omniture

Delegasi Guangxi China melawat Singapura untuk bersama-sama mempromosikan CAEXPO dan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu

CRIOnline
2023-04-07 08:46 39

BEIJING, 7 April 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CRIOnline: 

Pada 4 April, Jerayawara Ekspo China-ASEAN kali ke-20 tiba di Singapura, Liu Ning, Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi CPC dan Tan Kiat How, Menteri Kanan Negara bagi Kementerian Komunikasi dan Maklumat & Kementerian Pembangunan Negara Singapura, menghadiri acara tersebut.


China dan Singapura merupakan rakan-rakan kongsi yang penting di seberang laut, kata En. Liu. Guangxi merupakan perbatasan dan jendela keterbukaan serta kerjasama China bersama ASEAN, hos tetap CAEXPO dan sebuah hab yang penting untuk Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu. Justeru itu, Guangxi mengalu-alukan rakan-rakan daripada semua sektor di Singapura untuk menjadi tetamu kami yang kerap, untuk mencari bab kerjasama yang baharu serta berkongsi peluang baharu demi pembangunan secara bersama. Pada September tahun ini, CAEXPO ke-20 dan sidang kemuncak akan diadakan di Nanning, Guangxi. Kami mengalu-alukan rakan-rakan Singapura untuk mengambil bahagian dalam acara besar-besaran itu serta berkongsi peluang perniagaan untuk kerjasama.

En. Tan berkata demikian sempena ulang tahun ke-20 CAEXPO, Singapura berharap dapat mengekalkan kerjasama yang semakin mendalam bersama Guangxi dan wilayah-wilayah lain di China untuk mengukuhkan keterhubungan dan untuk menjadikan China dan Asia Tenggara lebih erat.

Di Simposium Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Sino-Singapura, wakil-wakil perniagaan dari Guangxi dan Singapura bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu seperti pelaburan di Guangxi, pelabuhan dan logistik perkapalan, laluan penerbangan dan ekonomi digital serta menyatakan kesediaan mereka untuk mengukuhkan kerjasama yang praktikal dalam pembinaan pelabuhan, pembangunan perusahaan, rangkaian laluan, logistik penerbangan dan bidang-bidang lain, meletakkan asas untuk melaksanakan kerjasama yang menyeluruh berhubung Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu antara Guangxi dan Singapura.

Jerayawara berkenaan dihadiri oleh lebih 80 perwakilan daripada syarikat-syarikat milik negara dan swasta yang utama daripada delegasi Guangxi serta lebih daripada 200 delegasi daripada persatuan perniagaan dan perusahaan utama di Singapura.

Menurut laporan, ketika melawat PSA International, Temasek dan Changi Airport Group, En. Liu dan delegasi Guangxi juga bertukar-tukar pandangan secara mendalam bagi menggalakkan kerjasama yang praktikal antara Guangxi dan Singapura.

 

Source: CRIOnline
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service