omniture

TXOne Networks Rangkul Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Siber 2023 dalam Keselamatan Rangkaian, ICS/SCADA dan Siasatan Keselamatan

TXOne Networks
2023-04-11 10:00 14

Penyelesaian EdgeIPS dan Portable Inspector memperoleh Anugerah Emas dalam tiga kategori menerusi program anugerah popular, seluruh dunia Cybersecurity Insiders

TAIPEI, 11 April 2023 /PRNewswire/ -- TXOne Networks, peneraju bagi keselamatan siber industri, mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai pemenang Anugerah Emas dalam tiga kategori Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Siber 2023. EdgeIPS menang dalam kategori Keselamatan Rangkaian dan ICS/SCADA (sistem kawalan industri/kawalan penyeliaan dan pemerolehan data); Portable Inspector, dalam kategori Siasatan Keselamatan.

Program Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Siber yang diiktiraf di peringkat global ini memberi penghormatan kepada syarikat, produk dan ahli profesional yang menunjukkan kecemerlangan, inovasi dan kepimpinan dalam keselamatan maklumat. Para pemenang dipilih berdasarkan kepada kekuatan pencalonan mereka, serta undi popular dalam kalangan komuniti keselamatan-maklumat. Program anugerah ini dijalankan oleh Cybersecurity Insiders, sebuah komuniti dalam talian yang terdiri daripada lebih 500,000 ahli, menghimpunkan golongan profesional keselamatan-maklumat yang mengkhusus untuk memajukan keselamatan siber dan melindungi organisasi merentas semua industri, saiz syarikat dan peranan keselamatan.

"Memperoleh tiga Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Siber 2023 merupakan satu penghormatan besar dan membuktikan dialog rapat dan kepercayaan yang wujud dalam kalangan pelanggan, pekerja dan rakan kongsi kami," kata Terence Liu, ketua pegawai eksekutif TXOne Networks. "EdgeIPS, Portable Inspector dan semua penyelesaian kami adalah berdasarkan kepada pengajaran yang dipelajari, permintaan dunia sebenar dan pengalaman praktikal daripada usaha kami selama bertahun-tahun dalam persekitaran OT merentas industri vertikal yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, produk TXOne Networks adalah natif-OT sepenuhnya—berbanding digunakan semula daripada pendekatan IT (teknologi maklumat)—dan direka bentuk dengan tepat untuk melindungi operasi dan aliran hasil serta melindungi aset OT yang kritikal dalam seluruh kitar hayat mereka."

EdgeIPS TXOne Networks ialah siri perkakas keselamatan-rangkaian telus yang dikhususkan untuk teknologi operasi OT dan ICS. EdgeIPS memastikan keselamatan aset dan zon pengeluaran melalui penggunaan yang telus dan tanpa kerumitan bagi memberi keterlihatan OT dan penapisan protokol dengan pilihan fungsi dalam talian atau luar talian. Menyampaikan pemeriksaan paket mendalam dan menyokong lebih daripada 6,000 kombinasi tetapan parameter granular protokol ICS, EdgeIPS menawarkan tahap perlindungan yang tiada tandingan kepada syarikat-syarikat untuk mesin misi-kritikal bagi membantu memastikan operasi barisan pengeluaran yang berterusan. EdgeIPS direkayasa untuk berintegrasi dengan rangkaian OT tanpa mengganggu konfigurasi sedia ada.

Portable Inspector daripada TXOne Networks ialah peranti pengimbasan tanpa pemasangan dalam bentuk stik USB. Ia direka bentuk untuk membantu organisasi-organisasi memastikan aset OT mereka selamat sambil mematuhi peraturan yang tidak membenarkan pemasangan atau perubahan dalam konfigurasi. Semasa proses pemeriksaan-seluruh-sistem Portable Inspector, tiada jejak sistem ditinggalkan pada aset. Di samping itu, penyelesaian TXOne Networks mencipta inventori peranti imbasan organisasi yang boleh dilihat daripada satu konsol terpusat, menambah maklumat kelemahan sistem ke dalam log imbasan. Menyokong kedua-dua Linux dan Windows dengan unik, Portable Inspector juga berfungsi sebagai storan fail USB, membolehkan fail dipindahkan dengan selamat dalam persekitaran OT.

Ketahui lebih lanjut tentang EdgeIPS dan Portable Inspector. Ikuti TXOne Networks di BlogTwitter dan LinkedIn kami.

Latar Belakang TXOne Networks

TXOne Networks menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang memastikan keandalan dan keselamatan sistem kawalan industri dan persekitaran teknologi operasi melalui metodologi kepercayaan sifar OT. TXOne Networks bekerjasama baik dengan pengeluar terkemuka mahupun operator infrastruktur kritikal bagi membangunkan pendekatan yang praktikal dan mesra operasi untuk pertahanan siber. TXOne Networks menawarkan produk berasaskan rangkaian dan berasaskan titik akhir bagi menjamin rangkaian OT dan peranti misi-kritikal pada waktu sebenar, secara pertahanan-mendalam. www.txone.com

 

Source: TXOne Networks
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Awards New products/services