omniture

Anggota-anggota ASEAN Komited Kekalkan Kestabilan Ekonomi di AFMGM 2023

Ministry of Finance of Republic of Indonesia
2023-04-12 08:47 70

JAKARTA, Indonesia, 12 April 2023 /PRNewswire/ -- Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor-gabenor Bank Pusat ASEAN mengulangi komitmen bersama mereka untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan memajukan integrasi kewangan, terhadap prospek ekonomi yang tidak menentu yang boleh menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN. Hal berkenaan merupakan rumusan penting dalam Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor-gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) yang dihoskan secara kolaboratif oleh Kementerian Kewangan dan Bank Indonesia pada 31 Mac 2023 di Nusa Dua, Bali. Sebanyak 13 mesyuarat peringkat tinggi telahpun diadakan bersama Gabenor-gabenor Bank Pusat dan Menteri-menteri Kewangan serta Timbalan-timbalan Menteri.

"Kami percaya ASEAN perlu menyasarkan untuk menjadi sebuah rantau dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap, inklusif serta mampan. Pertumbuhan ekonomi telah dan akan sentiasa menjadi kisah ASEAN. Bagi memastikan perkara ini akan berterusan, kita perlu mengukuhkan kapasiti ASEAN untuk bertindak balas kepada cabaran terdahulu, namun paling penting ialah cabaran semasa dan baharu yang kita semua saksikan pada hari ini dan cabaran yang dijangkakan dalam tempoh dua puluh tahun akan datang. ASEAN kekal menjadi lokasi yang cerah dalam ekonomi global yang melaluinya rantau ini menawarkan prospek yang lebih cerah masa depannya berbanding pandangan global yang lebih suram," seperti yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Republik Indonesia, Sri Mulyani Indrawati. ASEAN secara kolektif memiliki pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan kestabilan makroekonomi. Ekonomi ASEAN-5 bersama-sama berkembang sebanyak 5.3% pada tahun lalu dan diramalkan secara kolektif untuk berkembang sebanyak 4.6% pada tahun ini dan meningkat kepada 5.6% pada tahun 2024.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor-gabenor Bank Pusat dari sembilan negara ASEAN (Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam) dan wakil-wakil daripada enam organisasi antarabangsa (Asian Development Bank, ASEAN+3 Macroeconomic Research Office, International Monetary Fund, Financial Stability Board, Bank for International Settlement, World Bank).

Di AFMGM, anggota-anggota mengalu-alukan tema ASEAN Chairmanship Indonesia pada tahun 2023, 'ASEAN Penting: Epipusat Pertumbuhan' ('ASEAN Matters: Epicentrum of Growth') yang mempunyai tiga teras strategik: (i) pemulihan dan pembinaan semula, (ii) ekonomi digital dan (iii) kemampanan. Anggota-anggota ASEAN menekankan kepentingan kolaborasi dan kerjasama yang kukuh bagi membendung risiko berlarutan yang boleh menimbulkan ancaman kepada ekonomi serantau, mengalu-alukan Kebolehserahan Ekonomi Utama (Priority Economic Deliverables, PED) 2023 Indonesia termasuk kesiapsiagaan pandemik, kewangan infrastruktur, percukaian antarabangsa, kerjasama kastam, rangkuman kewangan digital untuk PMKS serta kewangan mampan.

Hasil daripada perbincangan AFMGM pertama akan dilaporkan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 pada Mei 2023 di Labuan Bajo. AFMGM ke-2 akan turut diadakan pada Ogos 2023, di Jakarta.

 

Source: Ministry of Finance of Republic of Indonesia
Keywords: Banking/Financial Service