omniture

Hoymiles membantu pelanggan memaksimumkan kadar hasil tenaga dengan penyongsang mikro tiga fasa 4 dalam 1 baharu

Hoymiles Power Electronic Inc
2023-04-18 09:03 36

HANGZHOU, China, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Hoymiles, sebuah syarikat penyedia tenaga pintar dan pembekal penyongsang mikro terkemuka, memperkenalkan keluaran baharu penyongsang mikro tiga fasa 4 dalam 1 dalam pasaran, yang direka khusus untuk sistem suria industri atau komersial yang kecil.


Hoymiles sentiasa mengutamakan pembekalan produk teknikal yang ulung kepada pelanggan. Selain itu, jenama tersebut turut melakukan penilaian semula untuk segala produk sedia ada secara berterusan, meneroka pelbagai kaedah bagi menyediakan produk terbaik kepada pelanggan dalam pasaran yang berbeza.

Penyongsang mikro tiga fasa HMT baharu ini didatangkan dalam tiga pilihan kuasa iaitu 1600 VA, 1800 VA dan 2000 VA, menjadikannya pilihan ideal untuk penggunaan komersial dan industri.

Mengapa Hoymiles melancarkan penyongsang mikro tiga fasa 4 dalam 1 ini?

"Penyongsang mikro baharu ini direka bentuk bagi membantu menyokong modul fotovolta berkuasa tinggi, yang semakin terkenal dalam pasaran", jelas Pengarah Produk Hoymiles, Steven Zhang. "Memandangkan grid tiga fasa adalah berbeza-beza antara negara dan rantau, penyongsang mikro juga direka bentuk supaya boleh disuai padan dengan pelbagai jenis keperluan, menjadikannya sesuai untuk pelanggan Hoymiles di seluruh dunia."

Apakah yang membezakan penyongsang mikro ini daripada yang lain?

Penyongsang mikro tiga fasa 4 dalam 1 ini meningkatkan keberkesanan kos untuk pelanggan, kerana satu unit boleh disambungkan kepada sehingga empat modul PV.

Kuasa output maksimum sehingga 2000 VA dan arus input DC maksimum sehingga 16 A membolehkannya berfungsi dengan lancar bersama kebanyakan modul PV berkuasa tinggi 182/210. Voltan input maksimum 65 V memastikan penyongsang mikro lebih serasi dengan kebanyakan modul PV, terutamanya yang mempunyai Voc tinggi seperti modul 182 78 sel.  Ini merupakan naik taraf topologi daripada model penyongsang mikro tiga fasa Hoymiles terdahulu iaitu HMT-2250, yang mempunyai arus input maksimum 11.5 A dan voltan input maksimum 60 V. Pengubahsuaian berkenaan menjadikan penyongsang mikro HMT 4 dalam 1 baharu lebih stabil dan membolehkan pelanggan memaksimumkan kadar hasil tenaga sementara meminimumkan jumlah pembaziran tenaga.

Pengoptimuman yang direka bentuk dengan teliti turut membuatkan penyongsang mikro ini lebih mudah dipasang oleh pelanggan. Saluran dua input pada setiap sisi penyongsang mikro memudahkan pelanggan merancang sistem mereka dan membuat susun atur penyongsang mikro dan panel yang optimum.

Selain itu, penyongsang mikro mempunyai ciri komunikasi wayarles Sub-1G dengan get laluan komunikasi DTU (Unit Pemindahan Data) Hoymiles, menjadikan penghantaran data lebih stabil merentasi jarak lebih jauh.

Seperti semua penyongsang mikro Hoymiles, penyongsang mikro tiga fasa 4 dalam 1 baharu mempunyai geganti perlindungan grid bersepadu bagi melindungi keselamatan pengguna.

Segala ciri ini membuatkan model baharu lebih serba guna, cekap, selamat dan mudah digunakan oleh semua pelanggan Hoymiles.

Mengenai Hoymiles

Ditubuhkan pada tahun 2012, Hoymiles ialah penyedia penyelesaian MLPE (Elektronik Kuasa Peringkat Modul) global, yang mengkhusus dalam penyongsang mikro peringkat modul, sistem simpanan dan sistem penutupan pantas. Dengan wawasan masa depan yang bersih dan mampan, syarikat ini berusaha memacu inovasi dalam industri tenaga pintar menerusi produknya yang berprestasi tinggi serta mudah didapati.

Mempunyai pasukan kejuruteraan berdaya maju, lebih 1200 pakar global serta rangkaian edaran dan perkhidmatan yang meliputi Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia, Afrika dan Oceania, Hoymiles memperkasa pemilik rumah dan para profesional di lebih 110 negara dan rantau untuk bersama-sama menyertai gerakan menuju tenaga terbuka sebenar.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://www.hoymiles.com/

Pengurus Pemasaran, joseph.pan@hoymiles.com

 

Source: Hoymiles Power Electronic Inc
Keywords: Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services