omniture

Clé de Peau Beauté dan UNICEF Bergabung Bersama Beri Manfaat kepada 5.7 Juta Kanak-kanak Perempuan melalui Program Pendidikan, Pekerjaan dan Pemerkasaan dengan Pembaharuan Perkongsian

Clé de Peau Beauté
2023-04-11 12:00 58

Saling bekerjasama untuk menangani jurang kesamarataan jantina yang semakin meningkat yang berlaku dalam era pasca Covid-19

TOKYO, 11 April 2023 /PRNewswire/ -- Jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah bertaraf global Clé de Peau Beauté dan UNICEF mengumumkan lanjutan perkongsian mereka selama tiga tahun yang dikhususkan untuk menangani ketidaksamarataan jantina dengan fokus kepada program pendidikan, pekerjaan dan pemerkasaan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk kanak-kanak perempuan. Kedua-dua rakan kongsi ini pernah bekerjasama sejak tahun 2019 menerusi perkongsian yang menyokong usaha UNICEF untuk menangani punca utama ketidaksamarataan jantina. Lanjutan ini menyasarkan untuk mendekati 5.7 juta lagi kanak-kanak perempuan di seluruh dunia sepanjang tiga tahun akan datang, menyediakan alatan dan sumber yang mereka perlukan untuk membangunkan kemahiran dan mencapai potensi mereka. Ini mewakili hampir separuh daripada matlamat keseluruhan UNICEF untuk membantu menyerlahkan potensi 11.5 juta kanak-kanak perempuan melalui program Skills4Girls di lebih 30 negara di peringkat global menjelang tahun 2025. Kemajuan dalam bidang ini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini ketika dunia bangkit menuju era pasca-Covid-19 yang menyaksikan bilangan yang tidak seimbang wanita muda yang kurang bernasib baik dan ketinggalan dalam bidang-bidang penting ini.

Bagi membiayai usaha gabungan mereka, Clé de Peau Beauté menjanjikan US$8.7 juta untuk menyokong Program Kesamarataan Jantina UNICEF, sumbangan sektor swasta yang terbesar di dunia untuk bidang ini, khususnya untuk program Skills4Girls. Program ini membina kemahiran kanak-kanak perempuan seperti STEM, teknologi digital dan keusahawanan sosial selain kemahiran hidup seperti penyelesaian masalah, perundingan, harga diri dan komunikasi. Ia juga membantu mencipta akses yang lebih saksama kepada peluang STEM dan meningkatkan perwakilan serta kepimpinan wanita dalam disiplin STEM di serata dunia.

Setakat ini, perkongsian Clé de Peau Beauté dan UNICEF telah memberi manfaat kepada lebih daripada 3.5 juta orang kanak-kanak perempuan. Program-program kritikal bertujuan untuk menangani cabaran unik yang dihadapi oleh setiap wilayah, termasuk kurikulum dan latihan responsif-jantina dan berasaskan kemahiran seperti Program Pembelajaran Alternatif di Bangladesh; memajukan kemahiran STEM dan membantu memudahkan penempatan di universiti melalui Program STEM4Girls di Kyrgyzstan; dan pengajaran vokasional dan bimbingan untuk menjadikan anak muda lebih kompetitif dalam pasaran kerja melalui Program UPSHIFT di Niger; antara banyak lagi yang lain.

"Di Clé de Peau Beauté, kami percaya kunci untuk dunia yang lebih baik terletak dengan menyerlahkan potensi kanak-kanak perempuan melalui Pendidikan. Kepercayaan ini menjadi asas untuk komitmen kebajikan jangka panjang kami serta sebab mengapa kami bekerjasama dengan UNICEF," kata Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté. "Dengan meneruskan usaha penting ini selama tiga tahun akan datang, kami bermatlamat untuk terus memacu perubahan yang positif dengan memperkasa kanak-kanak perempuan di seluruh dunia. Setiap daripada kita mempunyai peranan untuk dimainkan bagi merealisasikan visi bersama ini dan dengan saling bekerjasama, kita dapat mencipta masa depan yang lebih baik."

