omniture

JA Solar kekalkan penarafan AAA dalam laporan keupayaan menjana keuntungan PV ModuleTech

JA Solar Technology Co., Ltd.
2023-04-20 15:11 53

BEIJING, 20 April 2023 /PRNewswire/ -- JA Solar sekali lagi disenaraikan dalam kategori AAA tertinggi menerusi laporan keupayaan menjana keuntungan PV ModuleTech PV Tech bagi suku pertama tahun 2023, menekankan kekuatan keseluruhan syarikat yang teguh.

JA Solar mengekalkan penarafan AAA dalam laporan keupayaan menjana keuntungan PV ModuleTech
JA Solar mengekalkan penarafan AAA dalam laporan keupayaan menjana keuntungan PV ModuleTech

Laporan PV Tech adalah berdasarkan kepada analisis komprehensif terhadap prestasi pengeluar dalam metrik termasuk penghantaran, kapasiti pembuatan, teknologi dan kedudukan kewangan, dengan syarikat ini mendapat skor yang tinggi dalam setiap bidang ini.

Menurut laporan tahunannya untuk tahun 2022 jumlah hasil JA Solar adalah sebanyak CNY72.989 bilion, meningkat 76.72% berbanding tahun sebelumnya, dengan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada syarikat induk adalah sebanyak CNY5.533 bilion, meningkat 171.4% dari tahun 2021.

Setakat akhir tahun 2022, syarikat ini telah diberikan 1,260 paten yang dibangunkan secara bebas dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengusaha utama industri ini, tersenarai antara Fortune China 500, 500 Terbaik perusahaan swasta China dan perusahaan tenaga baharu 500 Terbaik global selama beberapa tahun. Antara tahun 2014 dan 2022, JA Solar telah dinilai sebagai 'Pelaksana Terbaik' oleh PVEL, salah sebuah organisasi ujian PV pihak ketiga bebas yang terkemuka di dunia, sebanyak tidak kurang daripada tujuh kali.

JA Solar mengekalkan strategi global menerusi beberapa kemudahan pengeluaran di serata dunia dan 13 syarikat jualan luar negara. Rangkaian jualan produk dan perkhidmatan syarikat ini kini berkembang ke 135 negara dan wilayah seluruh dunia.

Setakat akhir tahun 2022, penghantaran global kumulatif JA Solar telah mencecah 128GW, dengan penghantaran luar negara menyumbang kira-kira 60% daripada jumlah keseluruhan. Syarikat ini terus mengukuhkan rantaian industri yang bersepadu secara vertikal dan merangka rancangan jangka panjang untuk membina kapasiti pengeluaran dan menambah baik rantaian bekalan dalam pasaran-pasaran utama PV di serata dunia, seterusnya memajukan strategi global syarikat ini secara berterusan dan menyediakan perkhidmatan yang dipertingkat kepada pelanggan.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards