omniture

1exchange, bursa sekuiti persendirian dikawal selia MAS pertama Singapura, mengalu-alukan penyenaraian rasmi A PLUS BOSS berpangkalan di Malaysia

1exchange
2023-04-11 21:29 34

SINGAPURA, 11 April 2023 /PRNewswire/ -- 1exchange (1X), bursa sekuriti persendirian dikawal selia MAS yang pertama di Singapura dan ahli ekosistem pasaran persendirian bersepadu yang terkemuka CapBridge Financial, dengan sukacitanya mengumumkan penyenaraian A PLUS BOSS, platform keusahawanan perniagaan yang berpangkalan di Malaysia. Bagi meraikan penyenaraian ini, majlis membunyikan loceng telahpun diadakan pada 10 April 2023, di auditorium SGX yang ikonik dengan penyertaan para tetamu kehormat yang terbang dari seluruh rantau ini. Acara penting itu menandakan acara bersemuka umum utama yang pertama oleh 1X selepas tempoh aktiviti yang terhad ekoran pandemik COVID-19.


A PLUS BOSS, sebuah komuniti yang mendekati usahawan dan menggalakkan mereka untuk mengejar visi mereka, disenaraikan pada 1X dengan ekuiti persendirian boleh diniagakan bernilai lebih S$ 2 juta. Proses penyenaraian dijalankan dengan lancar bersama-sama majlis di SGX.

Dato Joe Yew Sin Yoo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas A PLUS BOSS, berkata, "Sejak penubuhan kami, A PLUS BOSS telah membina reputasi yang kukuh kerana mencipta sebuah organisasi keahlian eksklusif yang memupuk daya kreativiti, motivasi dan kolaborasi dalam kalangan ahli-ahli istimewa kami – sesuatu yang tidak ditemui di mana-mana pada skala yang besar atau dengan penglibatan daripada individu-individu berkaliber tinggi. Penyenaraian ini merupakan bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami serta komitmen kami untuk menyampaikan nilai jangka panjang kepada pemegang saham kami.

Penyenaraian pada 1exchange menyediakan penyelesaian yang ideal antara kekal persendirian dan terbuka kepada umum; menyediakan kecairan dan kefleksibelan kepada pemegang saham, sambil mengekalkan kawalan kepada perniagaan untuk mendorongnya ke hadapan. Selepas proses semakan yang lancar dan cekap, kami berbangga disenaraikan secara rasmi pada 1X. Ini hanyalah permulaan kepada lembaran yang seterusnya tatkala kami terus berkembang dan membina ekosistem keusahawanan yang holistik dan dinamik."

A PLUS BOSS memenuhi keperluan komuniti yang terdiri daripada individu-individu yang sangat berjaya, yang berkumpul untuk berkongsi cerita, pengalaman dan nasihat bagi membantu satu sama lain belajar dan berjaya. Ahli-ahli boleh memanfaatkan platform ini sebagai peluang untuk berinteraksi dengan komuniti yang sealiran. Mereka juga boleh mengambil kesempatan daripada acara-acara eksklusif yang dianjurkan oleh A PLUS BOSS untuk memperoleh pandangan mendalam yang berharga terhadap amalan perniagaan dan strategi praktikal.

Victor Chia, Ketua Pegawai Eksekutif 1X berkata, "Ini merupakan satu penghormatan kerana A PLUS BOSS memilih 1exchange sebagai tempat penyenaraian mereka, bagi memulakan bahagian pertumbuhan mereka yang seterusnya. Kami berpangkalan di ibu negara kewangan Asia, Singapura, penyenaraian pada 1X pastinya akan membuka nilai untuk A PLUS BOSS dan rakan-rakan kongsi mereka, bagi meningkatkan kebolehlihatan dan kredibiliti sebagai platform dan komuniti yang utama di rantau ini. Kami tidak sabar-sabar untuk menyokong A PLUS BOSS dan syarikat-syarikat sedemikian sebagai batu loncatan, untuk peringkat pertumbuhan mereka yang seterusnya.

