omniture

HUAWEI AppGallery melancarkan Ragnarok Origin: acara epik dan pulangan tunai serta barangan dalam permainan daripada keseluruhan hadiah berjumlah $1 juta menanti semua peminat permainan

Huawei Mobile Services
2023-04-12 17:00 8

KUALA LUMPUR, Malaysia12 April 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan pada hari ini bahawa Ragnarok Origin (ROO) akan tersedia di AppGallery mulai 6 April. Bagi meraikan pelancaran permainan mudah alih yang dinanti-nantikan ini, Huawei akan menganjurkan acara yang menarik dan faedah pulangan tunai yang eksklusif daripada keseluruhan hadiah berjumlah 1 juta dolar untuk semua pengguna Huawei dan Android yang memuat turun permainan ini melalui AppGallery. Di samping itu, semua peminat ROO yang memuat turun permainan ini akan menerima pek hadiah pelancaran iaitu barangan dalam permainan bagi memberi kelebihan kepada pemain ROO dalam memulakan pengembaraan legenda mereka.


Bagi mengalu-alukan pemain baharu, pengguna AppGallery akan dapat menikmati pek hadiah terhad dan eksklusif termasuk Speed Candy, 100,000 Eden Coins, Lucky Candy dengan memuat turun permainan ini daripada AppGallery, dan terdapat lebih banyak lagi ganjaran perbelanjaan dalam-permainan yang bakal menanti pemain semasa tempoh sambutan khas ini, hadiah keseluruhan  yang berjumlah $1 juta dengan ganjaran pulangan tunai serta kod dalam-permainan.*

Versi mudah alih Ragnarok Online klasik didatangkan dengan peningkatan lanjut untuk pemainnya, termasuk ganjaran dalam talian dan acara dalam-permainan untuk pelancaran ini. Dengan slogan "Kasih Sayang Asli, RO Asli" ("Original Love, Original RO"), Ragnarok Origin mengembalikan semula rasa nostalgia Ragnarok Online kerana ia mengekalkan banyak aspek kegemaran peminatnya — seperti gaya seni yang digemari, runut bunyi yang hebat, haiwan peliharaan yang comel, sistem pembuatan (crafting) dan corak permainan.

Sertai sambutan dan menangi hadiah menarik

Kedai utama Huawei di HES @ Sunway Pyramid akan menganjurkan parti bertemakan Ragnarok Origin pada 29 dan 30 April. Semua hadirin akan dapat menyelami dunia fantasi ROO di zon pengalaman permainan khas yang akan disediakan di kedai tersebut.

AppGallery menyediakan pelbagai jenis ganjaran, faedah eksklusif dan kelebihan untuk pemain sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menjadikan pengalaman permainan yang menyeronokkan untuk pengguna. Pengguna AppGallery di Malaysia yang memuat turun permainan ini dan membuat pembelian dalam-aplikasi pada platform boleh menerima rebat segera sehingga 10% yang boleh digunakan untuk mengimbangi pembelian berikutnya*. Untuk maklumat lanjut, lihat: bit.ly/appgallery_roolaunch_my

AppGallery berdedikasi untuk membawa pengalaman yang unik kepada pemain baik dalam dunia maya mahupun dunia nyata, ini yang membezakan kami daripada platform-platform lain," kata Rei Xiao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, Huawei Rantau APAC. "Kami telah berjaya memasukkan pelbagai permainan popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan penambahan Ragnarok Origin melambangkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan kami ke arah menjadi platform permainan terulung dengan kelebihan yang eksklusif untuk pengguna kami. Kami berbesar hati dapat menawarkan perkhidmatan kepada berjuta-juta pengguna, dengan 580 juta pengguna aktif bulanan dan jumlahnya semakin bertambah."

Dengan lebih lapan juta pemain telah membuat pra-pendaftaran untuk permainan ini, jelas menunjukkan bahawa Ragnarok Origin telahpun mendapat sambutan hebat. Pemain yang berminat untuk mengalami pengalaman permainan yang menakjubkan dengan visual menarik boleh memuat turun permainan ini pada siri HUAWEI Mate50 terkini untuk hiburan hebat yang berpanjangan

Pengguna Android: jangan ketinggalan dan muat turun AppGallery sekarang untuk menikmati faedahnya

Semua pengguna Android kini boleh memuat turun AppGallery pada telefon pintar mereka dan memenangi hadiah ROO, menyertai acara pelancaran di Malaysia dan banyak lagi. Dengan antara mukanya yang mudah digunakan, pelbagai jenis aplikasi, permainan dan faedah eksklusif, AppGallery merupakan gedung aplikasi yang sempurna untuk semua orang. Dengan komitmennya terhadap inovasi dan kepuasan pengguna, AppGallery ialah platform yang harus dicuba oleh sesiapa sahaja yang ingin menerokai perkara terbaik yang ditawarkan oleh dunia Android.

HUAWEI AppGallery teruja untuk mengalu-alukan peminat permainan ini untuk menikmati acara hebat ini, faedah eksklusif serta hadiah. Sertai berjuta-juta pemain yang telahpun merasai kehebatan Ragnarok Origin dan rasai sendiri keterujaannya.

Muat turun Ragnarok Origin daripada HUAWEI AppGallery: bit.ly/appgallery_roolaunch_my_pr

Kunjungi saluran AppGallery Discord untuk mendapat maklumat terkini tentang tawaran dan promosi atau untuk berbual bersama pengguna AppGallery yang lain. Sertai di sini: https://discord.gg/ckeBMa8Bbw

Latar Belakang HUAWEI AppGallery

AppGallery ialah pasaran aplikasi rasmi pada telefon pintar Huawei, membawakan aplikasi dipilih susun dalam rangkaian luas kategori termasuk permainan, pendidikan, gaya hidup dan fesyen. Ia disenaraikan sebagai pasaran aplikasi 3 teratas di seluruh dunia, dengan lebih daripada 580 juta pengguna aktif setiap bulan. Di samping itu, pengguna AppGallery mendapat akses kepada pelbagai hadiah eksklusif, rebat, kupon dan keistimewaan VIP.

Ikuti akaun media sosia Huawei Mobile Services APAC untuk maklumat lanjut:
Facebook: https://www.facebook.com/HuaweiMobileServicesAPAC
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCmxSJZ7ddeeWWBzsoJOXvJw

Muat turun AppGallery sekarang: http://bit.ly/43aROC2

Latar Belakang Ragnarok Origin

Ragnarok Origin ialah MMORPG generasi seterusnya yang dibangunkan oleh Gravity Game Hub. Ia menggabungkan corak permainan klasik dan grafik moden untuk menawarkan pemain pengalaman permainan yang unik dan sukar dilupakan

*Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications