SINGAPURA, 21 April 2023 /PRNewswire/ -- Hepmil Creators' Network (HCN), komuniti pencipta digital yang terkemuka di Asia Tenggara dan sebahagian daripada Hepmil Media Group, mengumumkan bahawa ia akan ditandakan sebagai rakan kongsi Pemasaran Kreatif TikTok dengan pengkhususan dalam Pemasaran Pencipta.
Di bawah program itu, jenama-jenama boleh bekerjasama dengan HCN untuk mencipta kandungan yang dioptimumkan untuk TikTok. Pelanggan juga akan dapat mengakses semua yang ditawarkan oleh TikTok Creator Marketplace - platform rasmi untuk kolaborasi jenama dan pencipta di TikTok. Jenama-jenama boleh memanfaatkan pandangan audiens pihak pertama TikTok, trend pertumbuhan, video berprestasi terbaik dan banyak lagi untuk mengenal pasti pencipta yang sesuai untuk pencipta dan kempen pengiklanan berbayar.
"Kini TikTok merupakan platform penting untuk jenama-jenama berinteraksi dengan audiens mereka dengan cara yang autentik. Untuk jenama-jenama memahami audiens mereka, mereka perlu mempunyai kandungan yang menarik perhatian. Ramai yang beralih kepada pencipta untuk mendapatkan sokongan, namun lebih penting untuk mengetahui apa yang menjadi sohor kini dalam komuniti TikTok, yang membolehkan kandungan berjenama itu memacu impak pemasaran yang diingini. Di sinilah HCN memainkan peranannya – keupayaan kami untuk menyampaikan kandungan hipertempatan yang mengikut trend atau kandungan yang mencetuskan perbualan sosial oleh pencipta kami – menjadikan kami sebagai pilihan untuk pelanggan," kata Cassi Yang, Pengurus Besar Serantau, Hepmil Creators' Network.
Ketika ini, HCN memiliki lebih 1,000 pencipta di bawah senarainya, termasuk pencipta-pencipta popular seperti Arian Teo, AJ Munoz, SonicWebs, Raymorcuevas, antara lain. Pada tahun 2022, Rangkaian ini menyerahkan lebih 450 kempen untuk jenama-jenama seperti Disney, Lazada, Unilever dan Warner Music, kesemuanya mengatasi penunjuk prestasi utama (KPI) awalnya. Rangkaian ini menggabungkan pandangan dengan keupayaan untuk mengumpulkan pencipta bagi mencipta kandungan hipertempatan yang asli – khususnya dalam bidang hiburan dan komedi – agar jenama-jenama dapat berinteraksi dengan lebih baik bersama audiens di Singapura dan wilayah ini.
Sebagai contoh, TikTok Singapore telah bekerjasama dengan HCN untuk mengenal pasti satu pencipta utama dalam enam pasaran Asia Tenggara - termasuk Shawn Thia dari Singapura, Kyline Alcantara dari Filipina Khai Bahar dari Malaysia - bagi mengkonsepkan siri kempen iklan TopView untuk kempen Mega Sales terdahulu pada lewat tahun 2022. Enam pencipta ini memanfaatkan personaliti dalam talian mereka untuk menyampaikan kandungan TikTok yang sesuai dengan audiens tempatan serta mengambil bahagian dalam cabaran Hashtag kempen itu bagi mencipta kesedaran audiens yang lebih tinggi dan memacu penglibatan.
Pendekatan hipertempatan HCN merupakan lanjutan daripada tumpuan Hepmil Media Group untuk menyampaikan penyelesaian media digital bersepadu yang dapat mencapai dan berinteraksi dengan audiens rantau ini dengan cara yang menarik. Sebagai syarikat media berpandukan teknologi yang terkemuka di Asia Tenggara, Kumpulan ini menakrifkan lagi aspek kandungan dan hiburan rantau ini dengan lebih 800 juta pengikut merentas salurannya.
"Ditandakan sebagai Rakan Pemasaran Kreatif oleh TikTok merupakan bukti keupayaan Kumpulan ini dalam menyampaikan kandungan yang kekal. Dengan rangkaian pencipta dan pasukan di lapangan kami yang mengetahui apa yang berhasil dan menjadi sohor kini, kami berupaya menawarkan kepada pelanggan kami penyelesaian yang sesuai dengan audiens sasaran mereka. Tanda akreditasi oleh TikTok akan memajukan lagi keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkesan, namun lebih penting lagi, kandungan yang dioptimumkan agar sesuai," tambah Yang.
Adrian Man, Pengarah Perkongsian Ekosistem, APAC & MENA, TikTok berkata: "Penandaan Hepmil Creator's Network merupakan satu pencapaian penting untuk keupayaan media digital rantau ini dan mengiktiraf bahawa rangkaian tempatan dapat menyampaikan penyelesaian untuk jenama-jenama yang dapat disesuaikan di sesebuah wilayah yang mempunyai audiens yang pelbagai. Pencipta merupakan nadi platform kami dan kami sentiasa memikirkan cara baharu untuk menjadikannya mudah buat mereka untuk berhubung dan berkolaborasi dengan jenama-jenama. Kami teruja untuk berintegrasi dengan sebuah kumpulan elit dengan rakan-rakan kongsi yang dipercayai bagi membantu jenama-jenama menemui dan bekerjasama dengan pelbagai pencipta yang dapat berkongsi mesej mereka dengan cara yang autentik."
Memperluaskan Hepmil Creators' Network di Asia Tenggara
HCN merancang untuk menggandakan bilangan pencipta dalam Rangkaian ini pada tahun ini dan turut memperluaskan operasinya ke Thailand dan Vietnam bermula pada S2 2023 bagi membantu jenama-jenama yang beroperasi dalam pasaran ini memulakan kempen TikTok hipertempatan dengan kumpulan penciptanya.
Di samping itu, HCN turut memperluaskan skopnya dan berkembang untuk menjadi sebuah agensi bakat buat pencipta yang eksklusif untuk Rangkaian ini. Rangkaian ini akan mewakili, mengurus dan memasarkan sekumpulan pencipta yang telah menunjukkan potensi pasaran dan capaian dalam kedua-dua aspek dalam talian dan luar talian. Jenama-jenama akan berpeluang untuk bekerjasama dengan HCN bagi memanfaatkan bakat ini di luar kempen digital.
Untuk maklumat lanjut tentang Hepmil Creators' Network, kunjungi https://www.hepmilcreators.com/
LATAR BELAKANG HEPMIL MEDIA GROUP
Hepmil Media Group ialah sebuah syarikat media berpandukan teknologi serantau, yang mengendalikan platform kandungan digital yang popular seperti SGAG, MGAG, PGAG serta agensi pencipta digital Hepmil Creators' Network (HCN). Cabang kandungan asal kumpulan ini menghasilkan kandungan yang menjangkau lebih 30 juta Gen Z & milenia di seluruh rantau ini setiap minggu, manakala rangkaian penciptanya bekerjasama dengan lebih 800 pencipta kandungan digital terkemuka di rantau ini yang menghasilkan lebih 3 bilion tontonan bulanan.
Hepmil Media Group mempunyai pejabat yang terletak di Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina dengan lebih 150 pekerja merentas enam negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.hepmil.com/