omniture

Casio bakal Lancar G-SHOCK Bawakan Tali Jam Dicetak dengan Nama-nama Model Jam Tangan G-SHOCK Penting Terdahulu

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2023-04-18 09:00 140

Model-model REMASTER BLACK Ulang Tahun ke-40 G-SHOCK

TOKYO, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran penambahan terbaru kepada barisan jam tangan G-SHOCK kalis hentakannya yang direka bentuk untuk meraikan ulang tahun ke-40 jenama G-SHOCK. Empat jam tangan REMASTER BLACK menampilkan tali jam yang dicetak dengan nama-nama model jam tangan G-SHOCK penting yang terdahulu, yang mana inovasinya telah mencetuskan evolusi dalam mengusahakan sifat tahan lasak yang tidak berkesudahan.

Dari kiri: GA-114RE, DWE-5657RE, DW-6640RE, GA-2140RE
Dari kiri: GA-114RE, DWE-5657RE, DW-6640RE, GA-2140RE

Jam tangan REMASTER BLACK kalis hentakan ulang tahun ke-40 ini menampilkan tali jam yang dicetak dengan nama-nama dan tahun-tahun pelancaran model-model penting G-SHOCK terdahulu. Daripada lebih 4,200 model yang dilancarkan sejak 40 tahun yang lalu, Casio telah memilih 49 model G-SHOCK untuk menggambarkan kemajuan yang inovatif dari segi struktur, fungsi, bahan dan reka bentuk yang diberikan oleh jenama ini dari semasa ke semasa. Nama-nama model ini dicetak pada tali jam REMASTER BLACK dengan proses penekanan panas yang menerakan huruf pada tali jam, untuk kesan berlekuk, bertekstur. Reka bentuk keseluruhan terletak pada jenama G-SHOCK beraksen hitam dengan gelung tali jam keluli tahan karat berwarna emas.

Jam tangan yang terkini ini adalah berdasarkan kepada empat model yang sentiasa popular: DW-5600, yang mewarisi bentuk G-SHOCK ikonik asal; DW-6600, G-SHOCK pertama yang dilengkapi dengan lampu belakang; kombinasi analog-digital GA-110; dan GA-2100, dengan bezel oktagonnya yang unik. DWE-5657RE baharu, yang direka bentuk berdasarkan kepada DW-5600, didatangkan dengan bezel bulat DW-5700 yang boleh ditukar ganti bagi membawakan keseronokan dua rupa yang berbeza pada satu jam tangan.

Selain daripada logo ulang tahun yang diukir pada bahagian belakang bekas jam, sebutir bintang diukir pada butang di sebelah tepi kiri bawah bekas jam untuk ketiga-tiga model dan pada kaca jam tangan di bahagian tanda 40 minit untuk GA-114RE. Pada kedua-dua DWE-5657RE dan DW-6640RE, logo ulang tahun muncul apabila lampu belakang dinyalakan.

Bezel dan tali jam diperbuat dengan resin berasaskan bio untuk kesan ke atas alam sekitar yang sedikit. Pembungkusan khas untuk model-model ini diperbuat dengan kertas kitar semula bagi membantu menggalakkan ekonomi kitaran.

Tali jam dicetak dengan nombor model dan gelung tali jam ulang tahun ke-40
Tali jam dicetak dengan nombor model dan gelung tali jam ulang tahun ke-40

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services