omniture

FOTON MENGADAKAN PERTUNJUKAN MEGA, MENGEMAS KINI DWIBARIS KEUPAYAAN PRODUK GLOBAL

Foton International
2023-04-17 18:18 10

BEIJING, 17 April 2023 /PRNewswire/ -- Pada 11 hingga 14 April, Persidangan Rakan-rakan Kongsi Global Foton 2023 dengan tema "BERSAMA-SAMA MEMENANGI MASA DEPAN" telahpun diadakan di Beijing, China. Lebih daripada 110 pengedar utama dari 23 negara di serata dunia menghadiri acara tersebut, yang bermatlamat untuk menyatukan hala tuju pembangunan strategik global dan berkongsi pencapaian globalisasi. Pada 12 April, PERTUNJUKAN MEGA FOTON (FOTON MEGA SHOW) dibuka secara besar-besaran dengan lebih 100 kategori kenderaan komersial yang meliputi semua siri kombinasi kenderaan komersial kepada jenis "W", mencakupi laluan bahan api, hibrid, elektrik dan bahan api hidrogen. Ia membayangkan pembangunan "saling menguntungkan" antara FOTON dan rakan-rakan kongsi global.


FOTON telah menaik taraf rantaian nilainya dengan sistem pembuatan pintar dan standard kawalan kualiti teknologi. Syarikat ini menjalin usaha sama dengan Cummins dan ZF, mengekalkan perkongsian yang strategik bersama CATL bagi mengupayakan penaiktarafan bahan api dan produk tenaga baharu, lalu mewujudkan "SuperPowerTrain" di serata dunia.

FOTON telah mencapai kejayaan dan kedudukan kepimpinan dalam perniagaan teras di Asia Tenggara, Amerika Latin dan wilayah-wilayah lain. Di Colombia, FOTON telah menduduki kedudukan kedua bagi jualan trak selama tiga tahun berturut-turut dan memegang bahagian pasaran dalam trak tugas berat AMT. Di Filipina, model trak tugas ringan 7.5.-tan FOTON telah menjadi yang paling laris terjual selama tiga tahun berturut-turut.

FOTON sentiasa berpegang kepada laluan pembangunan strategik iaitu pembangunan dwibaris "ICE+BEV". Seawal tahun 2003, FOTON memulakan penyelidikan dan pembangunan terhadap teknologi kenderaan tenaga baharu, menyelidik secara bebas dan menguasai teknologi "tiga-elektrik" teras dengan pembangunan berbilang-laluan teknologi tenaga baharu seperti elektrik tulen, hibrid dan sel bahan api hidrogen. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di bawah trend global "penyahkarbonan", FOTON menembusi pasaran global dengan produk tenaga baharunya di China, yang mana persaingan adalah yang paling sengit. Trak tugas ringan elektrik tulen, van dan bas syarikat ini telah lulus pensijilan EU WVTA dan kini "memandu menuju" Itali, Poland, Sepanyol serta negara-negara Eropah yang lain. Dalam masa yang sama, projek-projek pembangunan elektrik FOTON bersama peneraju-peneraju kenderaan komersial ringan Eropah sedang berjalan dan perniagaan Eropahnya semakin berkembang pesat secara komprehensif.

FOTON telah menyerahkan lebih daripada 1,400 bas elektrik tulen di Amerika Latin, lalu menjadi jenama dengan bahagian pasaran e-bas tertinggi di rantau berkenaan. Dalam pasaran-pasaran seperti Malta, Mexico, Australia, New Zealand, India dan Mesir, bas elektrik dan sel bahan api hidrogen FOTON turut mencapai operasi komersial dalam bidang-bidang penting seperti sistem pengangkutan awam dan lapangan terbang antarabangsa.

Source: Foton International
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation Trucking and Road Transportation Utilities