omniture

Industri Penternakan Salmon Mengutamakan Kemampanan Sebelum Persaingan Bagi Memenuhi Permintaan Pengguna Yang Mencatatkan Rekod

Global Salmon Initiative
2014-03-19 02:56 113

BOSTON, 19 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini di Ekspo Makanan Laut Amerika Utara di Boston, Inisiatif Salmon Global (GSI), bersama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Persatuan Makanan dan Pertanian (FAO) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dan juga Rabobank, akan berganding bahu buat julung kalinya di AS bagi menunjukkan bagaimana industri penternakan salmon global sedang mengemudi arah dalam mengubah amalan perniagaan akuakultur semasa bagi memastikan masa hadapan yang mampan untuk industri.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/65032-global-farmed-salmon-industry

AS ialah negara pengguna terbesar salmon ternakan seluruh dunia, memakan lebih 282,000 tan pada tahun 2013. Malah, permintaan pengguna untuk salmon ternakan telah meningkat sebanyak lebih 14 peratus dalam masa lima tahun lepas di AS sahaja, dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berkurangan. Permintaan global untuk salmon telah meningkat dengan lebih pantas lagi, bertambah dua kali jumlah asalnya dalam dekad sebelum ini, dan dijangka akan meningkat sebanyak dua kali lagi menjelang tahun 2020.

Seminar Laluan Menuju Kemampanan bertujuan untuk menetapkan contoh bagaimana kerjasama antara ahli industri makanan laut boleh membawa kepada kemajuan mampan dan amalan serupa boleh dilakukan merentasi industri lain. Ramai pemimpin perniagaan percaya perubahan yang signifikan dalam amalan perniagaan semasa adalah satu-satunya cara untuk industri ini memenuhi potensi pasarannya serta permintaan pengguna global masa hadapan untuk salmon. Para eksekutif GSI yang bertemu ketua kemampanan global di Boston hari ini mengumumkan komitmen mereka bagi mengutamakan kemampanan sebelum persaingan, bagi mengusahakan model tersendiri kerjasama alam sekitar sebagai pemacu untuk kejayaan industri mereka.

"Memang jarang untuk melihat Ketua Pegawai Eksekutif – yang biasanya bersaing sengit untuk bahagian pasaran – berganding bahu bagi menangani cabaran berkisar kemampanan," kata Jason Clay, naib presiden kanan untuk perubahan pasaran untuk WWF. "Tindakan bersama yang berani ini dalam sektor salmon ternakan ialah apa yang diperlukan merentasi semua komoditi makanan jika kita berharap dapat menyediakan makanan yang cukup untuk sembilan bilion orang namun masih mengekalkan biodiversiti."

Sewaktu seminar pada 18 Mac itu, ketua daripada GSI dan panel pakar akan menilai keputusan awal untuk model kerjasama GSI, dan juga akan membincangkan bagaimana kolaborasi industri boleh menghasilkan penambahbaikan dalam industri. Seterusnya ini akan menyediakan penyelesaian yang mampan secara ekonomi dan alam sekitar kepada permintaan dunia yang semakin bertambah untuk makanan yang kaya dengan protein.

Di barisan hadapan perubahan industri akuakultur, GSI dibentuk bagi membantu mengubah amalan perniagaan semasa dan telah menumpukan perhatian terhadap model kerjasama alam sekitar sebagai pemacu untuk kejayaan industri.

"Syarikat yang aktif dalam GSI mengakui yang kemampanan ialah tindakan yang wajar secara komersil, dan dengan mewujudkan komitmen awam untuk amalan mampan, mereka membantu untuk menerapkan kemampanan sebagai pemacu strategik untuk kejayaan jangka panjang," kata Jeroen Leffelaar, Ketua Bersama Protein Haiwan Global Rabobank.

