omniture

CGTN: China, Gabon tingkatkan hubungan kepada perkongsian koperatif strategik komprehensif

CGTN
2023-04-21 12:17 43

BEIJING, 21 April 2023 /PRNewswire/ -- Memandangkan tahun hadapan menandakan ulang tahun ke-50 pemeteraian hubungan diplomatik antara China dan Gabon, kedua-dua ketua negara telah mengambil keputusan untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ini kepada perkongsian koperatif strategik yang komprehensif.

Susulan kesibukan aktiviti diplomatik oleh pemimpin-pemimpin Asia, Eropah dan Amerika Latin di Beijing, lawatan empat hari Presiden Gabon Ali Bongo Ondimba ke China dipuji oleh Presiden Cina Xi Jinping sebagai satu demonstrasi kepentingan dan tahap tinggi hubungan China-Gabon.

Persahabatan China-Gabon kekal teguh seperti sedia kala.

Presiden Ali Bongo ialah ketua negara Afrika pertama yang disambut oleh Presiden Xi Jinping selepas pemilihan Xi sebagai presiden Cina pada bulan Mac, menurut Kementerian Luar China.

Persahabatan antara China and Gabon kekal teguh sejak pemeteraian hubungan diplomatik 49 tahun yang lalu. Pada Disember 2016, kedua-dua negara menaik taraf persahabatan mereka kepada perkongsian koperatif yang komprehensif.

Kedua-dua negara telah menyokong satu sama lain dengan teguh dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan utama mereka dan bekerjasama erat berhubung hal ehwal antarabangsa.

Presiden Ali Bongo telah menyuarakan kepatuhan Gabon kepada prinsip satu-China dalam beberapa kesempatan yang berbeza.

China telah menjadi rakan dagangan terbesar Gabon selama sembilan tahun berturut-turut. Pada tahun 2022, perdagangan dua hala telah mencecah $4.55 bilion, satu peningkatan sebanyak 50.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua presiden berikrar untuk meningkatkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan serta kerjasama dalam bidang-bidang lain termasuk ekonomi digital, infrastruktur, pertanian dan pelancongan serta pertukaran budaya dan sesama rakyat. Selepas perbincangan itu, kedua-dua pemimpin menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dua hala dalam bidang pelaburan, pertanian, pembinaan bandar serta beberapa bidang yang lain.

Kerjasama China-Afrika dalam era baharu

China ialah negara sedang membangun yang terbesar di dunia dan Afrika ialah benua dengan bilangan negara sedang membangun yang terbesar. Pengalaman lalu yang dikongsi dan sasaran serta matlamat yang serupa menjadikan China dan Afrika semakin erat.

Di Sidang Kemuncak Beijing FOCAC yang diadakan pada September 2018, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk membina komuniti China-Afrika yang lebih kuat dengan masa depan yang dikongsi bersama dan memimpin hubungan serta kerjasama China-Afrika ke era baharu.

China telah menjadi rakan dagangan terbesar Afrika selama 13 tahun berturut-turut menjelang tahun 2021, dan volum dagangan antara China dan Afrika mencapai paras tinggi mencatat rekod iaitu $254.29 bilion pada tahun 2021, meningkat 35.3 peratus, menurut data terkini daripada Kementerian Perdagangan China.

Pada November 2021, kerajaan Cina mengeluarkan kertas putih untuk mendokumentasikan kejayaan kerjasama China-Afrika yang menyeluruh dan menawarkan perspektif tentang kerjasama masa depan antara kedua-dua pihak. China dan Afrika berdiri bersama-sama dalam kejayaan dan kepelbagaian, menjadi contoh untuk membina sebuah komuniti global dengan masa depan bersama.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 prinsip dasar Afrika China, yang menampilkan nilai keikhlasan, hasil sebenar, persahabatan dan niat yang baik, dicadangkan oleh Presiden Cina Xi Jinping. Semasa mesyuarat pada hari Rabu dengan Ali Bongo, Xi berkata China dan Afrika perlu mengukuhkan solidariti dan kerjasama lebih daripada sebelum ini kerana dunia terkait dengan cabaran dan krisis.

Beliau menggesa kedua-dua pihak untuk berpegang teguh kepada semangat persahabatan dan kerjasama China-Afrika dan berkata bahawa China menyokong padu laluan pembangunan unik dan bebas Afrika dan bersedia untuk menyediakan peluang baharu kepada Afrika berdasarkan kepada pembangunan baharu China sendiri agar dapat menjadikan kerjasama China-Afrika sebagai model kerjasama Selatan-Selatan dan kerjasama antarabangsa dengan Afrika.

https://news.cgtn.com/news/2023-04-19/China-Gabon-lift-relations-to-comprehensive-strategic-cooperative-partnership-1j8xbJYVR6w/index.html

 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements