omniture

BRAND'S SARI PATI AYAM, PLUS MALAYSIA BERHAD JALANKAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA MUSIM PERAYAAN INI

BRAND'S Essence of Chicken
2023-04-14 12:08 38

BRAND'S Sari Pati Ayam bantu pulih tenaga pemandu yang pulang ke kampung Raya ini

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 April 2023 /PRNewswire/ -- BRAND'S Sari Pati Ayam (BRAND'S) bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi melancarkan kempen keselamatan jalan raya Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada. Menerusi pelancaran kempen ini, BRAND'S dan PLUS berharap untuk mendidik dan mendorong tabiat memandu yang selamat di samping memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati memandu sepanjang musim perayaan ini.

Pelancaran kempen keselamatan jalan raya BRAND’S Essence of Chicken (BRAND’S) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada. Dari kiri: 1) Husni Md Yusuf - Pengurus Wilayah Tengah, PLUS Malaysia Berhad 2) Mohd Yusuf Abdul Aziz - Pengurus Besar Kanan Operasi, PLUS Malaysia Berhad 3) Hazafullah Bin Humaidi - Pegawai PLUSRonda, PLUS Malaysia Berhad 4) Meor Muhammad Asfur - Pegawai PLUSRonda, PLUS Malaysia Berhad 5) Rodney Tan - Pengarah Pemasaran, Suntory Beverage and Food Malaysia 6) Eunice Kow - Ketua Pemasaran, BRAND’S Essence of Chicken 7) Iskandar Dzulkifli - Pemangku Ketua, Komunikasi Korporat, PLUS Malaysia Berhad
Pelancaran kempen keselamatan jalan raya BRAND’S Essence of Chicken (BRAND’S) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada. Dari kiri: 1) Husni Md Yusuf - Pengurus Wilayah Tengah, PLUS Malaysia Berhad 2) Mohd Yusuf Abdul Aziz - Pengurus Besar Kanan Operasi, PLUS Malaysia Berhad 3) Hazafullah Bin Humaidi - Pegawai PLUSRonda, PLUS Malaysia Berhad 4) Meor Muhammad Asfur - Pegawai PLUSRonda, PLUS Malaysia Berhad 5) Rodney Tan - Pengarah Pemasaran, Suntory Beverage and Food Malaysia 6) Eunice Kow - Ketua Pemasaran, BRAND’S Essence of Chicken 7) Iskandar Dzulkifli - Pemangku Ketua, Komunikasi Korporat, PLUS Malaysia Berhad

Pada musim perayaan ini, anggota peronda Lebuhraya PLUS, PLUSRonda memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan yang selamat dan lancar bagi pengguna lebuh raya. BRAND'S turut memberikan sokongan dengan membekalkan BRAND'S Sari Pati Ayam bagi memastikan petugas PLUSRonda kekal bertenaga sewaktu bekerja pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan selesa dan selamat.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan BRAND'S Sari Pati Ayam dalam kempen BRAND'S x PLUS 'Kekal Bertenaga dan Selamat, Di Mana Jua Anda Berada' yang bukan sahaja menghargai usaha gigih petugas PLUSRonda kami, tetapi juga mendorong budaya pemanduan yang selamat di kalangan orang ramai. Inilah masa ahli keluarga berkumpul, sekolah dan rakyat Malaysia amnya akan bercuti, dan orang ramai sibuk beraya. Ramai juga yang akan mengambil peluang ini untuk berehat dan memulihkan tenaga dengan bercuti sempena cuti perayaan. Semua pemandu juga diingatkan supaya sentiasa memastikan langkah keselamatan jalan raya diambil dan memandu dengan selamat agar tidak membahayakan nyawa pengguna lebuh raya yang lain," jelas Mohd Yusuf Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Operasi, PLUS Malaysia Berhad.

Berehat untuk Tubuh Badan dan Minda yang Sihat

Dalam usaha mendekati masyarakat pada musim perayaan ini, BRAND'S turut membekalkan 50,000 botol BRAND'S Sari Pati Ayam kepada pengguna lebuh raya PLUS di R&R terpilih, termasuk anggota PLUSRonda.