Lanjutan perkongsian Clé de Peau Beauté bersama UNICEF dibiayai melalui Kempen Pemasaran Berkaitan-Penggerak jenama ini yang mana US$3 daripada setiap pembelian The Serum, salah satu produk paling ikonik jenama ini, akan didermakan untuk menyokong program-program UNICEF di serata dunia. Dana ini akan meneruskan usaha mengubah kehidupan di Bangladesh, Kyrgyzstan, China, Niger, Peru dan Vietnam antara lain dan akan meluaskan program sama yang berjaya di Indonesia, kesemuanya berusaha untuk menangani jurang kesamarataan jantina yang berkekalan dalam STEM berikutan penularan pandemik Covid-19.

#KeyToABetterWorld terletak dengan menyerlahkan kuasa kanak-kanak perempuan melalui Pendidikan, Pekerjaan dan Pemerkasaan.
#KeyToABetterWorld terletak dengan menyerlahkan kuasa kanak-kanak perempuan melalui Pendidikan, Pekerjaan dan Pemerkasaan.

"Di seluruh dunia, 1 dalam 4 orang kanak-kanak perempuan berumur 15-19 tahun tidak mempunyai pendidikan, latihan atau pekerjaan berbanding kurang daripada 1 dalam 10 orang kanak-kanak lelaki yang sebaya. Pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan mereka adalah sangat penting, memandangkan mereka merupakan pemimpin masa depan. Cabaran global memerlukan penyelesaian global dan perkongsian adalah sangat penting untuk membantu kami mencipta perubahan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Clé de Peau Beauté untuk tiga tahun lagi agar dapat terus menyokong generasi kanak-kanak perempuan yang seterusnya bagi mengakses peluang pendidikan dan pembelajaran, demi membantu membina kemahiran mereka dan menyokong mereka menerusi latihan dan juga peluang pekerjaan." Carla Haddad Mardini, Pengarah Pengumpulan Dana dan Perkongsian Sektor Swasta UNICEF.

Clé de Peau Beauté dan UNICEF bersama-sama komited untuk membantu merapatkan jurang kesamarataan jantina dan memberi peluang pendidikan STEM, pekerjaan dan pemerkasaan kepada kanak-kanak dan masyarakat mereka di serata dunia yang diperlukan oleh mereka untuk mencipta masa depan yang lebih baik buat diri mereka dan untuk dunia ini secara keseluruhannya dalam abad ke-21.

The Serum boleh didapati di kedai dan secara dalam talian. Mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2023, Clé de Peau Beauté akan menderma sebanyak US$3 daripada setiap pembelian The Serum kepada UNICEF dengan jaminan minimum US$2.9 juta.

UNICEF tidak mengendors mana-mana syarikat, jenama, produk atau perkhidmatan.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co., Ltd., ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, terpancar dari dalam. Boleh didapati di 23 negara dan wilayah seluruh dunia.  

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com

Laman Penambat Clé de Peau Beauté x UNICEF: https://www.cledepeau-beaute.com/int/cpb-for-unicef.html

Laman Penambat Kempen The Serum: https://www.cledepeau-beaute.com/int/unlockthepowerofgirls.html

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/

#KeyToABetterWorld

Latar Belakang UNICEF

UNICEF berkhidmat di beberapa tempat yang paling sukar di dunia untuk mendekati kanak-kanak yang paling kurang bernasib baik di dunia. Merentas 190 negara dan wilayah, kami berkhidmat untuk setiap kanak-kanak, di mana-mana, demi membina dunia yang lebih baik buat semua. Untuk maklumat lanjut tentang UNICEF dan hasil usahanya untuk kanak-kanak, kunjungi www.unicef.org. Ikuti kami di Twitter dan Facebook.

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Education Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)