JAKARTA, Indonesia, 19 April 2023 /PRNewswire/ -- TeraBox, aplikasi storan awan inovatif, baru-baru ini mengumumkan pelancaran satu siri diskaun dan hadiah percuma sempena meraikan ulang tahun ketiganya bagi menunjukkan penghargaan kepada pengguna. Dengan tema "Menjaga Kenangan Anda, Meraikan Kejayaan Kami," kempen ulang tahun ketiga ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna kepada komitmen TeraBox untuk menjaga kenangan mereka sambil menggalakkan mereka untuk berkongsi detik-detik indah bersama insan tersayang.
Sambutan ulang tahun ketiga TeraBox akan berlangsung mulai 7 hingga 30 April 2023. Ahli-ahli boleh menikmati diskaun 50% untuk pelan storan awan tahunan mereka sambil merasai fungsi-fungsi premium yang terkini seperti membuat sandaran video daripada peranti mudah alih dan menyediakan storan 2048GB (2TB) secara percuma, berserta 12 lagi ciri eksklusif ditawarkan kepada ahli-ahli premium yang mana butirannya telah disenaraikan dalam Aplikasi dan Facebook TeraBox.
Sambutan ulang tahun ketiga ini bertujuan untuk menyumbang kembali kepada penggunanya sambil meningkatkan pengalaman mereka dengan TeraBox. Program rujukannya, yang menjadi bahagian yang penting dalam kejayaan TeraBox kerana ia membolehkan pengguna memperoleh pendapatan tambahan dengan berkongsi pautan bersama rakan-rakan dan keluarga. Pada platform media sosial seperti Facebook, banyak kisah pengguna ditulis oleh mereka yang telah mengambil bahagian dalam program rujukan ini, yang berkongsi kisah kejayaan mereka dan sejauh mana ia telah membantu mereka dari segi kewangan. Bermula pada 6 April, TeraBox meningkatkan kadar ganjaran rujukannya secara umumnya. Mereka yang berkongsi kandungan yang berkaitan dengan kriket, bola keranjang, animasi, perisian & permainan serta filem dan rancangan TV boleh memperoleh tawaran ganjaran eksklusif dengan menghantar pendaftaran mereka di sini dalam tempoh tarikh sah sebelum 5 Mei, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ketiganya.
Hampir 200 juta pengguna telah mendaftar dengan TeraBox sejak penubuhannya tiga tahun yang lalu. Bagi menunjukkan penghargaan kepada penggunanya dan berkongsi pencapaiannya, syarikat ini mengetengahkan senarai kejayaan yang dicapai sepanjang tiga tahun yang lalu, termasuk memenuhi piawaian keselamatan cemerlang seperti ISO27001, ISO27701 dan ISO27018, menggunakan teknologi AI canggihnya dan meraikan catatan rekod baharu bilangan pengguna berdaftar.
TeraBox komited untuk melindungi data penggunanya sambil menyediakan pengalaman storan awan yang mesra pengguna. Matlamat kempen ini adalah untuk "Menjaga kenangan anda, meraikan kejayaan kami," menekankan komitmennya untuk menjaga kenangan pengguna sekali gus mengingatkan mereka untuk menghargai detik-detik indah dalam kehidupan mereka. Syarikat ini bertekad untuk terus menemani penggunanya pada masa depan, menjadikan kenangan mereka selamat dan boleh diakses oleh mereka pada bila-bila masa, di mana-mana.
Untuk maklumat lanjut tentang program premium TeraBox, sila kunjungi https://www.terabox.com/cloud-storage-pricing-plans; untuk lebih banyak kisah sambutan ulang tahun ke-3, sila kunjungi laman sesawang atau Halaman Facebook TeraBox.
Latar Belakang TeraBox
TeraBox ialah aplikasi storan awan inovatif yang melindungi dan mengatur semua fail pada peranti pengguna, membantu mereka membuat sandaran dan menavigasi foto dokumen penting serta fail dengan cepat, dengan bantuan teknologi AI yang berkuasa. TeraBox membolehkan pengguna seluruh dunia mengalami masa depan penyelesaian sandaran data dan storan awan yang telah terbukti dengan tiga pensijilan ISO berwibawa antarabangsa bagi menjamin keselamatan data selanjutnya.