GSI telah memilih tiga bidang berkeutamaan yang melaluinya ia ingin menggunakan fungsi model itu bagi menghasilkan peningkatan industri yang signifikan. Keutamaan GSI yang khusus termasuklah:

  • Memastikan semua syarikat ahli diiktiraf oleh Standard Salmon Majlis Pengawasan Akuakultur (ASC) menjelang tahun 2020. Setakat ini, ahli GSI telah berjaya memastikan tiga ladang ternakan pertama mereka diiktiraf – bukti kejayaan model tersendiri ini
  • Menumpukan perhatian terhadap biokeselamatan – terutamanya kutu laut dan pengurusan penyakit – yang melibatkan syarikat ahli menggunakan pemindahan ilmu sebagai cara untuk menjana amalan pengurusan yang lebih baik
  • Bekerjasama dengan rakan kongsi industri untuk memastikan ketersediaan sumber makanan ternakan yang mampan bagi memenuhi permintaan yang meningkat

"Sebagai syarikat individu kami boleh berusaha sedaya upaya kami untuk menambah baik pengendalian kami bagi menyokong pertumbuhan mampan, tetapi kerana sifat perniagaan kami, sudah pastinya kami akan terkesan oleh tindakan jiran serta syarikat lain," kata Jon Hindar, pengerusi bersama GSI dan Ketua Pegawai Eksekutif Cermaq. "Tetapi sebaliknya, dengan menumpukan perhatian terhadap kerjasama dan juga kolaborasi, kami mendapati kemajuan boleh dicapai pada skala yang jauh lebih luas, dan pada kadar yang jauh lebih cepat."

LATAR BELAKANG GSI

Inisiatif Salmon Global (GSI) ialah inisiatif kepimpinan yang ditubuhkan pada tahun 2013 oleh pengeluar salmon ternakan global yang menumpukan perhatian terhadap kemajuan signifikan dalam kemampanan industri. GSI komited untuk merealisasikan secara penuh matlamat kongsi untuk menyediakan sumber makanan sihat yang sangat mampan bagi memberi makan kepada populasi global yang kian meningkat, sambil meminimumkan jejak alam sekitar, dan terus memperbaiki sumbangan sosial kami.

Syarikat ahli GSI termasuklah Bakkafrost; Blumar; Cermaq; Compañía Pesquera Camanchaca; Empresas AquaChile; Grieg Seafood; Lerøy Seafood Group; Los Fiordos; Marine Harvest; Norway Royal Salmon; SalMar; Multiexport Foods SA; The Scottish Salmon Company; serta Scottish Sea Farms. Syarikat GSI mempunyai kehadiran di Chile, Kanada, Norway, Kepulauan Faroe, Ireland dan juga Scotland, dan turut melakukan sumbangan signifikan terhadap ekonomi negara masing-masing.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi sekretariat GSI, AXON, di GSI@axon-com.com atau dengan melawat www.globalsalmoninitiative.org. Ikuti GSI di Twitter @GSI_Salmon.

LATAR BELAKANG ASC

ASC ialah singkatan Majlis Pengawasan Akuakultur, organisasi tanpa untung yang bebas. ASC telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh WWF dan IDH (Inisiatif Dagangan Mampan Belanda) bagi menguruskan standard global untuk akuakultur berhemah, yang dibangunkan oleh Dialog Akuakultur, program perbincangan meja bulat yang dimulakan serta diselaraskan oleh WWF. ASC menyasarkan untuk menjadi program pensijilan dan pelabelan yang menerajui dunia untuk makanan laut yang diternak secara berhemah. ASC ialah organisasi global yang bekerja dengan pengeluar akuakultur, pemproses makanan laut, syarikat runcit dan juga perkhidmatan makanan, ahli sains, kumpulan pemuliharaan serta orang awam bagi menggalakkan pilihan alam sekitar dan sosial yang terbaik bagi makanan laut. Program pensijilan akuakultur dan label makanan laut mengiktiraf dan turut memberi anugerah kepada akuakultur yang berhemah.

RUJUKAN
Boleh didapati mengikut permintaan.

Maklumat perhubungan media:
Sophie Ryan
AXON Communications
+44(0)7809 390 664
sryan@axon-com.com

Jill Moors
AXON Communications
+44(0)203 595 2415
jmoors@axon-com.com

Source: Global Salmon Initiative
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Animal Welfare Not for profit