omniture

COSRX Perkenal Kempen Cabaran TikTok yang Menyeronokkan dan Mengujakan

COSRX
2023-04-14 11:22 62

Memperkenalkan Aloe Soothing Sun Cream untuk Pengguna Asia Tenggara

SEOUL, Korea Selatan, 14 April 2023 /PRNewswire/ -- Tahun lalu, COSRX, jenama penjagaan kulit kegemaran pakar kulit, mencetuskan gelombang di TikTok menerusi Cabaran TikTok Snail, menarik minat lebih 20K peserta dan mengumpul lebih 1.5B tontonan di bawah tanda pagar #COSRX. Bermula pada hari ini, jenama ini melancarkan kempen terkininya, #LayerYourSPF, menyasarkan khususnya pengguna TikTok Asia Tenggara. Cabaran #LayerYourSPF diwujudkan untuk menunjukkan manfaat Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ PA+++ jenama ini, termasuk keupayaannya untuk memberi kemasan tidak berminyak dan melembapkan yang melegakan kulit, walaupun di bawah sinaran matahari yang terik dan iklim lembap di negara-negara tersebut.

COSRX #LayerYourSPF 1
COSRX #LayerYourSPF 1

Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ PA+++ COSRX yang telah terjual lebih 3.4 juta unit di seluruh dunia, menjadi produk kegemaran di Asia Tenggara. Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, jenama ini menganalisis lebih 60,000 ulasan pengguna dari negara-negara Asia Tenggara dan mendapati bahawa produk ini amat dihargai kerana penyerapannya yang pantas dan kemasan yang tidak berminyak tetapi melembapkan. Berdasarkan kepada pandangan yang berharga ini, COSRX melancarkan Cabaran TikTok #LayerYourSPF, yang menekankan kepentingan menyapu pelindung suria dan penyerapan pantas, seterusnya memperlihatkan keperluan dan keutamaan pengguna SEA.

"Matlamat kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran berkisarkan kepentingan menyapu SPF, tetapi menyesuaikannya dengan COSRX kami," kata wakil jenama di COSRX. "Kami ingin menekankan bahawa penjagaan kulit tidaklah sukar dan tidak membosankan. Ia ringkas, menyeronokkan dan menggembirakan. Selain itu, dengan musim panas yang hampir tiba, kami ingin menekankan kepentingan pelindung suria! Ia bukan sekadar alat kecantikan, tetapi satu keperluan yang akan melindungi anda daripada selaran matahari, kedutan, tompok matahari dan tanda-tanda penuaan lain serta banyak lagi."

COSRX #LayerSPF 2
COSRX #LayerSPF 2

Untuk mengambil bahagian dalam cabaran TikTok #LayerTourSPF, hanya gunakan penapis jenama ini. Hulurkan tangan anda untuk mendapatkan kandungan SPF itu, tiru gerak isyarat tangan untuk merapikan SPF bagi menyertai keseronokan. Penapis ini sedia digunakan di Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam. Sebaik sahaja kandungan tersedia, siarkannya pada TikTok dengan tanda pagar #COSRX #LayerYourSPF #AloeSunscreen #SPF50 mulai 14 April hingga 7 Mei 2023.

COSRX #LayerSPF 3
COSRX #LayerSPF 3

Kesemua peserta akan dimasukkan secara automatik ke dalam cabutan untuk memenangi beberapa hadiah hebat yang melebihi hadiah daripada musim-musim sebelum ini. 5 pemenang utama akan dianugerahkan 10 produk paling laris daripada COSRX: Aloe 54.2 Tone-up Sunscreen, Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ PA+++, seluruh rangkaian RX - The Vitamin C 23 Serum, The Vitamin C 13 Serum, The Niacinamide 15 Serum, The Hyaluronic Acid 3 Serum, The Retinol 0.5 Oil, The Retinol 0.1 Cream, Advanced Snail Mucin 96 Power Essence dan Advanced Snail 92 All in one Cream. Manakala 100 pemenang UTAMA, akan memenangi 4 produk paling laris COSRX: Aloe 54.2 Tone-up Sunscreen, Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ PA+++, The Vitamin C 23 Serum dan The Retinol 0.1 Cream. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa produk-produk pemenang anugerah itu mungkin tertakluk kepada perubahan bergantung kepada produk yang dilancarkan dan keadaan setiap negara. Semua pemenang akan diumumkan melalui Instagram rasmi mereka (@cosrx) dan saluran TikTok (@cosrx_official) pada 12 Mei 2023.

Latar Belakang COSRX

Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang berkesan lagi berpatutan, COSRX dengan pantas menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran Amerika. Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk COSRX memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan dan tiada apa yang tidak diperlukannya. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara termasuk Shopee, Sociolla, Watsons dan sebagainya. Sila semak pautan membeli-belah untuk Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ PA+++ yang dipaparkan dalam cabaran #layeryourSPF di bawah:

Source: COSRX
Keywords: Advertising Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services