omniture

Xinhua Silk Road: Qitaihe, Timur Laut China tubuhkan yayasan tingkatkan pembangunan luncur laju trek-pendek

Xinhua Silk Road
2023-04-17 17:12 59

BEIJING, 17 April 2023 /PRNewswire/ -- Qitaihe, sebuah bandar yang terletak di Wilayah Heilongjiang, timur laut China dan terkenal dengan luncur laju trek-pendek yang semakin berkembang pesat, baru-baru ini menubuhkan sebuah yayasan untuk meningkatkan pembangunan luncur laju trek-pendek di tengah-tengah usaha untuk mengubah sukan ais-dan-salji menjadi daya penggerak untuk pertumbuhan ekonomi.

Foto menunjukkan majlis perasmian yayasan pembangunan luncur laju trek-pendek yang ditubuhkan oleh bandar Qitaihe di Wilayah Heilongjiang, timur laut China.
Foto menunjukkan majlis perasmian yayasan pembangunan luncur laju trek-pendek yang ditubuhkan oleh bandar Qitaihe di Wilayah Heilongjiang, timur laut China.

Dana yayasan berkenaan, iaitu yang pertama seumpamanya di Heilongjiang, akan digunakan untuk memberi ganjaran kepada jurulatih dan atlet, melatih bakat dan memperluaskan projek sukan ais-dan-salji yang kompetitif.

Dengan suhu selama empat bulan di bawah negatif 20 darjah Celsius dalam setahun, Qitaihe mempunyai keadaan semula jadi yang unik untuk terlibat dalam pelbagai sukan ais.

Ketika ini, bandar tersebut mempunyai 11 sekolah yang menampilkan luncur laju trek-pendek dan 18 pasukan luncur laju trek-pendek yang terdiri daripada lebih 20 orang jurulatih dan lebih 500 orang atlet, menjadikannya salah sebuah bandar Cina dengan kumpulan bakat terbesar untuk luncur laju trek-pendek.

Lebih daripada 300 atlet dari Qitaihe telah direkrut oleh pasukan-pasukan kebangsaan dan wilayah untuk enam sukan utama seperti luncur laju, lompat ski dan luncur papan salji. Beberapa orang atlet yang pernah berlatih di bandar tersebut kemudiannya menjadi juara dunia, termasuk Yang Yang, Wang Meng, Sun Linlin dan Fan Kexin.

Atlet-atlet Qitaihe telah memenangi 177 pingat emas dalam pertandingan peringkat dunia dan 541 pingat emas dalam pertandingan peringkat kebangsaan, memecah rekod dunia sebanyak 16 kali. Pada tahun 2022, Jawatankuasa Olimpik China menganugerahkan "Bandar Juara Olimpik" ("City of Olympic Champions") kepada Qitaihe.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/333633.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Publishing/Information Service Sporting Events Sports