omniture

Taipei University of Business menjadi tempat latihan baharu untuk pemimpin perniagaan masa depan Asia Tenggara

Taipei University of Business
2023-04-13 08:00 66

TAIPEI, 12 April 2023 /PRNewswire/ -- Pasaran Asia Tenggara telah menunjukkan kecemerlangan sejak kebelakangan ini, dengan permintaan terhadap bakat terus bertambah kukuh. Taipei University of Business (Taipei University), universiti perniagaan pertama pulau ini, mempunyai ramai siswazah yang amat dialu-alukan oleh pemilik perniagaan dan pengurus lantaran asas mereka yang kukuh bukan sahaja dalam bidang perniagaan tetapi juga dalam bidang antarabangsa dan silang disiplin. Impak daripada alumni yang cemerlang ini telah diperluas ke seluruh sektor kewangan dan perniagaan.

Ly Gia Han, seorang pelajar luar negara di Jabatan Bahasa Asing Gunaan di Taipei University of Business, memenangi kejuaraan dalam kategori bahasa Vietnam bagi Pertandingan Terjemahan Pelajar Senegeri Luar Negara.
Ly Gia Han, seorang pelajar luar negara di Jabatan Bahasa Asing Gunaan di Taipei University of Business, memenangi kejuaraan dalam kategori bahasa Vietnam bagi Pertandingan Terjemahan Pelajar Senegeri Luar Negara.

Dalam tinjauan "Universiti Kegemaran mengikut Perusahaan 2023" 1111 Job Banks, Taipei University of Business tersenarai di kedudukan tinggi dalam kedua-dua kategori Kewangan dan Pengurusan. Para pelajar daripada Kolej Reka Bentuk Inovatif dan Pengurusan sekolah berkenaan telah memperoleh Red Dot Design Award di Jerman berkali-kali, satu pencapaian yang dilihat sebagai agak luar biasa oleh pemimpin-pemimpin dalam bidang berkenaan.

Sejak memegang jawatan pada tahun 2022, Presiden Universiti Lichung Jen, yang sentiasa mementingkan prinsip yang mana "pendidikan adalah berdasarkan penyelidikan, bertumpukan kepada pemindahan pengetahuan dan pengalaman daripada guru kepada pelajar, menerima integrasi industri-akademik dan sentiasa cuba untuk mengoptimumkan metodologi," berusaha untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti programnya. Dengan kemunculan gelombang teknologi kewangan yang telah mengubah kewangan tradisional, Taipei University of Business menambah aplikasi teknologi digital, sains pemasaran, kecerdasan buatan, data raya dan pengkomputeran awan kepada kurikulumnya, seterusnya memudahkan integrasi dan pembangunan antara disiplin. Walaupun dengan penurunan kadar kelahiran di Taiwan, Universiti ini terus menarik minat sejumlah besar pelajar yang bercita-cita tinggi dalam bidang perniagaan dan kewangan, lalu menghasilkan kadar pendaftaran pelajar baharu yang tinggi secara konsisten.

Sebagai respons kepada persekitaran sosioekonomi antarabangsa dan Taiwan yang berubah pantas, Taipei University of Business berjalan seiring dengan trend dalam pendidikan pengurusan perniagaan antarabangsa dan kini mendapat manfaat daripada penambahan EMBA yang tepat pada masanya kepada programnya, membawa kepada pemerolehan akreditasi AACSB yang berprestij dan diiktiraf di peringkat global.

Taipei University of Business juga berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajar luar negara, menawarkan Kursus Bahasa Cina Perniagaan Musim Panas dan mengatur lawatan kebudayaan dan korporat. Universiti ini telah menyediakan program-program untuk membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran, membangunkan kemahiran berbahasa dan mengumpul kelebihan dwibahasa dalam usaha perniagaan pada masa akan datang. Memetik satu contoh walaupun berada di Taiwan hanya kurang daripada setahun, Ly Gia Han, seorang pelajar luar negara di Jabatan Bahasa Asing Gunaan, memenangi kejuaraan dalam kategori bahasa Vietnam bagi Pertandingan Terjemahan Pelajar Senegeri Luar Negara yang ditaja oleh Majlis Hal Ehwal Komuniti Luar Negara pada tahun 2022, biarpun berada di Taiwan hanya kurang daripada setahun lamanya. Selepas menamatkan pengajian dan pulang ke Vietnam, beliau pastinya akan menggunakan kemahiran linguistik dan perniagaan beliau yang baru diperoleh untuk menjadi penghubung penting antara kedua-dua wilayah.

Source: Taipei University of Business
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Financial Technology