omniture

Laporan Prestasi Tahunan 2022 GWM: pelaburan R&D 12.18 bilion CNY, meningkat 34%

GWM
2023-04-08 01:53 79

BAODING, China, 8 April 2023 /PRNewswire/ -- Pada 30 Mac, GWM mengeluarkan laporan tahunan 2022nya. Pada tahun 2022, jumlah hasil kendalian GWM mencecah 137.34 bilion CNY. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat-syarikat yang disenaraikan adalah sebanyak 8.27 bilion CNY, satu peningkatan sebanyak 22.90% berbanding tahun sebelumnya.

Laporan Prestasi Tahunan 2022 GWM: pelaburan R&D 12.18 bilion CNY, meningkat 34%
Laporan Prestasi Tahunan 2022 GWM: pelaburan R&D 12.18 bilion CNY, meningkat 34%

Pada tahun 2022, GWM mengekalkan keadan kewangan yang sihat dan mampan dengan mempercepatkan kadar transformasi pintar dan tenaga baharu, menyerlahkan potensi produk dan momentum pasaran. Ia telah mencapai kemajuan dalam tenaga baharu, kecerdasan, globalisasi dan transformasi sistem.

Pada tahun 2023, syarikat ini akan terus menjadikan pembangunan teknologi sebagai asas, menjadikan pembangunan global sebagai sayap, mematuhi deklarasi tenaga baharu "Lebih Hijau, Lebih Tinggi, Lebih Selamat", membolehkan kehematan dan kejujuran menjadi intipati pembuatan kereta, membolehkan teknologi teras menerajui sebagai intipati persaingan dan membolehkan teknologi merealisasikan hak yang sama rata untuk semua orang.

Berlatarbelakangkan revolusi pintar dan tenaga baharu dalam industri ini, GWM terus mengukuhkan inovasi saintifik dan teknologi. Pada tahun 2022, syarikat ini melabur sebanyak 12.18 bilion CNY dalam penyelidikan dan pembangunan, satu peningkatan sebanyak 34.34% berbanding tahun sebelumnya, menyumbang sebanyak 8.87% daripada jumlah hasil kendalian. Ia terus mengukuhkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan, memantapkan asasnya dengan inovasi teknologi dan meningkatkan lagi daya saing terasnya.

Sebagai satu-satunya syarikat automotif di China dan satu-satunya daripada dua di dunia yang telah melengkapkan susun atur rata, terangkai dan terpencar daripada seluruh rantaian industri dalam dua bidang utama iaitu tenaga dan kecerdasan, GWM mewujudkan ekosistem hutan dengan pelbagai spesies berinteraksi dan terus berkembang, membentuk susun atur industri yang lengkap, mencapai kawalan bebas teknologi teras serta kolaborasi sistem organisasi yang cekap.

Dalam bidang tenaga baharu, GWM telah mewujudkan strategi pembangunan selari antara hibrid, elektrik tulen dan tenaga hidrogen, dengan pelbagai laluan teknologi. Ia telah membina sistem tenaga yang utama dalam industri iaitu "fotovolta + storan tenaga teragih + storan tenaga terpusat" dan melengkapkan seluruh susun atur rantaian nilai "tenaga solar - bateri - tenaga hidrogen - kuasa kenderaan."

Teknologi hibrid pacuan empat roda pintar baharu yang dilancarkan baru-baru ini Hi4 telah mencapai "konfigurasi baharu" tiga sumber kuasa dengan pengagihan dwi paksi, satu "kejayaan baharu" dalam sistem kawalan vektor tork pintar iTVC dan satu "pencapaian baharu" dalam sistem transmisi gandingan elektromekanikal. Teknologi ini akan menjadi yang pertama diaplikasikan pada model tenaga baharu HAVAL yang baru dilancarkan dan rangkaian penuh produk tenaga baharu daripada GWM akan turut dipopularkan sepenuhnya dalam 4WD menjelang tahun 2024.

Pada masa akan datang, dalam menghadapi persaingan pasaran yang semakin sengit, ekosistem hutan GWM akan terus menggunakan kekuatannya, memanfaatkan bidang tenaga baharu pintar secara komprehensif dengan urutan baharu, saluran baharu, model baharu, teknologi baharu dan produk baharu, untuk terus menambah baik campuran produknya dan memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.

 

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities Earnings