"Di BRAND'S, kami berbangga dapat bekerjasama dengan PLUS. Kami ingin berbakti kepada masyarakat dengan sama-sama berkempen ke arah keselamatan jalan raya. Usaha ini juga tepat pada masanya memandangkan PLUS baru-baru ini menyambut Hari PLUSRonda yang ke-33 pada 1 April. Produk BRAND'S diharapkan dapat memberikan tenaga dan tumpuan kepada pasukan PLUSRonda yang bekerja pada setiap masa, terutamanya ketika berpuasa. Kami berbangga dapat memberikan sokongan kesihatan kepada pasukan PLUSRonda. Kami sedar akan kepentingan berhati-hati ketika memandu, terutamanya perjalanan jarak jauh. Sari Pati Ayam kami mampu menambahkan tenaga dan daya tumpuan bagi membantu pemandu kekal fokus di jalan raya," jelas Rodney Tan, Pengarah Pemasaran Suntory Food and Beverages Malaysia.

Pengguna lebuh raya boleh melayari Facebook PLUS Malaysia (www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad) dan BRAND'S Sari Pati Ayam (www.facebook.com/BrandsMalaysia) untuk maklumat terkini Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan info trafik musim perayaan ini. Juga, kunjungi tapak pameran BRAND'S x PLUS Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada di lokasi terpilih di Lebuhraya PLUS. Lokasi tapak pameran akan disiarkan di media sosial. Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan kit bantuan perjalanan lewat malam dan awal pagi.

Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha BRAND'S untuk terus memberikan impak positif kepada masyarakat. BRAND'S komited dalam mempromosi kesihatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya dan mengingatkan mereka supaya berhati-hati di jalan raya pada musim perayaan. BRAND'S berharap kempen ini bukan sahaja mengingatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang selamat, malah turut menghargai peranan PLUSRonda dalam menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini.

Mengenai BRAND'S Sari Pati Ayam

BRAND'S Sari Pati Ayam adalah makanan tambahan semula jadi yang mengandungi asid amino dan peptida mudah cerna. Proses unik pendidihan berganda pada suhu tinggi menjadikannya lebih pekat. Dibotolkan secara kedap udara untuk memelihara kesegaran dan disterilkan pada suhu melebihi 100°C, BRAND'S Sari Pati Ayam bebas lemak, kolesterol, kaya dengan protein dan tidak mengandungi perisa tambahan.

Dengan lebih 50 kajian saintifik diterbitkan, BRAND'S Sari Pati Ayam merupakan satu-satunya pati ayam yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan serta daya tumpuan. BRAND'S Sari Pati Ayam juga menambah metabolisme dengan mengurangkan keletihan dan meningkatkan pengaliran oksigen ke otak untuk daya tumpuan lebih baik.

Mengenai PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) adalah pengendali lebuh raya terbesar di Semenanjung Malaysia dan salah satu pengendali lebuh raya terbesar di Asia Tenggara yang bertanggungjawab mentadbir urus, serta memastikan keselamatan dan keselesaan 1.7 juta pelanggan harian di sepanjang 1,130km (91% adalah lebuh raya antara negeri) di negara ini. Sebagai 'nadi pengangkutan darat' negara, PLUS telah meningkatkan sosioekonomi Malaysia sejak tiga dekad,  memberi impak yang ketara dan memainkan peranan penting dalam memperbaiki tahap kehidupan dan sosioekonomi Malaysia, sebagai pemangkin kepada industri pelancongan, pembukaan zon bebas cukai, pelabuhan baharu dan pertambahan kawasan perumahan.

Berasaskan aspirasi untuk menjana kesejahteraan dan kelestarian di dalam kehidupan komuniti, ekosistem lebuh raya PLUS juga telah membuka peluang perniagaan dan pekerjaan dengan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat di sekitar 30 kilometer jajaran bermula dengan mereka yang paling dekat dengan kami.  Lawati www.plus.com.my  untuk maklumat lanjut, atau ikuti maklumat terkini menerusi saluran YouTube, laman Facebook, Instagram dan LinkedIn PLUS.

Source: BRAND'S Essence of Chicken
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Transportation Travel New products/services