omniture

Meningkatkan Pengalaman Setiap Hari - TCL Europe Memenuhi Keperluan Pengguna yang Berkembang Melalui Reka Bentuk Luar Biasa di Minggu Reka Bentuk Milan 2023

TCL Electronics
2023-04-19 06:46 32

TV Mini LED dan QLED serba baharu, Bar Bunyi dan Perkakas Domestik Diperkenalkan

HONG KONG, 19 April 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama TV 2 TERKEMUKA dunia dan jenama TV 98-inci TERKEMUKA, hari ini mengumumkan inovasi produk berbilang kategorinya yang terkini ke Eropah termasuk Siri C 2023 dengan TV Mini LED dan QLED, berserta bar bunyi dan perkakas domestik baharu. Mengambil bahagian dalam Minggu Reka Bentuk Milan buat kali pertama, jenama ini menunjukkan komitmennya kepada reka bentuk luar biasa, kelestarian dan inovasi, menunjukkan sejauh mana TCL bermatlamat untuk menginspirasikan kehebatan kepada pelanggan di serata dunia.

TCL Europe Perkenalkan Barisan Produk Berbilang Kategori Baharu dengan Teknologi Premium Berpatutan

Menjadi tumpuan utama, TCL memperkenalkan buat julung kalinya teknologi Mini LED generasi terkininya, yang menyampaikan visual yang lebih hebat hasil daripada lebih banyak zon pemalapan setempat, kontras mengagumkan dan tahap kecerahan tertinggi setakat ini.

Berdasarkan kepada teknologi Mini LED dan QLED TCL, TCL memperkenalkan barisan TV Eropah utamanya yang disokong oleh AiPQ Processor 3.0 bagi menyampaikan prestasi cemerlang pada kualiti gambar dan kontras unggul, digabungkan dengan bunyi yang tiada tandingan hasil daripada Dolby Vision IQ & Dolby Atmos.

Bagi TV QLED, TCL memperkenalkan barisannya yang dinaik taraf, yang menggabungkan QLED bersama-sama teknologi Pemalapan Setempat Tatasusunan Penuh, 4K HDR Pro, kadar segar semula yang utama dalam industri untuk kualiti gambar HDR yang lancar, tajam dan berwarna-warni.

Menawarkan pengalaman imersif yang sebenar, TCL turut melancarkan Bar Bunyi Audio Dolby Siri TCLS64 2023 pemenang anugerah Red Dot, menyampaikan bunyi keliling yang amat jelas untuk dipadankan dengan paparan TV yang luar biasa.

Selain memenuhi keperluan hiburan pengguna, TCL mengumumkan rangkaian produk untuk memenuhi kehendak global yang semakin meningkat terhadap produk yang mengupayakan gaya hidup yang lebih mudah dan sihat. Memperkenalkan Penyaman Udara TCL generasi ke-3, Siri Gentle Cool dan FreshIN terkini daripada TCL yang membolehkan keadaan atmosfera yang lebih menyenangkan dan kawalan suhu yang lebih tepat, berserta faedah-faedah kesihatan yang lebih baik dan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Demi kepentingan pengawetan makanan, Koleksi Peti Sejuk 2023 TCL turut diumumkan, dilengkapi dengan berbilang fungsi seperti sistem Berbilang Aliran Udara dan Teknologi Pembebasan Anion Automatik (AAT) yang memastikan makanan kekal segar secara sempurna dengan lebih lama. Dalam urusan dobi-mendobi, TCL memperkenalkan mesin basuh Kelas AA TCL serba baharu, Siri P3 yang menyampaikan impak alam sekitar yang rendah, sebahagian besarnya hasil daripada teknologi Penyongsang Digital Tanpa Berus TCL dan sistem berat auto yang menggunakan tenaga yang jauh berkurangan berbanding mesin basuh konvensional.

TCL Menekankan Komitmennya terhadap Teknologi Bertanggungjawab dan Lestari

Seperti yang ditonjolkan dalam Laporan ESG 2022nya, TCL mengumumkan bahawa pada tahun 2022 sahaja ia melabur sejumlah 1.04 bilion USD dalam perlindungan alam sekitar, menjimatkan 229.53 juta tan air dan mengitar semula 81,865 tan bahan buangan. Menjelang tahun 2025, TCL komited untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau sebanyak 18%, penggunaan air sebanyak 27%, penggunaan kuasa sebanyak 13%, penggunaan gas asli sebanyak 70% dan penggunaan EPS sebanyak 10%.

Bagi menggambarkan visinya untuk membangunkan teknologi demi masa depan yang lebih baik, mulai 17 April hingga 23 April, TCL akan memaparkan pameran eksklusif "ELEMENTS – TCL Green Horizon" di Minggu Reka Bentuk Milan menampilkan karya seni lestari dan pengalaman imersif yang diupayakan oleh teknologi berserta pratonton barisan produk 2023 TCL Europe dan peranti konsep menarik yang dibangunkan oleh Pusat Inovasi Reka Bentuk TCL.

-TAMAT-

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman sesawang TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news