BANGALORE, India dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- BetterPlace, platform SaaS pengurusan tenaga kerja barisan hadapan terbesar Asia, hari ini mengumumkan pemerolehan TROOPERS, pengusaha teknologi penyelesaian bakat fleksibel yang terkemuka di Malaysia. Pemerolehan TROOPERS oleh BetterPlace akan menggiatkan kehadirannya di rantau ini dan mewujudkan tapak yang lebih kukuh di Asia Tenggara.
Pravin Agarwala, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, BetterPlace (L) dan Joshua Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, TROOPERS (R)
Pemerolehan ini akan mengintegrasikan ciri-ciri pemadanan gig dan penjadualan automatik TROOPERS ke dalam platform SaaS BetterPlace yang komprehensif. TROOPERS, ditubuhkan pada tahun 2017, ialah platform penyelesaian bakat-fleksibel yang menawarkan pekerja barisan hadapan secara atas permintaan, disaring terlebih dahulu dan separuh masa untuk perusahaan, membolehkan mereka meningkatkan tenaga kerja gig mereka berdasarkan kepada permintaan operasi. Dengan algoritma pembelajaran mesin mencapai kadar pemadanan 95%, TROOPERS telahpun membantu lebih 50,000 pekerja gig di Malaysia mencari pekerjaan sejak penubuhannya.
"Asia Tenggara dijangka menyaksikan pertumbuhan yang signifikan dari segi permintaan terhadap pekerja gig dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan ekonomi gig berkembang sebanyak 31% sejak tahun 2017, jauh mendahului pertumbuhan dalam tenaga kerja konvensional. Di Malaysia sahaja, 84% daripada pengurus yang mengambil pekerja lebih cenderung mengupah pekerja gig," kata Pravin Agarwala, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, BetterPlace.
"Kami berbesar hati untuk menawarkan penyelesaian SaaS yang teguh bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat. Platform SaaS kami yang komprehensif dan algoritma berasaskan kecerdasan buatan (AI), digabungkan dengan penyelesaian bakat-fleksibel TROOPERS yang inovatif, membolehkan perusahaan menangani cabaran dengan berkesan seperti kadar susutan yang tinggi, kos buruh dan pengurusan yang semakin meningkat dan kekurangan tenaga kerja mahir. Dalam masa yang sama, pekerja barisan hadapan dapat mengoptimumkan potensi pendapatan mereka melalui algoritma pemadanan gig proprietari daripada TROOPERS," tambah Pravin.
Joshua Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, TROOPERS, berkata, "Majoriti ekosistem tenaga kerja di Asia Tenggara adalah tidak formal, menjadikannya sukar untuk pekerja mencari pekerjaan tambahan atau meningkatkan potensi pendapatan mereka. Di samping itu, pekerja tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk dipadankan dengan keperluan perusahaan yang semakin meningkat. Membangun berdasarkan prinsip-prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keabsahan, kami memulakan TROOPERS bagi menangani kekurangan bakat & produktiviti tenaga kerja untuk perusahaan sekali gus mencipta mata pencarian yang lebih baik untuk pekerja di Malaysia."
"Kami tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan kehebatan teknologi dan pengetahuan industri BetterPlace bagi meningkatkan penawaran kami, yang berpotensi mengubah landskap kerja barisan hadapan di Asia Tenggara," tambah Joshua.
Masa depan Gig dan WaaS
Gig dan WaaS mewakili masa depan kerja, menangani keragaman yang tinggi dari segi corak permintaan yang sering dialami oleh perusahaan. Syarikat-syarikat semakin berusaha untuk merapatkan jurang kemahiran melalui bekalan yang 'tepat pada masanya' atau mencukupi dan dalam masa yang sama membolehkan pekerja memaksimumkan potensi pendapatan mereka dengan menghubungkan mereka kepada gig yang sesuai. Walau bagaimanapun, perusahaan terus menghadapi cabaran untuk mencari bakat-fleksibel yang tepat, mengurus penjadualan dan mengatasi isu kemahiran, yang akhirnya memberi impak ke atas produktiviti dan kecekapan operasi mereka.
BetterPlace terus membangunkan penyelesaian berpandukan teknologi termaju, yang membolehkan perusahaan bersedia mendepani masa depan. Platform perusahaan berkuasa AI syarikat ini menyediakan keupayaan pemadanan yang mantap untuk syarikat-syarikat yang mencari calon mahir untuk jawatan gig dan sepenuh masa. Selain daripada penyelesaian pengambilan pekerja dan perisian pengesanan pemohon (ATS), syarikat ini turut menawarkan keupayaan suai tugas, penjadualan dan peningkatan kemahiran digital jarak jauh untuk perusahaan. Pekerja pula mendapat akses kepada peluang pendapatan yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan Pendapatan Sejam mereka.
Pemerolehan TROOPERS menyusuli pengembangan BetterPlace yang terkini di rantau ini. Pada Februari 2023, BetterPlace memperoleh platform pemenuhan tenaga kerja kolar biru terkemuka Indonesia, MyRobin, menandakan penembusan pertama syarikat ini di rantau Asia Tenggara.
Latar Belakang BetterPlace
Ditubuhkan pada tahun 2015, BetterPlace ialah platform SaaS dan pengurusan tenaga kerja barisan hadapan yang terbesar di Asia. Syarikat ini memiliki lebih 30 juta pekerja pada platform ini dan lebih 1,100 syarikat sebagai pelanggan. Sebagai penyelesaian tindanan penuh, BetterPlace memenuhi keperluan seluruh rantaian nilai pengurusan tenaga kerja barisan hadapan bermula daripada pengesahan, penemuan, pengambilan pekerja dan suai tugas hinggalah peningkatan kemahiran, pengurusan produktiviti dan pemindahan faedah. BetterPlace turut melancarkan platform B2C mereka Rocket yang bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja barisan hadapan secara percuma agar lebih ramai pekerja barisan hadapan bersedia untuk bekerja dan perusahaan-perusahaan mempunyai akses kepada tenaga kerja barisan hadapan yang telah dilatih terlebih dahulu.
BetterPlace juga telah disenaraikan dalam 'Forbes Asia 100 to Watch List' yang berprestij pada tahun 2021.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.betterplace.co.in/
Latar Belakang TROOPERS
Ditubuhkan oleh para pengasas bersama Joshua Tan dan Kelvin Lee, TROOPERS ialah platform Teknologi Sumber Manusia (HR Tech) digital untuk kerja fleksibel yang bertujuan untuk memberi akses yang saksama kepada semua rakyat Malaysia untuk bekerja dan memperoleh pendapatan dalam ekosistem yang sah, telus dan bertanggungjawab. Sejak penubuhannya pada tahun 2017, TROOPERS berkembang menjadi platform pemadanan kerja Malaysia yang fleksibel. TROOPERS bekerjasama dengan pelbagai jenama yang disegani di seluruh Malaysia bagi memenuhi kesemua keperluan tenaga kerja fleksibel mereka dari segi pengaktifan di lapangan, pemasaran luar talian, pembarangan, promosi di kedai, logistik, penggudangan, konsert dan perkhidmatan bersama.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan untuk membina sebuah ekosistem yang fleksibel, TROOPERS melancarkan Aplikasi TROOPERS pada tahun 2021 yang sejak itu telah mengumpul lebih 180,000 pengguna yang disahkan, menjana pendapatan sebanyak lebih RM 20 juta untuk pekerja gig dengan lebih daripada 200,000 syif diurus niaga pada aplikasi tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.troopers.com.my/