omniture

XCMG Machinery Lancar Produk Peralatan Perlombongan Baharu, Perluas Skop Aplikasi untuk Meliputi Kitaran Penuh Operasi Perlombongan

XCMG Machinery
2023-04-21 17:27 14

XUZHOU, China, 21 April 2023 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE:000425), pengeluar peralatan pembinaan Cina yang terkemuka, telah melancarkan tiga produk jentera perlombongan baharu, termasuk mesin pengorek perlombongan XE690DK, trak pembuang elektrik autonomi XDR80TE-AT dan trak pembuang perlombongan XDE240 yang akan menyokong operasi perlombongan global dan projek pembinaan infrastruktur dengan lebih baik.

Trak perlombongan elektrik XDR80TE-AT tanpa pemandu daripada XCMG, menonjol daripada lebih 11,000 penyertaan, dianugerahkan iF Design Award 2023 dalam disiplin Produk di bawah kategori Automobil/Kenderaan.
Trak perlombongan elektrik XDR80TE-AT tanpa pemandu daripada XCMG, menonjol daripada lebih 11,000 penyertaan, dianugerahkan iF Design Award 2023 dalam disiplin Produk di bawah kategori Automobil/Kenderaan.

Mesin pengorek perlombongan XE690DK ialah salah satu model paling laris terjual daripada XCMG dan baru-baru ini dilancarkan di Indonesia. Dilengkapi dengan sistem kuasa luar biasa bagi menyampaikan prestasi yang cekap, ia memiliki reka bentuk yang selamat, mesra alam dan menjimatkan tenaga yang dapat memenuhi keperluan pembinaan dalam pelbagai keadaan kerja sepenuhnya dan mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan.

Di majlis pelancaran produk yang diadakan pada Februari di Indonesia, XCMG menandatangani tempahan yang berjumlah kira-kira 100 unit XE690DK dan terus menerima tempahan baharu.

Trak perlombongan elektrik XDR80TE-AT tanpa pemandu, yang baru sahaja memenangi iF Design Award 2023 dalam disiplin Produk di bawah kategori Automobil/Kenderaan, telah mengeluarkan ruang pemandu kendalian sepenuhnya dan menyokong dua mod – kawalan jauh dan kawalan kecerdasan buatan (AI) berautonomi sepenuhnya. Trak ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi, termasuk sensor visual dan akustik, radar laser, radar gelombang-milimeter dan kamera. Di bawah mod berautonomi sepenuhnya, teknologi AI boleh menetapkan destinasi secara automatik dan merancang laluan dengan mengikuti jadual pengeluaran sistem operasi perlombongan sambil mengupayakan operasi terselaras dengan peralatan lain tanpa mengira automasi.

Dalam pada itu, trak pembuang perlombongan XDE240 berjaya menyelesaikan tugas perlombongan dengan sensor persekitaran termaju, navigasi dan keupayaan penentududukannya. Sebelum ini, kumpulan XDE240 mencapai operasi trak perlombongan tanpa pemandu sepenuhnya sebagai sebuah kumpulan di China, lalu memberikan penandaaras seterusnya bagi hala tuju pembinaan perlombongan pintar China.

Penyelesaian perlombongan tanpa pemandu XCMG membina lombong digital bersepadu, pusat kawalan menetapkan tugas kepada peralatan, manakala kenderaan menetapkan sasaran berdasarkan kepada senarai tugas dan menghitung laluan dan mereka dapat menilai tahap keselamatan laluan serta mengelakkan halangan secara berautonomi.

"Tapak perlombongan mempunyai keadaan kerja yang sangat mencabar yang menimbulkan risiko yang lebih besar kepada orang ramai, idea membina 'lombong tanpa pemandu' bertujuan untuk mengatasi masalah utama ini. Memanfaatkan teknologi canggih termasuk 5G dan kembar digital yang lebih maju ketika ini, peralatan jentera perlombongan kami pantas menyaingi bagi menyampaikan penyelesaian tanpa pemandu dalam era teknologi pintar," kata Cui Jisheng, Penolong Presiden XCMG dan Pengurus Besar XCMG Mining Machinery.

Dengan pemeteraian perkongsian dengan wakil pengedar tempatan seperti GMT, XCMG telah membina rangkaian jualan dan perkhidmatan di Indonesia sebagai jenama jentera pembinaan No.1 dalam pasaran tempatan dan lebih daripada 10,000 unit dan set peralatan XCMG beroperasi dengan rancak untuk lombong-lombong utama dan projek-projek pembinaan infrastruktur.

Sebagai salah satu daripada sebilangan kecil pengeluar yang membangunkan penyelesaian perlombongan bersepadu dan set lengkap besar jentera perlombongan untuk lombong lelubang terbuka, portfolio produk perlombongan komprehensif daripada XCMG kini meliputi seluruh proses bermula daripada penggerudian hingga logistik. Peralatan utamanya, termasuk mesin pengorek 700-tan, trak pembuang 440-tan, jentera angkut 35-tan dan perata tanah 550-kuasa kuasa, memainkan peranan penting dalam projek-projek perlombongan dan pembinaan yang terkemuka di seluruh dunia.

"Komited untuk menyediakan produk 'Mantap untuk Berjaya' ('Solid to Succeed') buat semua pelanggan, XCMG menggiatkan R&D yang inovatif dan pembuatan pintar peralatan serta penyelesaian perlombongan demi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat dengan lebih baik," kata Cui.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://en.xcmg.com/en-ap/ atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeInstagramTikTok dan LinkedIn.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation New products/services