SHANGHAI, 10 April 2023 /PRNewswire/ -- Juyi Cosmetics Co., Ltd. ("JOY GROUP"), sebuah syarikat kosmetik berpangkalan di China berbilang jenama yang terkemuka, mengumumkan keputusan kewangannya bagi tahun fiskal 2022 (FY2022), dengan hasil tahunan mencecah USD256.7 juta (RMB1.8 bilion) dan anggaran GMV mencapai USD313.8 juta (RMB 2.2 bilion), meningkat kira-kira 30% berbanding tahun sebelumnya. Syarikat ini mencapai pertumbuhan hasil dua angka yang kukuh dan keuntungan yang mampan selama beberapa tahun berturut-turut, mengesahkan kedudukan utamanya sebagai antara pengusaha kecantikan domestik China.
Ditubuhkan pada tahun 2017 dan beribu pejabat di Shanghai, JOY GROUP berkembang menjadi sebuah syarikat kecantikan berbilang jenama dengan kepakaran DNA dan omnisaluran yang mengutamakan digital. Dengan pendekatan terus-kepada-pengguna, kini JOY Group mengendalikan rangkaian kedai-kedai utama pada platform e-dagang utama dan lebih 25 butik monojenama luar talian. Lebih 60 juta pengguna secara keseluruhan telah mendapat perkhidmatan melalui saluran DTC JOY GROUP. Syarikat ini turut berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi runcit utama untuk mengendalikan lebih 6,000 tempat-jualan di seluruh negara ini.
Syarikat ini terdiri daripada dua jenama kosmetik yang ikonik, JUDYDOLL dan JOOCYEE, menjual dua produk setiap saat pada tahun 2022. JUDYDOLL memenuhi keperluan gaya hidup yang berwarna-warni, manis dan menyeronokkan, tersenarai sebagai jenama No. 2 dalam kategori kosmetik domestik pada Douyin (TikTok China). JOOCYEE mempersembahkan gaya moden, romantik dan disesuaikan untuk pengguna wanita Asia. Kini, jenama ini berada di kedudukan No.1 dalam kategori gincu domestik dan No. 6 dalam kategori kosmetik domestik pada Tiktok China, sementara saiz perniagaan berkembang 7 kali ganda sejak dua tahun yang lalu.
JOY GROUP telah membina keupayaan rantaian bekalan hujung-ke-hujung bersepadunya daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D), perolehan, pengeluaran, inventori hingga penghantaran. Pada tahun 2022, syarikat ini memperoleh dan mengintegrasikan sepenuhnya pengeluar kosmetik yang terletak di Shanghai, dengan keupayaan inovasi yang kukuh dalam bidang kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi. Integrasi makmal R&D dalaman, kilang, operasi e-dagang, kedai runcit dan hab pemasaran, membolehkan JOY GROUP kekal tangkas dan responsif di tengah-tengah pasaran kecantikan yang berkembang pesat di China.
JOY GROUP disokong oleh pelabur-pelabur terkemuka baik daripada latar belakang global mahupun tempatan. Pelabur-pelabur sedia ada termasuk General Atlantic, Tencent dan Shunwei Capital (diasaskan secara bersama oleh Lei Jun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi).
JOY GROUP telah berkembang secara proaktif ke pasaran luar negara sejak tahun 2020. Pada tahun 2022, JUDYDOLL semakin mendapat populariti yang meluas daripada pengguna di Jepun dan Malaysia, mendapat manfaat daripada kehadirannya yang baru muncul dalam saluran luar talian tempatan dengan tawaran portfolio harga-kepada-nilai yang tinggi. Sementara itu JOOCYEE meraih pencapaian penting: menembusi kedai ke-600 di luar negara, dengan jejaknya berkembang melangkaui APAC (terutamanya Jepun dan Australia) ke Kanada.