omniture

Dijemput Menghadiri Forum Ekonomi dan Perdagangan Malaysia-China - Neoway Akan Perkukuh Kerjasama bersama Kerajaan Malaysia dalam Ekonomi Digital

Neoway Technology Co., Ltd.
2023-04-07 22:15 14

SHENZHEN, China, 7 April 2023 /PRNewswire/ -- Pada 1 April, Forum Perniagaan Malaysia-China telahpun diadakan di Beijing. Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan menteri-menteri daripada institusi-institusi utama Malaysia menghadiri mesyuarat tersebut, termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sains dan Inovasi Teknologi dan juga Kementerian Pelancongan. Wang Kang, Pengerusi Neoway, dijemput dengan segala hormatnya oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk menghadiri forum perniagaan berprofil tinggi itu. Kedua-dua pihak akan meninjau jalan baharu untuk menjalin kerjasama dalam ekonomi digital dan menyediakan produk dan perkhidmatan canggih untuk infrastruktur digital baharu Malaysia.

Anwar Ibrahim menekankan bahawa Malaysia benar-benar komited terhadap tenaga baharu, pendigitalan dan sekuriti makanan. Lawatan beliau ke China menjadikan perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara ini mencapai tahap tertinggi yang tiada tandingannya, berjumlah RM 170 bilion.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia terus memacu pembangunan ekonomi digital. Pada tahun 2021, kerajaan Malaysia memperkenalkan pelan tindakan sepuluh tahun untuk ekonomi digital, bertajuk "Digital Malaysia". Rancangan bercita-cita tinggi ini menggariskan laluan untuk pelaburan dalam infrastruktur digital yang canggih seperti 5G dan pusat data berskala amat besar, melalui perkongsian awam-swasta yang inovatif. Pada tahun 2022, kerajaan Malaysia melancarkan Inisiatif digital yang memfokuskan kepada sembilan bidang termasuk pelancongan digital, perdagangan digital, pertanian digital dan kewangan digital. Inisiatif ini dirancang untuk meningkatkan daya saing Malaysia dalam revolusi digital global dan ekonomi digital dengan menggalakkan penerimaan teknologi digital secara meluas, menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat teknologi tempatan dan menarik pelaburan digital bernilai tinggi, seterusnya mendorong kemajuan ekonomi digital.

Tatkala ekonomi digital China terus berkembang dan pembinaan "Digital China" menjadi sumber baharu daya saing negara, Neoway berbangga menawarkan penyelesaian 1 + N perintis untuk pembinaan Internet Pelbagai Benda (IoT) bandar baharu berdasarkan pengumpulan kepakaran selama 17 tahun dan pemahaman yang mendalam tentang industri IoT. 1 bermaksud "Neoway Access" - platform pengurusan operasi dan perkhidmatan digital dan pintar untuk IoT bandar; N bermaksud penyelesaian IoT berdasarkan senario N, direka bentuk khusus untuk meningkatkan keselamatan awam bandar dan pemantauan persekitaran ekologi. Penyelesaian ini telahpun diaplikasikan di banyak bandar seluruh China yang menyumbang kepada pembinaan bandar-bandar pintar baharu dan menyampaikan hasil yang mengagumkan.

Neoway Access ialah platform sokongan komprehensif yang menyediakan akses peranti sehenti, tadbir urus data dan perkongsian perkhidmatan untuk aplikasi IoT. Ia mengintegrasikan fungsi-fungsi utama "pembinaan, pengurusan, aplikasi dan operasi" untuk membolehkan pembina dan operator IoT bandar baharu merealisasikan akses terpiawai dan seragam dengan cepat, pautan data panoramik, pengurusan rangkaian pintar dan kesedaran situasi berdasarkan senario untuk peranti persepsi IoT. Dengan berbuat demikian, ia mengurangkan keperluan untuk pembinaan infrastruktur platform yang berulang, menurunkan ambang untuk pelbagai peranti dalam senario yang berbeza dan dengan standard berbeza, seraya meningkatkan keupayaan analisis serta tadbir urus data. Di samping itu, ia dapat mempromosikan format baharu dan mod pembinaan bersama dan perkongsian data, membawa kepada penyelesaian IoT yang lebih cekap dan berkesan.

Dalam bidang keselamatan awam bandar, Neoway dapat membantu pengurus bandar membina rangkaian tiga dimensi persepsi risiko di peringkat bandar, untuk pandangan yang menyeluruh dan tiga dimensi terhadap pelbagai risiko, meliputi keselamatan awam bandar, keselamatan pengeluaran dan bencana alam. Rangkaian ini membolehkan pemantauan waktu sebenar dari jauh dan amaran awal risiko yang dinamik, mengurangkan tahap bencana, malah mengelakkan bahaya kemalangan. Dengan Neoway, pengurus bandar dapat mengesan, mencegah dan menangani risiko-risiko tertentu seawal mungkin, memastikan keselamatan penduduk dan integriti bandar. Pelbagai penyelesaian dalam bidang ini melibatkan pemantauan keselamatan gas, pemantauan keselamatan jambatan dan terowong, pemantauan keselamatan cerun gunung, pengesanan keselamatan empangan, pemantauan keselamatan bangunan dan juga pemantauan keselamatan takungan sisa.

Dalam bidang perlindungan alam sekitar ekologi, Neoway dapat menyediakan kepada kerajaan dan perusahaan dengan pengawasan yang komprehensif kepada persekitaran air, persekitaran atmosfera, sumber pencemaran utama, sisa pepejal, pengurusan grid perlindungan alam sekitar, analisis pintar AI terhadap persekitaran ekologi dan penyelesaian lain. Kesemua kaedah digital dan pintar ini memperkasa pengurus dengan tahap pengurusan persekitaran ekologi yang lebih tinggi.

Lebih daripada 20 bandar, pelbagai daerah, wilayah dan perniagaan di seluruh China telah mendapat manfaat daripada produk kompetitif dan sokongan teknikal oleh penyelesaian Neoway 1 + N yang memberi akses kepada pengurus bandar terhadap segala-galanya bermula daripada perkakasan hingga perisian, daripada konsep pembinaan hingga rancangan pelaksanaan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Neoway juga terlibat secara aktif dalam kerjasama perniagaan bersama Malaysia. Dengan promosi berterusan "Jalan Sutera Digital" dan permintaan yang semakin meningkat terhadap transformasi digital di Malaysia, Neoway akan bekerjasama dengan lebih erat bersama kerajaan Malaysia, membantu meningkatkan keupayaan perkhidmatan digital Malaysia dan mempercepatkan pembangunan bandar-bandar digital serta ekonomi digital.

Hubungi:
yishihui@neoway.com

Source: Neoway Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:688159
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Data Analytics