omniture

Inovasi Berterusan dalam Domain IP, Tingkatkan Pertumbuhan Baharu Pembawa

Huawei
2023-04-21 21:26 60

PARIS, 21 April 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia MPLS SD & AI Net 2023, sidang kemuncak teknologi Huawei yang bertema "Inovasi Berterusan dalam Domain IP, Meningkatkan Pertumbuhan Baharu", diadakan dengan jayanya di Pusat Pameran Paris di Paris. Sidang kemuncak ini membincangkan seni bina rangkaian sasaran, evolusi protokol dan teknologi automasi dengan harapan agar dapat membantu pembawa membina rangkaian IP tertumpu bagi meningkatkan kecekapan dan memperkenalkan penyelesaian dan seni bina rangkaian terurus digital yang bertujuan untuk membantu pembawa bertransformasi daripada ISP kepada MSP dan memacu pertumbuhan baharu perkhidmatan B2B.

Zuo Meng, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei
Zuo Meng, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei

Menurut trend pembangunan industri ini, penganalisis kanan Omdia Sameer Malik menyatakan bahawa pelaksanaan berskala besar 5G dan jalur lebar rumah gigabit di seluruh dunia dan pemecutan transformasi digital industri, rangkaian pengangkut IP pembawa bukan sahaja perlu meningkatkan lebar jalur, tetapi juga menyediakan sambungan pintar untuk mengangkut pelbagai perkhidmatan dengan jaminan SLA yang dibezakan. Hal ini, berserta kelebihan rangkaian, akan membolehkan pembawa memperluaskan perkhidmatan B2B.

Dari segi seni bina rangkaian, Gu Rui, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menghuraikan tentang seni bina rangkaian sasaran IP berorientasikan masa depan. Beliau menjelaskan bahawa seni bina ini menampilkan ultra-jalur lebar, pengangkut khidmat penuh, automasi tinggi, perkhidmatan sehenti dan reka bentuk hijau. Teknologi seperti Wi-Fi 7, 800GE dan seni bina ortogon bukan sahaja membantu membina rangkaian infrastruktur ultra-jalur lebar untuk memenuhi keperluan demi pengalaman pengguna yang unggul. Platform perkakasan semua-dalam-satu dan penghirisan rangkaian memenuhi keperluan pengangkut tertumpu dan menyediakan jaminan SLA yang dibezakan. Automasi tinggi diupayakan berdasarkan kepada SRv6 dan peta digital rangkaian. Ia menyediakan perkhidmatan sehenti untuk pelanggan B2B berdasarkan kepada talian persendirian IP pembawa dengan rangkaian terurus digital. Selain itu, inovasi penjimatan tenaga dan pengurangan emisi di peringkat peralatan, rangkaian dan operasi membantu membina rangkaian IP hijau dan menjamin pembangunan rangkaian yang mampan.

Dari segi evolusi protokol, Ketua Pakar Protokol IP Huawei Robin Li berkata SRv6 ialah salah satu protokol terbaik untuk evolusi rangkaian IP. Piawaian dan teknologi SRv6 menjadi semakin matang. Lebih daripada 160 rangkaian telahpun dilaksanakan dengan SRv6 di peringkat global dan pelaksanaan dilihat semakin meningkat. Carsten Rossenhövel, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi European Advanced Networking Test Center (EANTC), memperkenalkan keputusan daripada ujian saling boleh kendali berbilang vendor SRv6 dalam tahun 2023. Sejumlah lapan vendor arus perdana mengambil bahagian dalam ujian itu, termasuk Huawei. Keadaan ujian SRv6 meliputi semua senario termasuk protokol penghalaan asas, Dasar SRv6, mampatan pengepala, keandalan dan OAM. Sejak enam tahun yang lalu, semakin banyak vendor mengambil bahagian dalam ujian saling boleh kendali SRv6 dan senario aplikasi telah disahkan sepenuhnya.

Dari segi automasi, ahli Lembaga Seni Bina Rangkaian IETF Wu Qin berkata era rangkaian autonomi (AN) telahpun tiba. Teknologi AN sedang membangun menuju kebolehprograman dan keterbukaan rangkaian, penyahgandingan pelaksanaan-definisi perkhidmatan, pendigitalan rangkaian, pengurusan pintar dan hala tuju penting yang lain. Peta digital rangkaian berasaskan telemetri menyediakan visualisasi rangkaian daripada dimensi seperti infrastruktur, rangkaian, hirisan, laluan, perkhidmatan dan aplikasi. Ia juga membolehkan pengesahan simulasi hasrat konfigurasi dan pengoptimuman trafik. Ini dapat membantu pembawa mengurus rangkaian fizikal dengan lebih baik dengan keupayaan digital.

Bagi perkhidmatan B2B pembawa, Wen Huizhi, Ketua Arkitek Penyelesaian Barisan Pengeluaran Komunikasi Data Huawei, memberi pencerahan tentang reka bentuk seni bina dan penyelesaian untuk perkhidmatan rangkaian terurus digital. Pembawa perlu mereka bentuk dalam lima domain, termasuk rangkaian fizikal, rangkaian pengguna, O&M, sekuriti dan perkhidmatan serta menyediakan keupayaan NaaS bagi memenuhi jaminan yang dibezakan, kolaborasi silang-domain, perlindungan semua-senario dan keperluan O&M tahap bakat.

Akhir sekali, Zuo Meng, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei berkata Huawei bersedia untuk bekerjasama dengan pembawa dan rakan industri untuk menggalakkan evolusi rangkaian IP bersasar, membina rangkaian IP ultra-jalur lebar tertumpu yang lebih baik, meneroka senario baharu, perkhidmatan dan model perniagaan serta mempercepatkan transformasi digital industri, seterusnya membantu pelanggan mencapai kejayaan perniagaan dan memacu pertumbuhan baharu.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news