omniture

GWM Mengadakan Persidangan Global 2023 bersama Rakan Kongsi di Shanghai

GWM
2023-04-23 10:52 63

BAODING, China23 April 2023 /PRNewswire/ -- Pada 19 April, GWM mengadakan Persidangan Global 2023 dengan tema "GWM BAHARU TENAGA BAHARU" ("NEW GWM NEW ENERGY"), dihadiri oleh lebih 260 wakil pengedar dari lebih 60 negara dan wilayah.

GWM Mengadakan Persidangan Global 2023 bersama Rakan Kongsi di Shanghai
GWM Mengadakan Persidangan Global 2023 bersama Rakan Kongsi di Shanghai

Mu Feng, Presiden GWM, memberi pengenalan yang terperinci kepada peserta tentang pengembangan global GWM, Ekosistem Hutan dan perancangan strategik tenaga baharu masa depan.

Mu Feng berkata bahawa GWM telah mengeluarkan pengisytiharan mengenai tenaga baharu kepada dunia, iaitu NEV Pintar GWM, Lebih Hijau, Lebih Tinggi, Lebih Selamat. Pada masa akan datang, berasaskan kepada Ekosistem Hutan, GWM akan mengguna pakai model "SATU GWM" dan strategi produk tunggal besar global untuk melaksanakan perancangan dibezakan bersasar dalam pasaran global dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi global untuk mencipta produk tenaga baharu yang berkualiti tinggi untuk pelanggan.

Di persidangan tersebut, GWM mengadakan sebuah majlis penganugerahan besar-besaran untuk memberi pujian kepada pengedar yang bekerjasama dengan GWM untuk meluaskan pasaran. Parker Shi, Naib Presiden dan Ketua pasaran antarabangsa GWM, menganugerahkan anugerah kehormat kepada rakan-rakan kongsi pengedar yang telah melakar pencapaian yang cemerlang. Sebelum upacara tersebut, GWM turut mengadakan Majlis Penandatanganan Rakan Niaga Global dan menjalin perkongsian bersama berpuluh-puluh pengedar baharu daripada pasaran global.

GWM turut menjemput ratusan wakil pengedar untuk melawat kilang dan makmal R&D pada malam persidangan dan menghadiri sidang akhbar GWM di Auto Shanghai yang memberi pemahaman yang lebih komprehensif kepada pengedar tentang Ekosistem Hutan. Para pengedar menyatakan pengiktirafan mereka kepada kekuatan pembuatan kenderaan GWM yang hebat dan produk tenaga baharu yang pintar.

Rakan kongsi pengedar baharu berkata, "Lawatan ke GWM memberi pengalaman penyelesaian tenaga baharunya yang cemerlang kepada saya dan saya berharap dapat membawa kenderaan tenaga baharu kepada lebih ramai pelanggan tempatan sebaik mungkin."

Pengedar dari Australia, Afrika Selatan dan Brazil optimis tentang prestasi pasaran masa depan GWM. Wakil-wakil pengedar percaya bahawa kualiti cemerlang, ciri-ciri mewah dan kelebihan tenaga baharu GWM diiktiraf oleh pengguna dan ia semakin mendapat reputasi yang baik. Kerjasama dengan GWM akan menjadi langkah yang penting menuju masa depan yang lebih baik.

Ketika ini, GWM terus memperluaskan jualan global dan susun atur pasarannya. Pada tahun 2022, volum jualan luar negara GWM melangkaui 170,000 unit, dengan peningkatan 21.28% berbanding tahun sebelumnya, seraya mencatat rekod tinggi. Sejak eksportnya pada tahun 1997, GWM mempunyai lebih 700 saluran jualan luar negara yang meliputi lebih daripada 170 negara dan wilayah seluruh dunia, dengan jumlah jualan mencecah lebih daripada satu juta kenderaan.

Pada masa akan datang, GWM akan menggalakkan pelaksanaan luar negara terhadap seluruh rantaian industri termasuk produk, teknologi dan perkhidmatan. GWM juga dijangka mengukuhkan Ekosistem Hutan bagi mencapai hasil yang saling menguntungkan untuk semua dan menggalakkan secara bersama transformasi strategi tenaga baharu global GWM bersama rakan-rakan kongsi pengedar global.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Trade show news