omniture

Forum BGA Bersedia untuk Tingkatkan Pemahaman Komuniti Antarabangsa tentang China

Understanding China一BGA Dialogue Forum
2023-04-18 17:29 46

GUANGZHOU, China, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Forum "Memahami China – Dialog BGA" ("Understanding China – BGA Dialogue") dijadualkan berlangsung di Guangzhou mulai 18 hingga 20 April 2023. Dianjurkan secara bersama oleh Chinese Association for Science and Technology, China Public Diplomacy Association, Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong dan French Prospect and Innovation Foundation, forum ini memfokuskan kepada tema "Pemodenan Cina dan Peluang Baharu untuk Dunia."

 

"Kami akan mencapai Matlamat Seratus Tahun kedua seperti yang dijadualkan dan akan menyumbang lebih banyak lagi kepada keamanan dan pembangunan dunia serta membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia melalui pembangunan kami sendiri," ulas En. Zheng Bijian, Pengerusi China Institute for Innovation and Development Strategy.

Forum ini menghimpunkan ahli politik ternama, pakar strategi, cendekiawan, usahawan, diplomat asing dan organisasi antarabangsa untuk terlibat dalam dialog bersama pegawai, cendekiawan dan usahawan Cina. Acara ini akan membantu komuniti antarabangsa memahami konotasi mendalam pemodenan Cina dengan lebih baik dan peluang baharu yang dibawakan oleh pembangunan China kepada dunia. Ia juga akan memberi sokongan kepada pembangunan wilayah Guangdong yang berkualiti tinggi dan Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.

Agenda forum ini termasuk sepuluh forum selari, empat seminar tertutup, tiga sesi khas dan satu siri aktiviti seperti pengalaman imersif budaya Cina. Topik-topik seminar akan meliputi pelbagai isu seperti pemodenan China dan pewujudan komuniti global yang mencakupi masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, amaran dan pencegahan risiko kewangan global, serta trend pembangunan baharu di Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dan kawasan-kawasan teluk antarabangsa yang lain. Tema-tema lain termasuk nilai bersejarah, kepentingan global dan laluan praktikal inisiatif komuniti global ini, hubungan China-AS serta tadbir urus bandar dalam era digital.

Para tetamu jemputan termasuk tokoh-tokoh politik dan perniagaan berprofil tinggi daripada komuniti antarabangsa termasuk Melnikov lvan lvanovich, Timbalan Pengerusi Pertama State Duma, Rusia, Gloria Macapagal Arroyo, bekas Presiden Filipina dan Timbalan Speaker Kanan Dewan Perwakilan Filipina dan Rosen Asenov Plevneliev, bekas Presiden Bulgaria. Bersama-sama para tetamu Cina, mereka akan mengadakan perbincangan yang mendalam berhubung hal-hal penting yang menjadi perhatian antarabangsa seperti pemodenan, pembangunan berkualiti tinggi China, keterbukaan peringkat tingginya kepada dunia, tadbir urus ekonomi global serta komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

Source: Understanding China一BGA Dialogue Forum
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news