omniture

AGBA Group Holding Limited (NASDAQ: 'AGBA') mengeluarkan bahan-bahan dikemas kini untuk pelabur baharu dan sedia adanya

AGBA Group Holding Ltd
2023-04-17 12:25 59
  • Gambaran keseluruhan berfokus pelabur yang komprehensif menawarkan pemahaman penting tentang kewangan, pasukan pengurusan dan tesis pelaburan syarikat.
  • Pengeluaran bahan pelabur yang mendalam ini menekankan komitmen berterusan AGBA terhadap ketelusan dan dedikasinya untuk menyediakan sumber berharga kepada pelabur.

HONG KONG, 17 April 2023 /PRNewswire/ -- AGBA Group Holding Limited ("AGBA") yang disenaraikan pada NASDAQ, pasar raya kewangan sehenti terkemuka di Hong Kong, telahpun mengeluarkan pek pengenalan yang ekstensif untuk pelabur baharu dan sedia adanya, bagi memberi pemahaman penting tentang kewangan, perbincangan pasukan pengurusan dan tesis pelaburan syarikat serta pandangan tentang prestasi dan penilaian masa depan syarikat. Pek ini menyertakan ulasan yang terperinci tentang prospek penilaian Kumpulan ini, mengetengahkan potensi pertumbuhan signifikan syarikat ini.

Ringkasan "Lembaran Fakta" yang disebarkan pada 7 Mac 2023 memberi maklumat penting tentang kewangan, pasukan pengurusan dan tesis pelaburan syarikat. Penerangan yang lebih mendalam tentang 'Sorotan Perniagaan & Perbincangan Pengurusan' yang disebarkan pada 7 Mac 2023 memberi gambaran keseluruhan yang terperinci tentang perniagaan penting syarikat, operasi dan strategi pertumbuhannya menuju ke hadapan. Dokumen yang bertajuk "Unjuran Kewangan 2023-2027 dan Penilaian" memberi pandangan yang terperinci tentang pemacu penting hasil, kos dan perolehan syarikat serta perspektif tentang penilaian syarikat dan perniagaan-perniagaan utamanya. Di samping itu, pek ini menyediakan pautan kepada video pengenalan syarikat, menawarkan cara yang menarik dan bermaklumat kepada pelabur untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat ini.

Wing-Fai Ng, Presiden Kumpulan, AGBA Group Holding Limited berkata, "Sumber yang berharga ini merupakan bukti komitmen kami kepada ketelusan dan keandalan dalam menyediakan maklumat kepada orang ramai. Kami yakin bahawa pek pengenalan ini akan membantu pelabur memahami nilai syarikat kami dan peluang yang terbentang di hadapan."

Ng berkata, "AGBA Group telah mengalami transformasi strategik yang komprehensif sejak beberapa tahun yang lalu dan kini telah menyelesaikan fasa pertama dan kini bersedia untuk memanfaatkan prospek pertumbuhan Hong Kong yang teguh dalam perniagaan teras kami iaitu insurans, pengurusan aset dan penjagaan kesihatan."

"Kami berasa teruja untuk berkongsi rancangan kami dan fasa seterusnya bagi transformasi strategik kami yang sedang berjalan," kata beliau. "Kami percaya pek pengenalan ini akan berfungsi sebagai alatan berharga untuk pelabur bagi memahami secara mendalam tentang syarikat kami dan potensinya."

Pek pengenalan pelabur untuk pelabur-pelabur semasa dan akan datang boleh didapati di laman sesawang syarikat, sila kunjungi www.agba.com/investors/ 

Kenyataan 'Safe Harbor'

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan seperti yang ditakrifkan oleh Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan pandang ke hadapan termasuk kenyataan berhubung rancangan, objektif, matlamat, strategi, peristiwa akan datang atau prestasi serta andaian yang mendasari dan kenyataan-kenyataan lain selain daripada kenyataan fakta terdahulu. Apabila Syarikat menggunakan perkataan-perkataan seperti "mungkin," "akan," "berhasrat," "harus," "percaya," "menjangkakan," "meramalkan," "mengunjurkan," "menganggarkan" atau ungkapan yang serupa yang tidak berkaitan semata-mata dengan perkara terdahulu, ia membuat kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan bukan jaminan prestasi masa depan dan melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang mungkin mengakibatkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada jangkaan Syarikat yang dibincangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan-kenyataan ini tertakluk kepada ketidaktentuan dan risiko termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut: matlamat dan strategi Syarikat; pembangunan perniagaan masa depan Syarikat; permintaan dan penerimaan produk dan perkhidmatan; perubahan dalam teknologi; keadaan ekonomi; keputusan daripada mana-mana prosiding undang-undang yang mungkin dimulakan terhadap kami berikutan penyempurnaan gabungan perniagaan; jangkaan berhubung strategi dan prestasi kewangan masa depan kami, termasuk rancangan atau objektif perniagaan masa depannya, prestasi prospektif dan peluang dan pesaing, hasil, produk, penetapan harga, perbelanjaan operasi, trend pasaran, kecairan, aliran tunai dan penggunaan tunai, perbelanjaan modal dan keupayaan kami untuk melabur dalam inisiatif pertumbuhan dan mengejar peluang pemerolehan; reputasi dan jenama; impak daripada persaingan dan penetapan harga; peraturan kerajaan; turun naik dalam keadaan ekonomi dan perniagaan am di Hong Kong dan pasaran antarabangsa yang Syarikat bercadang untuk memberikan khidmat dan andaian yang mendasari atau berkaitan dengan mana-mana risiko yang disebut di atas dan risiko lain yang terkandung dalam laporan yang difailkan oleh Syarikat dengan SEC, tempoh dan keterukan wabak coronavirus baru-baru ini, termasuk impaknya merentas perniagaan dan operasi kami. Atas sebab-sebab ini, antara lain, pelabur diingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar ke atas mana-mana kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini. Faktor-faktor tambahan dibincangkan dalam pemfailan Syarikat dengan SEC, yang tersedia untuk disemak di www.sec.gov. Syarikat tidak memikul apa-apa tanggungjawab untuk menyemak kenyataan pandang ke hadapan ini secara terbuka bagi menggambarkan peristiwa atau keadaan yang timbul selepas tarikh ini.

Latar Belakang AGBA Group:

Ditubuhkan pada tahun 1993, AGBA Group Holding Limited (NASDAQ: "AGBA") ialah pasar raya kewangan sehenti terkemuka yang berpangkalan di Hong Kong, menawarkan set perkhidmatan kewangan dan produk penjagaan kesihatan yang paling luas di Kawasan Teluk Lebih Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau melalui ekosistem berpandukan teknologi, membolehkan pelanggan mendapatkan pilihan yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Dipercayai oleh lebih 400,000 pelanggan individu dan korporat, Kumpulan ini disusun kepada empat perniagaan yang utama dalam pasaran: Perniagaan Platform, Perniagaan Pengedaran, Perniagaan Penjagaan Kesihatan dan Perniagaan Teknologi Kewangan (Fintech).

Untuk maklumat lanjut tentang AGBA, sila kunjungi www.agba.com

Saluran Media Sosial:
agbagroup
LinkedIn | Twitter | Instagram | Facebook | YouTube

 

Source: AGBA Group Holding Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology