SHANGHAI, 21 April 2023 /PRNewswire/ -- Pada 19 April, CATL melancarkan bateri mampat, teknologi bateri canggih di Auto Shanghai. Dengan ketumpatan tenaga sehingga 500 Wj/kg, ia dapat mencapai ketumpatan tenaga tinggi dan tahap keselamatan tinggi secara serentak dengan cara yang kreatif, membuka senario pengelektrikan serba baharu pesawat penumpang. CATL dapat mencapai pengeluaran besar-besaran bateri mampat dalam tempoh yang singkat.
Bagi mengatasi perubahan bahan-bahan ketumpatan tenaga super tinggi yang terhasil daripada tindak balas elektrokimia, bateri mampat CATL memanfaatkan elektrolit keadaan termampat biomimetik amat konduktif untuk membina struktur jaring adaptif kendiri peringkat mikron yang boleh melaraskan daya interaktif antara rantaian, oleh yang demikian meningkatkan prestasi konduktif sel dan seterusnya kecekapan pengangkutan ion litium sambil meningkatkan kestabilan mikrostruktur.
Tambahan pula, bateri mampat mengintegrasikan pelbagai teknologi inovatif, termasuk bahan-bahan katod ketumpatan tenaga ultra tinggi, bahan anod inovatif, pemisah dan proses pembuatan, menawarkan prestasi cas dan nyahcas yang cemerlang serta prestasi keselamatan yang baik.
Pelancaran teknologi canggih ini memecahkan had yang telah lama menyekat pembangunan sektor bateri dan akan membuka senario pengelektrikan baharu yang bertumpukan pada tahap keselamatan yang tinggi dan berat yang ringan. Ketika ini, CATL bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dalam pembangunan pesawat penumpang elektrik dan mengamalkan piawaian dan ujian tahap penerbangan selaras dengan keperluan keselamatan dan kualiti gred penerbangan. Selain itu, kami akan turut melancarkan versi gred automotif bateri mampat yang dijangka akan melaksanakan pengeluaran besar-besaran dalam tahun ini.
"Memenuhi keperluan pelanggan merupakan daya pemacu teras yang mendorong inovasi teknologi untuk CATL," kata Wu Kai, ketua saintis CATL. Ketika ini, CATL memiliki hala tuju teknologi yang paling ekstensif di dunia untuk bateri dan telah membangunkan keupayaan untuk menukarkan kajian asas kepada aplikasi industri dan kemudiannya kepada aplikasi komersial berskala besar. Sebagai contoh, pada tahun 2021, CATL mengeluarkan generasi pertama bateri ion-natrium dengan ketumpatan tenaga 160 Wj/kg yang telah dilancarkan pada Chery Automobile semasa pameran ini. Pada tahun 2022, CATL memperkenalkan bateri Qilin dengan kecekapan integrasi tertinggi di dunia dan ia telah memulakan pengeluaran besar-besaran pada Mac ini. Ia telah digunakan pada pelbagai BEV canggih seperti ZEEKR, AITO dan Li Auto.
Tatkala pengelektrikan menjangkau dari darat ke langit, pesawat akan menjadi lebih bersih dan lebih pintar. Pelancaran bateri mampat akan menyambut era pengelektrikan sejagat pengangkutan laut, darat dan udara, membuka lebih banyak kemungkinan dalam pembangunan industri dan menggalakkan pencapaian matlamat keneutralan karbon global pada tarikh yang lebih awal.