omniture

Komputer Riba Pertama TECNO MEGABOOK T1 Menang Red Dot Award 2023

TECNO
2023-04-11 08:22 32

TECNO MEGABOOK T1 menonjol dengan reka bentuk produknya yang unik dan inovatif, memenangi Red Dot Product Design Award 2023. 

NEW YORK, 11 April 2023 /PRNewswire/ -- Pemenang-pemenang bagi German Red Dot Awards 2023 diumumkan secara rasmi. Komputer riba pertama TECNO, MEGABOOK T1 memenangi Anugerah Reka Bentuk Produk dengan menampilkan reka bentuk yang menonjol daripada reka bentuk komputer riba tradisional, mengimbangi fungsian, kualiti dan estetika reka bentuk. MEGABOOK T1 15.6 inci seberat 1.48kg yang amat ringan ini adalah 14.8mm yang amat nipis, memenuhi rangkaian aplikasi yang lebih luas, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk kerja pejabat dan perjalanan serta mencapai kehidupan rangkaian yang baharu.

MEGABOOK T1, PEMENANG RED DOT 2023
MEGABOOK T1, PEMENANG RED DOT 2023

TECNO MEGABOOK T1 mengoptimumkan prestasi produk dan digabungkan ke dalam operasi yang ergonomik, lalu meningkatkan pengalaman pengguna dengan ketara. Reka bentuk Startrail Phantom asalnya dan reka bentuk proses bahan partikel mikro-berlian mewujudkan ciri keringanan pada bentuk produk, dengan radian sudut bulat yang inovatif memberi estetika yang artistik kepada T1.

Startrail Phantom

Diinspirasikan oleh ciri-ciri pengguna Gen Z yang muda dan bertenaga MEGABOOK T1 mereka bentuk secara inovatif penutup-A dengan Startrail Phantom unik yang menggabungkan teknik-teknik kemasan logam dan cermin untuk melengkapkan pemprosesan bertindih 38 lapisan menjadi visi ritma yang dinamik. Startrail Phantom mempamerkan kesan visual yang berbeza dari setiap sudut, seterusnya mempersembahkan keremajaan, kevitalan dan kemewahan.

Reka Bentuk MEGA

MEGABOOK T1 turut menggunakan partikel 220-mikro berlian untuk semburan pasir bagi mempersembahkan tekstur kaca dengan kilauan mutiara bergemerlapan yang halus, memberikan pengguna pengalaman taktil yang lembut dengan kualiti yang luar biasa.

MEGABOOK T1 mengintegrasikan unsur muzik ke dalam reka bentuk industri, merealisasikan gabungan baharu antara seni dan industri. Mengulangi reka bentuk ritma A-shell, lubang pelesapan haba D-shell bawah turut menerima pakai reka bentuk unik yang menggabungkan inspirasi kosmik dan bertukar daripada unsur muzik kepada reka bentuk corak gelombang bunyi yang tersembunyi dalam lubang pelesapan haba. Turut dilengkapi dengan model penyejukan VC yang amat besar dan dwi kipas, mengupayakan pelesapan haba yang lebih baik dan operasi lebih lancar, MEGABOOK T1 dapat memenuhi pelbagai keperluan kerja. Reka bentuknya berfungsi dan menyenangkan dari segi estetika, menjadikannya penambahan yang inovatif kepada pasaran.

TECNO AIoT

Ekosistem TECNO OneLeap
Ekosistem TECNO OneLeap

MEGABOOK T1 turut menyediakan ekosistem TECNO OneLeap bagi mencapai telefon pintar TECNO dengan mudah serta pemindahan fail, perkongsian data dan kolaborasi berbilang skrin MEGABOOK yang lancar. Ia dilengkapi dengan Intel Core, 16GB RAM maksimum dan 512GB SSD bagi menawarkan prestasi MEGA.

Red Dot Design Award, yang berasal dari Jerman pada tahun 1955, ialah salah satu daripada tiga anugerah reka bentuk utama di dunia dan bertapak kukuh di peringkat antarabangsa sebagai salah satu tanda kualiti yang paling dicari-cari untuk reka bentuk yang baik. Setiap tahun, Red Dot Product Design Award berusaha mencari produk terbaik bagi tahun berkenaan. Produk yang dipilih adalah luar biasa, menarik dari segi estetika, berfungsi, pintar atau inovatif.

Latar Belakang TECNO AIoT

Bermula dari tahun 2019, TECNO mengumumkan untuk mendorong pembinaan produk digital dengan melancarkan strategi perniagaan AIoT miliknya, bertujuan untuk merevolusikan gaya hidup digital pengguna sasaran dan memberi inspirasi kepada mereka untuk membina kehidupan yang lebih baik. Dengan pelaburan, usaha dan pencapaian yang konsisten selama bertahun-tahun, kini TECNO berevolusi menjadi jenama teknologi yang inovatif daripada perkhidmatan mudah alih kepada pelbagai tawaran AIoT. Menjelang tahun 2022, TECNO AIoT berkembang pesat untuk berkembang daripada peribadi pintar dan aksesori pintar kepada perniagaan pintar dan rumah pintar.

TECNO AIoT akan terus berkembang untuk memperkayakan tawaran produknya yang bertumpukan telefon pintar dan komputer riba sambil berusaha untuk meningkatkan saling sambungan silang peranti bagi menyampaikan fungsi digital kepada setiap individu, rumah dan organisasi serta membantu mereka mencipta gaya hidup pintar yang terhubung sepenuhnya.

Source: TECNO
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Telecommunications Awards New products/services