Penyenaraian pada 1X menawarkan pelbagai faedah kepada perniagaan termasuk:

  • pengemasan jadual permodalan: mengemas jadual permodalan sebelum penyenaraian awam dan/atau menjual atau menukar saham kepada saham boleh diniagakan.
  • kebolehdagangan dan kecairan untuk pemegang saham: pilihan untuk pelabur awal, pekerja ESOP atau pemegang saham untuk melakukan pengeluaran tunai tanpa melepaskan pemilikan atau kawalan,
  • strategi keluar berpotensi: menyediakan ruang untuk pasaran awam atau jualan perdagangan dan langkah pertama sebelum disenaraikan secara terbuka - menyenaraikan pada 1X untuk meningkatkan kebolehlihatan dan kredibiliti.

Menerusi usahanya yang berterusan untuk menambah baik perkhidmatannya, 1X bersedia untuk menyokong PKS meningkatkan kebolehlihatan mereka serta meningkatkan pengiktirafan jenama dalam kalangan pelanggan berpotensi malah rakan kongsi yang mungkin berminat untuk melabur selanjutnya dalam perniagaan keluarga berorientasikan pertumbuhan yang sedang meningkat. 

Perniagaan yang berminat untuk meninjau pilihan penyenaraian persendirian boleh mengetahui lebih lanjut di www.1x.exchange.com atau emel listings@1x.exchange.        

Latar Belakang A PLUS BOSS

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, A PLUS BOSS mengkhusus untuk membangunkan usahawan menjadi peneraju industri dan memberi reputasi yang kukuh kerana mencapai lebih daripada 3,000 ahli setakat ini. Syarikat ini menyediakan EMBA praktikal dan kursus-kursus berkaitan perniagaan kepada ahli profesional, pemimpin dan pemilik perniagaan. Ia berkongsi pengetahuan perniagaan dan kepimpinan yang bertaraf dunia serta mengekalkan semangat keusahawanan lebih satu juta PKS di Malaysia. Syarikat ini menjalin perkongsian eksklusif bersama Shanghai Action Education Technology Co., Ltd (SHH: 605098), Saham-A China pada Bursa Saham Shanghai dengan lebih daripada 400 hak harta intelek, lebih daripada 700 syarikat yang disenaraikan dan 200,000 usahawan, bagi mempromosikan dan menjalankan latihan pengurusan di Malaysia dan Singapura.

Latar Belakang 1exchange (1X)

1X ialah bursa sekuriti persendirian dikawal selia MAS yang pertama di Singapura menawarkan tempat penyenaraian persendirian "santai" dan berkesan kos yang diwujudkan untuk perniagaan keluarga serta syarikat-syarikat pertumbuhan dan pra-IPO. Ahli CapBridge Financial, bursa ini menyediakan penyelesaian berorientasikan pasaran seperti penyenaraian persendirian langsung dan perdagangan opsyen saham pekerja kepada syarikat-syarikat. Dengan penyenaraian 1X, pengasas, pemilik dan syarikat peringkat pertumbuhan dapat mencapai separa keluar dan kebolehdagangan dalam saham persendirian sambil mengekalkan kefleksibelan dan kawalan.

From Left: 1exchange CEO, Victor Chia, CapBridge CEO, Johnson Chen, A PLUS BOSS CEO, Dato Joe Yew,  A PLUS BOSS COO, Datin Kuan and A PLUS BOSS Corporate Advisor, Master Limns Tang.
From Left: 1exchange CEO, Victor Chia, CapBridge CEO, Johnson Chen, A PLUS BOSS CEO, Dato Joe Yew, A PLUS BOSS COO, Datin Kuan and A PLUS BOSS Corporate Advisor, Master Limns Tang.

 

Source: 1exchange
Keywords: Banking/Financial Service