KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 April 2023 /PRNewswire/ -- Sempena Ramadan yang mulia, Ribena menyatukan masyarakat menerusi program yang menyebar kasih sayang dan rasa prihatin terhadap keluarga kurang bernasib baik di Malaysia. Ribena bakal membawa keceriaan perayaan dengan bantuan makanan untuk 800 orang di seluruh Lembah Klang.
Sempena Ramadan, Ribena menambah satu sentuhan istimewa untuk membantu jemaah berbuka puasa. Menerusi kerjasama dengan masjid di sekitar Puchong, Shah Alam dan Kuala Lumpur, Ribena akan menyumbangkan bubur lambuk, iaitu juadah Ramadan lazat yang dibuat dengan rempah ratus dan santan, kepada 500 jemaah selepas solat. Bubur lambuk ini digandingkan dengan minuman Ribena sebagai pembuka selera iftar yang menyegarkan.
Rodney Tan, Pengarah Pemasaran Suntory Beverage & Food Malaysia berkata, "Ribena sentiasa ada untuk mencipta detik ikatan yang istimewa dan bermakna. Kami ingin merealisasikan falsafah ini dengan melakukan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat. Kami harap pengagihan hidangan bubur yang sihat ini dapat merapatkan hubungan semasa berbuka puasa dan berkongsi saat indah bersama orang tersayang".
Selain pengagihan bubur lambuk, Ribena turut bergabung dengan HOPE worldwide Malaysia, sebuah NGO yang membantu golongan miskin bandar dan terpinggir, dalam program pengagihan bantuan makanan. Sasaran inisiatif ini adalah 300 keluarga dalam rangkaian NGO tersebut. Bantuan barangan keperluan seperti beras, minyak masak, biskut dan lain-lain akan diberi secara berperingkat dengan disertakan minuman Ribena yang menyegarkan.
Kerjasama dengan HOPE worldwide Malaysia ini bermula di PPR Beringin, Kuala Lumpur pada 8 April 2023 dengan pengagihan bungkusan istimewa produk Ribena kepada penduduk bagi menambah keceriaan sambutan Hari Raya mereka.
"Memandangkan Ramadan adalah bulan memberi, kami ingin menyemarakkan semangat ini dengan memberi kepada golongan yang memerlukan sesuatu yang boleh dibawa pulang dan dinikmati bersama orang tersayang. Kami berharap sumbangan ini membawa keriangan dan menjalin kemesraan sesama komuniti, serta memberi inspirasi kepada yang lain untuk melakukan perkara sama," jelas Rodney.
Dapatkan maklumat terkini mengenai Ribena menerusi Facebook (www.facebook.com/RibenaMalaysia). dan Instagram (www.instagram.com/ribenamalaysia).
Mengenai Suntory Group
Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd [201301042171 (1071996-A)] adalah pengeluar Ribena, salah satu jenama minuman paling popular di Malaysia. Ribena adalah minuman blackcurrant paling popular di Malaysia, serta di negara-negara lain di seluruh dunia. Ia kaya dengan Vitamin C dan turut disukai ramai kerana rasa blackcurrant yang unik dan menyegarkan. Ribena kini turut menawarkan rangkaian Simply Strawberry baharu mereka, dan juga perisa Asli Blackcurrant sama ada dalam bentuk kordial atau minuman sedia untuk diminum.