omniture

Pertandingan Inovasi "Internet+" dan Keusahawanan China Mempelawa Pelajar Kolej Seluruh Dunia

Chongqing University
2023-04-10 21:01 37

CHONGQING, China, 10 April 2023 /PRNewswire/ -- Kejohanan Pertandingan Inovasi "Internet+" dan Keusahawanan Pelajar Kolej Antarabangsa China kali ke-8 ("Pertandingan") akan dimulakan pada 9 April di Bandar Chongqing, Barat Daya China. Kejohanan Pertandingan dan aktivit-aktiviti yang berlangsung serentak akan dihoskan oleh Chongqing University.

Pertandingan berkenaan telah diadakan selama lapan tahun sejak ia dirasmikan pada tahun 2015, dengan penyertaan daripada hampir 39.83 juta orang pelajar. Bilangan peserta terus meningkat tahun demi tahun.

Sebagai titik permulaan yang penting untuk memperdalam pendidikan tentang inovasi serta keusahawanan, Pertandingan tersebut memainkan peranan penting dalam pembangunan keseluruhan pelajar kolej dan juga integrasi industri-universiti-penyelidikan.

Pertandingan kali ke-8 merupakan kombinasi yang sangat baik antara pendidikan, sains dan teknologi serta bakat. Ia merupakan inisiatif yang hebat untuk melaksanakan pengerahan terkini kerajaan pusat China, menghimpunkan bakat dengan cara yang cekap.

Pertandingan pertama, dengan tema "Merealisasikan Impian melalui 'Internet+' dan Mengejar Masa Depan yang Cerah melalui Inovasi dan Keusahawanan" ("Realizing Dreams through 'Internet+' and Pursuing a Bright Future through Innovation and Entrepreneurship") dianjurkan oleh Jilin University di Timur Laut China pada tahun 2015. Pertandingan berkenaan melibatkan empat peringkat: peringkat sekolah, peringkat wilayah dan peringkat kebangsaan. Pertandingan-pertandingan terdahulu merangkumi projek-projek daripada empat kategori: industri tradisional "Internet+", perniagaan baharu "Internet+", perkhidmatan awam "Internet+" dan platform sokongan teknikal "Internet+". Dalam Pertandingan pada tahun ini, projek-projek telah diperluaskan kepada Kejuruteraan Baharu, Perubatan Baharu, Pertanian Baharu dan Seni Liberal Baharu.

Dengan Trek Antarabangsa pertama dilancarkan pada tahun 2017, Pertandingan berkenaan menarik hampir 10,000 projek pemula antarabangsa dari lebih daripada 120 negara dan wilayah.

Klasifikasi trek "pengajian tinggi, pendidikan vokasional dan tunas (pelajar sekolah menengah)" yang ditambah dalam Pertandingan ke-5, diteruskan dengan Impian Belia (Youth Dream) dan trek industri disertakan.

Menerusi Pertandingan kali ke-6, acara berkenaan dinamakan semula secara rasmi menjadi Pertandingan Inovasi "Internet+" dan Keusahawanan Pelajar Kolej Antarabangsa China, dengan "Berani berbeza, Berani Menang" ("Dare to differ, Dare to Win") sebagai temanya. Sejak itu, kedua-dua nama dan tema terus digunakan sehingga kini.

Pertandingan berkenaan menarik minat para pelajar daripada antara 100 universiti terunggul di dunia, dengan lebih banyak tumpuan diberikan kepada pendidikan bakat dan kreativiti sejak tahun 2021. "Undergraduate Creativity Group" baharu, saluran promosi yang berasingan, diwujudkan untuk memastikan penyertaan yang lebih mendalam daripada pelajar kolej.

Pertandingan pada tahun ini menarik bilangan mencatat rekod sebanyak 4,554 kolej dari 111 negara dan wilayah. Berbanding tahun lalu, baik bilangan projek luar negara mahupun bilangan peserta meningkat. Universiti-universiti terkemuka seperti Harvard, MIT, Oxford, Cambridge dan Imperial College London telah menubuhkan pasukan untuk terlibat dalam Pertandingan tersebut.

Source: Chongqing University
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)