omniture

Pertama di dunia: Penyelesaian pemasangan penyongsang mikro inovatif Hoymiles telah mengurangkan masa sebanyak 70%

Hoymiles Power Electronic Inc
2023-04-19 09:03 26

HANGZHOU, 19 April 2023 /PRNewswire/ -- Pembekal tenaga pintar terkemuka dan pengilang penyongsang mikro Hoymiles bersedia untuk melancarkan penyelesaian pemasangan yang inovatif untuk sistem PV penyongsang mikro berbilang dan penyongsang mikro tunggal yang akan mengurangkan masa pemasangan sebanyak 70%.

 

Mendapat inspirasi daripada konsep modular seperti batu bata LEGO, jurutera Hoymiles menetapkan piawaian industri baharu yang memudahkan proses pemasangan, meningkatkan fleksibiliti, mengurangkan kos dan menjadikan pembinaan sistem solar sebagai pengalaman yang lebih menyeronokkan.

Apakah penyelesaian pemasangan yang baharu?

Penyelesaian pemasangan Hoymiles menampilkan dua set aksesori yang direka khusus untuk sistem PV: satu aksesori disesuaikan untuk sistem yang menggunakan penyongsang mikro berbilang dan satu lagi untuk sistem lebih kecil yang menggunakan penyongsang mikro tunggal.

Penyelesaian penyambung batang:

Terdiri daripada satu set aksesori untuk menyambungkan penyongsang mikro berbilang dalam sistem, penyelesaian ini termasuk penyambung batang baharu, penyambung kabel sambungan, alat putus sambungan dan banyak lagi. Dengan komponen tersedia ini, maka pelanggan akan dapat mengurangkan masa ketika menyediakan sistem penyongsang mikro mereka.

Penyambung medan:

Direka bentuk untuk sistem penyongsang mikro tunggal dalam aplikasi kediaman, penyelesaian ini membolehkan pengguna menyambungkan secara terus penyongsang mikro kepada kabel AC untuk melengkapkan sambungan grid. Ini meminimumkan usaha pemasangan dan mengurangkan kos.

Mengapa Hoymiles melancarkan penyelesaian pemasangan baharu?

Kos dan masa adalah perkara yang paling penting untuk pengguna dan pemasang solar (bersama-sama yang lain yang bekerja dalam perniagaan solar). Persediaan tradisional biasanya memerlukan begitu banyak pemotongan, pelucutan dan pendawaian manual. Inilah perkara yang diperlukan oleh hampir semua sistem. Matlamat Hoymiles adalah untuk mengolah semula kaedah pemasangan tradisional bagi mengurangkan halangan teknikal dan meningkatkan pengalaman pelanggan untuk menjadikan pemasangan PV lebih mudah.

"Lazimnya, inovasi bukan sahaja berkenaan melancarkan konsep atau teknologi baharu sepenuhnya, tetapi juga mengenai pengubahsuaian dan pelelaran penyelesaian semasa untuk memudahkan pelanggan," kata Pengarah Produk Hoymiles Steven Zhang. "Aksesori baharu kami akan memudahkan proses pemasangan, bermakna pemasang boleh menyiapkan lebih banyak sistem dan pemilik rumah juga boleh mencuba untuk memasang sistem mereka sendiri kerana pasang dan pakai kami tidak memerlukan banyak usaha teknikal."

Apakah yang membezakan antara penyelesaian dengan aksesori?

Penyelesaian pemasangan serba baharu Hoymiles mengatasi penyelesaian tradisional dalam beberapa bidang utama. Inovasi ini akhirnya diterjemahkan kepada kos yang lebih rendah, masa pemasangan yang lebih singkat dan kualiti pemasangan yang lebih tinggi.

  • Pasang dan pakai yang sebenar
    Aksesori meminimumkan pemprosesan dan pendawaian manual yang rumit, menghapuskan masalah yang disebabkan oleh pendawaian yang salah dan akhirnya meningkatkan kualiti pemasangan. Tambahan pula, penyelesaian baharu tersebut tidak membezakan antara penyambung jantan dengan betina, menghalang percampuran penyambung. Reka bentuk pasang dan pakai yang tulen ini menjimatkan 70% masa pemasangan.
  • Fleksibiliti muktamad
    Aksesori boleh digunakan serta-merta dengan penyediaan dan pendawaian yang minimum, memastikan kawalan kualiti dari awal. Hoymiles juga menawarkan saiz kabel tersedia yang berbeza. Ini membolehkan pelanggan mencampur dan memadankan komponen mengikut keperluan projek dan mengurangkan kos bahan.
  • Direka bentuk untuk keserasian
    Aksesori baharu ini sangat serasi dengan siri HMS semasa penyongsang mikro fasa tunggal, jadi pelanggan tidak perlu risau tentang isu keserasian.
  • Reka bentuk sistem yang mudah
    Dengan aksesori yang kurang dalam pakej berbanding dengan pilihan sambungan tradisional, pelanggan hanya perlu melakukan pengiraan mudah untuk projek dan reka bentuk sistem mereka serta mengurangkan sisa bahan.
  • Kebolehpercayaan yang tiada tandingan
    Direka bentuk untuk beroperasi dalam julat suhu ambien dari -40°C hingga +85°C, aksesori ini boleh mengendalikan arus yang lebih tinggi apabila sistem PV sedang digunakan. Penarafan IP68 terkemuka menyerlahkan bahawa terdapat perlindungan penuh terhadap pepejal dan air, walaupun dalam keadaan cuaca yang teruk seperti ribut.

Dengan memperkenalkan penyelesaian pemasangan baharu ini ke pasaran, Hoymiles dapat mengurangkan lagi halangan teknikal untuk pemasangan solar. Pengguna bukan sahaja dapat menjimatkan masa dengan ketara semasa menyediakan sistem solar mereka tetapi juga akan mendapati bahawa proses pemasangan tersebut menarik, menawan dan menyeronokkan.

Hubungan Media: Joseph pan, +86-13666606299, joseph.pan@hoymiles.com

Source: Hoymiles Power Electronic Inc
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services