omniture

HUAWEI Mulakan Global XMAGE Awards 2023

HUAWEI
2023-04-12 12:01 232

SHENZHEN, China, 12 April 2023 /PRNewswire/ -- Pada 7 April 2023, Huawei memulakan secara rasmi HUAWEI XMAGE Awards 2023. Sebagai platform terbuka Huawei untuk kecemerlangan fotografi telefon pintar, pertandingan tahunan ini meraikan inspirasi dan kreativiti, melalui foto dan video hebat yang ditangkap dengan peranti Huawei di serata dunia. Sejak tahun 2017, pengguna dari lebih 170 negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan ini, menyumbang hampir 4 juta penyertaan setakat ini. Ini menjadikan HUAWEI XMAGE Awards sebagai warisan budayanya yang tersendiri, mengandungi cebisan sejarah manusia dari perspektif seluruh dunia.


Tangkap dan Beri Inspirasi: Hala Tuju Baharu untuk XMAGE Awards

XMAGE Awards pada tahun ini mengharapkan agar jurugambar yang berada di mana-mana sahaja – kasual atau profesional – akan mencari inspirasi dalam fotografi mereka. Anugerah ini mendapat namanya daripada cabang Penyelidikan & Pembangunan Pengimejan proprietari Huawei, XMAGE. Sama seperti senamanya, XMAGE Awards bercita-cita untuk membantu jurgambar mencari inspirasi dan menjadi inovatif dalam bidang fotografi.

Dilancarkan pada tahun 2022, jenama XMAGE memfokuskan kepada sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej dalam bidang fotografi. Keempat-empat tonggak XMAGE kini membentuk prinsip-prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu dan akan datang daripada Huawei seperti Kamera Ultra Apertur HUAWEI Mate 50 Series yang terkini dan Kamera Telefoto Ultra Pencahayaan HUAWEI P60 Pro.

Kategori Berjalan-jalan Waktu Malam Baharu bagi merakam Keajaiban Kegelapan

Pertandingan pada tahun ni mempunyai kategori-kategori yang berikut: Berjalan-jalan Waktu Malam, Potret, Seni & Fesyen, Aktiviti Luar, Salam Kehidupan (Hello Life), Papan Cerita, Aksi dan Penceritaan.

Berjalan-jalan Waktu Malam merupakan kategori baharu, menggalakkan pengguna untuk mengambil gambar keajaiban kehidupan malam yang tersembunyi, menggunakan tetapan foto-malam unik daripada Huawei.

Hadiah menarik dan hakim baharu

Pada tahun ini, hadiah-hadiah yang berikut akan diberikan kepada penyerahan yang cemerlang: 3 pemenang Hadiah Utama, 24 pemenang Terbaik-dalam-Kategori, 27 pemenang Tempat Kedua dan 5 penerima Sebutan Khas. Para pemenang boleh menerima wang hadiah sehingga USD 10,000[1].

Hakim-hakim baharu dijemput. Ini termasuk lima peneraju dalam bidang fotografi: Chen Xiaobo, Naib Presiden China Photographers Association; jurugambar fesyen Cina Pei Tongtong; jurugambar landskap Portugis José Ramos; jurugambar potret Australia Jessica Hromas; dan Li Changzhu, Naib Presiden Jabatan Pemasaran Strategi Pengguna di HUAWEI Consumer Business Group.

Penyerahan XMAGE Awards akan ditutup jam 23:59 waktu Beijing (GMT+8) pada 15 Ogos 2023. Kami tidak sabar-sabar menantikan penyertaan anda dan melihat kreativiti anda direalisasikan.

Pengguna boleh mengunjungi saluran penyerahan global disatukan melalui XMAGE Awards 2023 untuk penyerahan mereka serta menghantar penyertaan mereka melalui HUAWEI Community. Penyertaan haruslah imej atau video yang ditangkap menggunakan telefon bimbit Huawei dan tiada sekatan dari segi bila hasil kerja itu ditangkap atau model telefon bimbit Huawei yang mana yang digunakan.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat pertandingan, serta penyerahan, sila rujuk laman sesawang pertandingan: https://gallery.consumer.huawei.com


[1] Dana penciptaan yang disebutkan di atas adalah jumlah sebelum cukai. Penganjur berhak mengubah suai hadiah fizikal sebelum keputusan diumumkan. Penganjur berhak mengubah suai bilangan pemenang.

Source: HUAWEI
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards