omniture

Uptime Institute dan TIA setuju pemisahan yang jelas antara sistem penanda aras masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan industri dan memacu kebertanggungjawaban

Uptime Institute
2014-03-18 20:55 143

NEW YORK dan ARLINGTON, Virginia, 18 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Uptime Institute dan juga Telecommunications Industry Association (TIA), hari ini mengumumkan langkah kejayaan masa depan industri data dan komunikasi dengan mewujudkan leksikon yang jelas dan tepat bagi reka bentuk pusat data seperti yang telah dirancang, dibina dan turut dikendalikan di seluruh dunia. Kedua-dua Uptime Institute dan TIA percaya ini adalah penting kepada industri ini bagi membezakan sistem penanda aras infrastruktur pusat data masing-masing dan TIA akan menyemak semula Piawaian ANSI/TIA-942/TIA-942A bagi menggantikan perkataan 'Tahap'.

"Kami amat menghargai kesediaan TIA dan Jawatankuasa Kejuruteraan TR-42 untuk bekerjasama dalam hal ini," kata Julian Kudritzki, Ketua Pegawai Operasi Uptime Institute. "Pemilikan jelas sistem penanda aras merupakan asas penting untuk utiliti, ketekalan dan juga kebertanggungjawaban. Dengan menjelaskan penggunaan istilah masing-masing, TIA dan juga Uptime Institute mampu untuk meneruskan pembangunan bebas piawaian serta program yang bersesuaian. Kami yakin ini merupakan penyelesaian yang paling berkesan bagi menangani isu ini."

"TIA dan Uptime Institute mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mempertingkat kecekapan reka bentuk pusat data. Jawatankuasa Kejuruteraan TR-42 TIA akan meneruskan usahanya untuk menubuhkan serta menambah baik piawaian berasaskan konsensus secara sukarela terhadap pusat data yang dapat memenuhi keperluan pelanggan serta perniagaan kami," kata Grant Seiffert, Presiden TIA. "Kerjasama dengan Uptime Institute dalam perkara ini dan isu lain menunjukkan aspek terbaik tentang kemampuan TIA untuk membantu industri komunikasi menangani cabaran masa depan."

Uptime Institute telah menubuhkan Sistem Klasifikasi Tahap pada pertengahan tahun 1990-an sebagai wadah untuk menilai infrastruktur pusat data dengan berkesan memandangkan ia berkait rapat dengan keperluan perniagaan terhadap ketersediaan sistem. Sistem Klasifikasi Tahap Uptime Institute menyediakan kaedah yang tekal bagi membandingkan kemudahan tersendiri dan disesuaikan berdasarkan prestasi infrastruktur tapak yang dijangkakan atau masa hidup.

Pakar syarikat anggota TIA telah lama memberi tumpuan terhadap keperluan untuk menyokong penggunaan rangkaian komunikasi lanjutan. Jawatankuasa TR-42 TIA menerajui industri ini daripada segi kepakaran dalam pengkabelan berstruktur manakala reka bentuk, idea serta wawasan mereka merupakan perkara yang dapat mewujudkan rangkaian yang mantap dalam kesemua bidang alam bina kami.

Latar Belakang Uptime Institute

Uptime Institute, yang merupakan bahagian The 451 Group, menyediakan kepimpinan pemikiran bebas, pensijilan, pendidikan serta perkhidmatan profesional untuk industri pusat data global. Uptime Institute dikenali dengan penciptaan dan juga pengurusan global bagi Piawaian Tahap untuk Reka bentuk Pusat Data, Pembinaan serta Kemampanan Operasi. Uptime Institute turut mempunyai beberapa pejabat di pelbagai lokasi termasuk di A.S., Costa Rica, Brazil, United Kingdom, Sepanyol, Dubai, Rusia, Taiwan, Singapura dan juga Malaysia. Sila layari www.uptimeinstitute.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Latar Belakang TIA

Telecommunications Industry Association (TIA) mewakili para pengeluar dan pembekal bagi rangkaian komunikasi global menerusi pembangunan, dasar dan juga sokongan piawaian, peluang perniagaan, maklumat pasaran serta acara dan rangkaian. TIA turut menambah baik persekitaran perniagaan untuk jalur lebar, wayarles mudah alih, teknologi maklumat, rangkaian, kabel, satelit serta komunikasi bersatu. Produk dan perkhidmatan anggota yang terlibat mampu memperkasa komunikasi dalam setiap industri dan pasaran termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, keselamatan, keselamatan awam, pengangkutan, kerajaan, ketenteraan, persekitaran serta hiburan. Sila layari tiaonline.org bagi mendapatkan maklumat lanjut.

TIA memperoleh pengiktirafan daripada American National Standards Institute (ANSI), dan merupakan penaja utama kempen Standards Boost Business (Piawaian Memacu Perniagaan) ANSI. Sila layari www.standardsboostbusiness.org untuk maklumat lanjut.

Source: Uptime Institute
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Licensing/marketing agreements