omniture

Hari Bumi 2023: Zoomlion Tekankan untuk Membina Masa Depan Lestari dengan Inovasi dan Kecerdasan

Zoomlion
2023-04-17 17:36 36

CHANGSHA, China, 17 April 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") menyokong Hari Bumi 2023 menerusi tindakan inovatif untuk planet ini. Dikenali sebagai "Pasukan Hijau" ("Team Green") atas produk lestarinya dan warna produk hijau yang menonjol, Zoomlion mempercepatkan pembangunan teknologi dan produk tenaga baharu mengikut pelan hala tuju bersepadu dengan strategi digital, pintar dan hijau.

Hari Bumi 2023: Zoomlion Tekankan untuk Membina Masa Depan Lestari dengan Inovasi dan Kecerdasan
Hari Bumi 2023: Zoomlion Tekankan untuk Membina Masa Depan Lestari dengan Inovasi dan Kecerdasan

Bertemakan "Melabur Dalam Planet Kita" ("Invest In Our Planet"), Hari Bumi pada tahun ini menekankan kepentingan untuk mendedikasikan masa, sumber dan tenaga bagi menangani perubahan iklim dan cabaran-cabaran alam sekitar yang lain. Zoomlion komited untuk melindungi bumi melalui strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan produk yang hijau dan lestari.

Strategi hijau demi masa depan lebih hijau: R&D berpandukan inovasi, kejayaan tenaga baharu dan pembuatan hijau

Pada tahun 2022, Zoomlion melancarkan 127 produk baharu dan menjalankan 330 projek dan kajian penyelidikan teknologi teras, hampir 77 peratus daripadanya bertumpu dalam bidang pembangunan digital, pintar dan hijau.

Memanfaatkan keupayaan teknologinya dalam kecerdasan mesin-tunggal, penyelarasan manusia-mesin dan kolaborasi kluster mesin, Zoomlion melancarkan penyelesaian berpakej pembinaan pintar yang pertama dalam industri pada Disember 2022 yang mencapai operasi tanpa pemandu proses-penuh dalam gelung-tertutup digital dan pembinaan pintar.

Zoomlion menerajui pembangunan tenaga baharu industri ini dengan produk perintis dan ia sedang memperluaskan portfolio produk tenaga baharunya, mempromosikan rantaian industri tenaga hidrogen daripada pengeluaran hingga aplikasi dan mencapai kejayaan dalam membangunkan produk elektrik tulen, hibrid dan tenaga hidrogen. Zoomlion melancarkan pelbagai produk yang pertama di dunia, termasuk lif labah-labah elektrik tulen 27-meter, kren semua rupa bumi hibrid 220-tan, kren beroda rupa bumi kasar elektrik tulen 40-tan, kren rangkak dengan pemacu elektrik teragih serta lori pembuang badan lebar bukan jalan raya 125-tan yang terbesar di dunia dengan sel bahan api hidrogen.

Setakat ini, Zoomlion telah melancarkan lebih daripada 100 produk tenaga baharu (elektrik tulen, hibrid dan bahan api hidrogen) yang meliputi kategori-kategori termasuk trak pam konkrit dan pencampur, kren trak, pelantar kerja udara, mesin pengorek, trak perlombongan, forklift, kenderaan kecemasan serta jentera pertanian.

Zoomlion turut mempercepatkan usaha pembuatan hijau dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kadar penggunaan bahan, kecekapan pengeluaran, kecekapan tenaga dan kadar emisi bersih, sambil mengurangkan penggunaan unit bahan seperti keluli, wayar kimpalan, cat, gas asli dan diesel bagi tujuan ujian.

Amat penting untuk melabur dalam planet kita dan melindungi tempat kediaman kita, ia merupakan jalan terbaik ke arah membina masa depan yang makmur. Zoomlion percaya apabila Melabur Dalam Planet Kita bersama-sama, kita turut menyokong untuk membina masyarakat yang sihat, bahagia dan kaya.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:000157 HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Oil/Energy Transportation Utilities New products/services