omniture

Huawei memulakan Sidang Kemuncak Penganalisis Global 2023: Berusaha bersama demi masa depan digital

Huawei
2023-04-21 01:52 116

SHENZHEN, China, 21 April 2023 /PRNewswire/ -- Huawei memulakan Sidang Kemuncak Penganalisis Global tahunan ke20 (HAS) pada hari ini di Shenzhen. Sidang kemuncak ini dihadiri oleh lebih 1,000 penganalisis industri, penganalisis kewangan, pemimpin pendapat utama dan wakil media dari seluruh dunia yang berhimpun untuk membincangkan status industri ICT, termasuk strategi pembangunan, hala tuju untuk transformasi digital dan trend industri masa depan.

Sabrina Meng, Timbalan Pengerusi Wanita Huawei, Pengerusi Wanita Bergilir dan ketua pegawai kewangan (CFO), memulakan dengan ucaptama. "Pendigitalan ialah lautan biru untuk seluruh industri ini," kata beliau. "Huawei akan terus melabur dalam domain-domain seperti ketersambungan, pengkomputeran, storan dan awan."

"Kami menyasarkan untuk menyediakan kepada pelanggan dengan infrastruktur digital yang mempunyai seni bina yang paling ringkas seumpamanya dengan kualiti tertinggi sebaiknya – yang memacu pengalaman sebaik mungkin pada kos serendah mungkin. Matlamat kami adalah untuk membantu organisasi-organisasi beralih kepada digital dalam empat peringkat: mendigitalkan operasi, membina platform digital, mengupayakan kecerdasan berasaskan platform dan memanfaatkan kecerdasan. Sudah tiba masanya untuk berkembang maju bersama-sama dalam masa depan digital yang baharu dan mengujakan ini."

Sabrina Meng berucap di HAS 2023
Sabrina Meng berucap di HAS 2023

Meng menyambung untuk berkongsi tiga perkara penting daripada pengalaman transformasi digital selama hampir 10 tahun oleh Huawei. "Pertama, strategi adalah penting. Pada dasarnya, transformasi digital adalah tentang perancangan strategik dan pilihan strategik. Sebarang transformasi digital yang berjaya perlu dipacu oleh strategi, bukan teknologi."

"Kedua, data merupakan asasnya," beliau menyambung. "Data hanya mencipta nilai apabila ia mengalir merentas sesebuah organisasi, maka tadbir urus data berkaedah adalah penting. Mengintegrasikan data merentas dimensi yang berbeza akan mencipta nilai yang jauh lebih besar."

"Ketiga, kecerdasan merupakan destinasi. Data menakrifkan semula produktiviti. Mendigitalkan operasi dan membina platform digital membantu membersihkan, memvisualisasikan dan mengagregat data, meletakkan asas untuk transformasi digital. Memanfaatkan kecerdasan menjadikan data atas-permintaan, lebih mudah difahami dan boleh diambil tindakan, membawa transformasi digital ke peringkat seterusnya."

Dr. Zhou Hong, Presiden Institute of Strategic Research Huawei, turut berucap di acara tersebut. Beliau berkongsi hipotesis dan visi Huawei untuk dunia pintar masa depan, memperincikan bagaimana kita dapat mengubah pengalaman menjadi ilmu pengetahuan berstrukur dan meletakkan asas untuk kecerdasan.

"Memikirkan semula pendekatan terhadap rangkaian dan pengkomputeran adalah kritikal tatkala kami melangkah ke arah dunia pintar," kata Zhou. "Dalam perangkaian, kami mempunyai apa yang diperlukan untuk melangkah melangkaui had teorem Shannon – serta aplikasi teori beliau – untuk memacu peningkatan 100 kali ganda dalam keupayaan rangkaian sepanjang dekad akan datang. Dalam pengkomputeran, kami akan melangkah ke arah model, seni bina dan komponen baharu serta meningkatkan keupayaan kami untuk memahami dan mengawal kecerdasan. Kami juga akan terus meneroka pengguna AI untuk aplikasi industri, sains dan banyak lagi."

Dua ucaptama itu diikuti oleh perbincangan panel mengenai peranan yang dimainkan oleh produktiviti digital dalam memacu pendigitalan industri, cabaran yang dihadapi oleh industri dalam proses pendigitalan, tindakan yang disyorkan serta jangkaan untuk industri-industri dalam proses membina produktiviti digital mereka. Ahli-ahli panel termasuk Li Peng, Ketua Pakar China Southern Power Grid Corporation dan Pengarah Urusan Digital Power Grid Group; Liang Yongji, Pengarah Eksekutif Kejuruteraan & Teknologi di Airport Authority Hong Kong; Liu Hong, Ketua Teknologi di GSMA, Rantau Besar China dan Charles Ross, Prinsipal Teknologi dan Masyarakat di Economist Impact.

Tahun 2023 merupakan ulang tahun ke-20 Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei tahunan. Sidang kemuncak pada tahun ini, berserta pelbagai jenis sesi berasingan, berlangsung mulai 19 hingga 20 April.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.huawei.com/en/events/has

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news