omniture

Doo Financial Peroleh Lesen Pembrokeran Sekuriti dan Wang Diberikan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Malaysia (MY Labuan FSA)

Doo Group
2023-04-18 14:10 59

HONG KONG, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat subsidiari Doo Group, Doo Financial Labuan Limited mencapai satu lagi pencapaian penting dalam perjalanannya dengan perolehan lesen Pembrokeran Sekuriti (No. Lesen: SL/23/0022) dan Wang (No. Lesen: SL/23/0022) yang diberikan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Malaysia (MY Labuan FSA). Doo Financial Labuan Limited ialah sebuah syarikat sekuriti yang terletak di sebuah pulau di Labuan, Malaysia.  


Pencapaian Penting Dalam Pembangunan Global Doo Group

Berada di tengah-tengah rantau Asia Pasifik, Labuan ialah sebuah pulau yang terletak di Malaysia. Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan, terkenal sebagai hab kewangan antarabangsa ulung Asia, diurus oleh MY Labuan FSA. Selaras dengan piawaian antarabangsa, MY Labuan FSA memiliki sistem perundangan kukuh yang berasaskan kepada common law Inggeris, menawarkan faedah-faedah kepada syarikat dan pelabur global untuk berada dalam bidang kuasa dikawal selia dan diselia dengan baik.

Sebagai sebuah kumpulan perkhidmatan kewangan global yang berpegang kepada nilai-nilai teras profesionalisme, integriti dan kebertanggungjawapan, Doo Group sentiasa memastikan hak pelanggannya dilindungi dengan baik. Justeru itu, Doo Financial Labuan Limited telah mengambil keputusan untuk menembusi pasaran Labuan yang disokong oleh rangka kerja kawal selia yang teguh. Selain daripada hubungan dagangan yang meluas antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain, Labuan menjadi pilihan yang baik untuk Doo Group meluaskan jejak globalnya.

Rangkaian Peluang Pelaburan Lebih Luas Untuk Pelanggan Global

Selepas memperoleh Lesen Pembrokeran Sekuriti dan Wang, Doo Financial Labuan Limited dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan yang berikut kepada pelanggan:

1.  Khidmat nasihat pelaburan;

2.  Berurus niaga dalam sekuriti yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penjualan/pembelian sekuriti, pengunderaitan sekuriti, sebut harga dan sebagainya;

3.  Bertindak sebagai pengantara dengan menyatukan dan memadankan pelanggan dengan rakan niaga mereka dalam pasaran wang atau pertukaran asing.

Sekali lagi, langkah strategik ini menunjukkan kekuatan Doo Group dalam merebut peluang pasaran kewangan global. Ia merupakan satu langkah besar oleh kumpulan ini bagi membina sebuah ekosistem kewangan yang sihat dan kohesif. Pada masa akan datang, Doo Group akan menemui lebih banyak kemungkinan FinTech sepanjang perjalanan penerokaannya, mengekalkan pelanggannya di barisan hadapan dalam industri ini.

Laman Sesawang: www.doogroup.com

Emel: marketing@doogroup.com

Source: Doo Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology