omniture

Vantage tambah PayPal kepada pilihan pendanaan untuk Australia

Vantage
2023-04-18 17:26 34

Pilihan pembayaran yang baru ditambah memberikan pelabur lebih banyak cara untuk mendeposit dan mengeluarkan dana dengan cepat

SYDNEY, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset Vantage, platform dagangan pemenang anugerah* bagi Kontrak untuk Pembezaan (CFD) pada Forex, Komoditi, Indeks dan Saham, hari ini mengumumkan penambahan PayPal kepada pilihan pembayarannya.

Dengan lebih 370 juta pengguna seluruh dunia dan penerimaan di lebih 200 pasaran**, PayPal ialah salah satu kaedah pembayaran paling popular untuk transaksi dalam talian yang pantas dan selamat.

Pelaksanaan PayPal dibangunkan berdasarkan misi berterusan Vantage untuk menyediakan pengalaman dagangan yang lancar dan luar biasa kepada pelanggan. Dengan PayPal, pelabur boleh membuat deposit dan pengeluaran dengan mudah, pantas dan boleh memasukkan dana ke dalam akaun mereka serta-merta.

"Kami bersemangat untuk menyediakan pengalaman dagangan sebaik mungkin kepada pelabur dan sentiasa mencari jalan untuk menambah baik perkhidmatan kami – mengintegrasikan PayPal hanyalah salah satu cara kami berbuat demikian," kata Jack Kelly, Ketua Jualan, Vantage.

Selain daripada PayPal, kaedah pembayaran sedia ada Vantage seperti pemindahan bank, kad kredit dan e-dompet yang lain, memberi kepelbagaian dan kefleksibelan apabila membuat transaksi.

"Dengan pilihan pembayaran yang baru ditambah, kini pelabur memiliki kebebasan dan kefleksibelan yang lebih besar dari segi cara mereka memilih untuk mendeposit dan mengeluarkan dana dengan mudah dan lancar," tambah Kelly.

Deposit dan pengeluaran melalui PayPal adalah segera1 dan tanpa bayaran2, yang dapat membantu pelanggan kami terus memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting – kekal mendahului pasaran dan merebut peluang perdagangan.

*Baru-baru ini, Vantage diiktiraf dengan sejumlah 11 anugerah industri termasuk 'Broker CFD Terbaik', 'Terbaik-dalam-Kelas', 'Kecemerlangan dalam Khidmat Pelanggan' dan 'Broker Forex Dikawal Selia Terkemuka Terbaik Tahunan'. Anugerah-anugerah ini merupakan bukti usaha Vantage dalam memperkukuh platformnya dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

**Statistik PayPal boleh ditemui di sini dan di sini.


Latar Belakang Vantage

Vantage Global Prime Pty Ltd ("Vantage") (ABN 32 157 768 566) (AFSL 428901) ialah broker berbilang aset yang menawarkan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon kepada pelanggan.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 11 tahun, kini Vantage merupakan sebahagian daripada kumpulan yang memiliki lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

 

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker; ia menyediakan ekosistem dagangan pelaksanaan pantas, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah3 dan platform dagangan lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan merebut peluang perdagangan.

berdagang lebih pintar @vantage.

https://www.vantagemarkets.com/

Tertakluk kepada ketersediaan gerbang.

2 Pindahan kawat bank antarabangsa mungkin dikenakan bayaran yang dicaj oleh institusi kewangan anda. Sila semak dengan bank anda untuk maklumat lanjut.

3 Global Forex Awards 2022 – Retail


Amaran Risiko: Memperdagangkan derivatif membawa risiko yang signifikan. Ia tidak sesuai untuk semua pelabur dan sekiranya anda merupakan seorang klien profesional, anda boleh mengalami kerugian yang lebih banyak berbanding pelaburan awal anda. Anda tidak mempunyai kelayakan, hak atau kewajipan terhadap aset kewangan asas. Prestasi terdahulu bukanlah petunjuk prestasi masa depan dan undang-undang cukai tertakluk kepada perubahan. Maklumat dalam artikel ini bersifat umum dan tidak mengambil kira objektif peribadi, keadaan kewangan atau keperluan anda. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda merupakan sebahagian daripada pasaran sasaran kami dengan menyemak Penentuan Pasaran Sasaran (TMD) kami, membaca Penyata Pendedahan Produk (PDS) kami dan dokumen undang-undang lain bagi memastikan anda memahami sepenuhnya risiko-risiko sebelum anda membuat sebarang keputusan perdagangan. Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Penggunaan maklumat dalam artikel ini bukan ditujukan untuk penduduk di luar Australia atau oleh mana-mana individu di negara atau bidang kuasa yang mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service