omniture

Pertama di Dunia untuk Biskut Nombor Satu di Dunia*: OREO Café dibuka di Qatar

Mondelēz International
2023-04-20 17:17 66

DOHA, Qatar, 20 April 2023 /PRNewswire/ -- Biskut nombor satu di dunia telahpun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) Doha, dengan pembukaan OREO Café kekal pertama di luar AS dan yang pertama di sebuah lapangan terbang.

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran interaktif penuh di sini: https://www.multivu.com/players/English/9160851-OREO-Cafe-opens-Qatar-Mondelez-International/

Kafe seluas 116 meter persegi di North Node baharu itu menggembirakan pengembara dengan seleksi enak ciptaan manis termasuk susu kocak OREO, mufin dan kek keju serta menu makanan dan minuman savuri komprehensif, sementara cef-cef mencipta hidangan unik secara langsung di OREO Creations Bar kafe.

Konsep kafe ditempah khas itu menampilkan warna biru elektrik terkenal, putih dan hitam jenama OREO, menarik minat penumpang transit dengan perabot OREO gergasi, dinding digital dan kawasan runcit.

Mencipta lebih keterujaan, Mondelez dan Qatar Duty Free (QDF) menjalankan kempen pemasaran bersepadu termasuk video dalam-penerbangan Qatar Airways pada bulan Oktober dan keterlihatan tinggi di seluruh lapangan terbang. Mondelez turut menyampaikan kempen media sosial berprestasi tinggi yang menampilkan aset kreatif yang lincah dan imejan kulinari yang beraneka.

Bagi meraikan Hari OREO, rakan-rakan kongsi tersebut menjalankan pengambilalihan lapangan terbang di HIA pada 6 Mac dengan kempen digital skrin hujung-ke-hujung merentas lebih 800 skrin.

Jaya Singh, Pengarah Urusan, Mondelez WTR dan Thabet Musleh, Naib Presiden, Qatar Duty Free, mengulas: "Ini merupakan detik bersejarah untuk Mondelez dan QDF. Perkongsian yang luar biasa ini membawakan yang pertama di dunia ke lapangan terbang terkemuka di dunia dan kami benar-benar telah menyampaikan misi kami untuk membawa pengalaman yang eksklusif kepada peruncitan perjalanan. Dengan penembusan pertama Mondelez WTR ke dalam F&B dengan memanfaatkan jenama global yang hebat, kami yakin OREO Café Doha akan mengukuhkan kedudukannya sebagai outlet utama."

*Sumber: Euromonitor Int. Ltd; Snacks 2023 ed.; jualan nilai runcit 2022 saham jenama Sweet Biscuits.

Latar Belakang Mondelēz International
Mondelēz International, Inc. (Nasdaq: MDLZ) memperkasa orang ramai untuk menikmati snek dengan betul di lebih 150 negara seluruh dunia. Dengan hasil bersih 2022 mencecah kira-kira $31 bilion, MDLZ menerajui masa depan menikmati snek dengan jenama-jenama global dan tempatan yang ikonik seperti Oreo, Ritz, LU, Clif Bar dan biskut dan snek bakar Tate's Bake Shop serta coklat Cadbury Dairy Milk, Milka dan Toblerone. Mondelēz International ialah ahli yang megah bagi Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 dan Dow Jones Sustainability Index. Kunjungi www.mondelezinternational.com atau ikuti syarikat ini di Twitter melalui https://www.twitter.com/MDLZ

Latar Belakang Qatar Duty Free
Qatar Duty Free (QDF), subsidiari Qatar Airways group, ialah emporium membeli-belah di tengah-tengah Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA), dengan lebih daripada 37,000 meter persegi ruang bebas cukai dan konsesi. QDF menawarkan lebih daripada 180 outlet runcit mewah dan berpatutan serta outlet F&B.

QDF menawarkan seleksi luas butik mewah dan portfolio luas kedai konsep berbilang jenama dan kedai bebas cukai. Selain daripada portfolio jenama mewahnya yang luas, QDF menyajikan pelbagai jenis masakan yang sesuai dengan setiap palet dan bajet di pelbagai restoran makan di dalam, kafe dan outlet bawa pulang kami.

Sebagai sebahagian daripada kedudukannya dalam tritunggal berkuasa iaitu peruncit, lapangan terbang pemenang anugerah dan syarikat penerbangan global, QDF berkedudukan unik untuk bekerjasama dengan jenama-jenama runcit perjalanan untuk melancarkan produk dan perkhidmatan, lalu membawa pengalaman yang eksklusif kepada pelanggan.

Qatar Duty Free (QDF) telahpun dinamakan sebagai 'Operator Bebas Cukai Lapangan Terbang Terkemuka Dunia 2022' dan 'Operator Bebas Cukai Lapangan Terbang Terkemuka Timur Tengah 2022' di World Travel Awards. QDF turut memenangi anugerah "Peruncit Lapangan Terbang Pengalaman Pelanggan Terbaik" 2022 di Global Brands Magazine Awards."

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad memenangi anugerah "Lapangan Terbang Terbaik Dunia untuk Membeli-belah" di SKYTRAX World Airport Awards 2023, dikaitkan dengan strategi peruncitan dan F&B Qatar Duty Free yang menawarkan pengalaman terbaik kepada penumpang di lapangan terbang ini.

Source: Mondelēz International
Related Stocks:
NASDAQ:MDLZ
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Restaurants Retail Travel Corporate Expansion New products/services