berjuta-juta dolar untuk menyampaikan rangkaian bertakrif perisian dan orkestrasi awan ini, mengukuhkan penjajaran strategik dan evolusi masa depan kedua-dua syarikat.

Lightstorm ialah cabang infrastruktur rangkaian digital syarikat ekuiti persendirian AS, I Squared Capital dan mengkhusus dalam membina infrastruktur rangkaian hiperskala di Asia Pasifik dan Timur Tengah.

Menerusi penyelesaian orkestrasi berbilang vendor ActivePort sebagai komponen teras, Lightstorm membina platform rangkaian-sebagai-satu-perkhidmatan (NaaS) yang digelar Polarin. Platform ini membolehkan perusahaan mengurus infrastruktur rangkaian mereka dengan mudah dan menggunakan rangkaian ketersediaan tinggi dengan selamat dalam beberapa minit dengan masa hidup 100% terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan ActivePort, Karim Nejaim: 'Kami berbesar hati kerana Lightstorm meletakkan kepercayaan mereka ke atas perisian kami sebagai bahagian penting dalam perniagaan mereka dan melanjutkan kontrak kami baik dari segi skop mahupun masa. Hampir setahun lamanya sejak hari kami memulakan perkongsian strategik kami. Sepanjang tempoh ini, Lightstorm membina platform NaaS berasaskan awan dengan penyelesaian Orkestrasi ActivePort dan fungsian automasi aliran kerja hujung-ke-hujung. Kami mengharapkan perkongsian jangka panjang ini tatkala kami terus bekerjasama dengan Lightstorm untuk membangunkan produk dan perkhidmatan serta menjadi bahagian yang penting dalam kejayaan mereka dari Timur Tengah, melalui India dan menuju Asia Tenggara.'

Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi Lightstorm, Lalit Chowdhary: 'Kami berasa sangat gembira dengan perisian dan sokongan ActivePort untuk perniagaan kami. Platform NaaS Polarin Lightstorm bersedia untuk ketersediaan umum dan perjanjian ini melanjutkan hubungan kami yang berterusan dengan ActivePort menjadi hubungan strategik tatkala kami terus memperkayakan platform kami. Kami teruja untuk fasa pertumbuhan yang seterusnya ini dan menjalin kerjasama dengan pasukan di ActivePort ketika kami berkembang di peringkat global.'

Latar Belakang ActivePort

Perisian ActivePort mengkhusus dalam penyelesaian rangkaian bertakrif perisian, termasuk platform Orkestrasi agnostik-vendor dan yang terkini dalam teknologi virtualisasi rangkaian. Tawaran perisian mereka termasuk Orkestrasi, SD-WAN, SD-Internet, NFV, Lebar Jalur atas Permintaan, Penyepaduan API dan Komput.

Setelah mengalami permintaan global yang belum pernah terjadi sebelum ini, ActivePort berubah dengan pantas daripada permulaan (start-up) kepada peningkatan (scale-up). Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat ini, syarikat ini menambah lebih banyak sumber, menyampaikan keupayaan dan menyokong kapasiti bagi memastikan mereka kekal menjadi peneraju dalam orkestrasi Awan.

Untuk maklumat lanjut: www.activeport.com.au

Rangkaian Produk Rangkaian Bertakrif Perisian ActivePort
Rangkaian Produk Rangkaian Bertakrif Perisian ActivePort

 

Source: ActivePort
Related Stocks:
Australia:ATV
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements