omniture

IMOU lancar A.I. rumah pintar generasi seterusnya dengan IMOU SENSE, matriks algoritma termaju dibangunkan sendiri

IMOU
2023-04-23 13:17 75

Menawarkan ketepatan lebih baik dan pengesanan pintar dengan algoritma pintar, algoritma navigasi dan algoritma persepsi

HANGZHOU, China, 23 April 2023 /PRNewswire/ -- IMOU, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan IoT pintar yang terkemuka, hari ini melancarkan IMOU SENSE, matriks algoritma AI yang dibangunkan sendiri dengan slogan "Sangat Pintar, Sangat Tepat" ("So Smart, So Accurate"). IMOU SENSE telah dibangunkan berdasarkan kepada keupayaan penyelidikan dan pembangunan syarikat yang mantap, menyediakan penyelesaian terpelbagai untuk senario penggunaan yang berbeza, lalu mencipta pengalaman yang lebih mudah dan cekap untuk pengguna produk pintar.


Matriks algoritma IMOU SENSE terdiri daripada algoritma pintar, algoritma navigasi dan algoritma persepsi.

Algoritma pintar termasuk teknologi AI video, melibatkan pengecaman atribut (pengecaman atribut ahli keluarga, pengecaman gerak isyarat, dsb.), pengesanan sasaran (figura manusia, kenderaan, pakej, wajah, pengesanan haiwan peliharaan, dsb.), penjejakan sasaran, analisis tingkah laku (pengesanan jatuh, pencerobohan perimeter) dan teknologi AI audio melibatkan algoritma 3A, penyetempatan sumber bunyi, pengesanan bunyi tak normal, dsb. Algoritma navigasi, sebahagian besarnya digunakan untuk perkhidmatan rumah dan robot pembersih, mengandungi algoritma SLAM, algoritma perancangan laluan dan algoritma kawalan pembuatan keputusan. Algoritma persepsi sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk menentu ukur sensor berbilang sumber dan pemprosesan serta penyatuan maklumat sensor berbilang sumber. Sensor yang terlibat termasuk penglihatan binokular, kamera cahaya berstruktur, radar gelombang milimeter, laser garis, kamera TOF dsb. Aplikasi tipikal termasuk anggaran kedalaman latar, pengesanan keaktifan, pengelakan halangan robot, dsb.

AI Yang Benar-benar Tepat

Bergantung pada asas kuasa pengkomputeran kukuh dan keupayaan algoritma utama IMOU, IMOU SENSE ialah AI yang benar-benar tepat. Algoritma IMOU telah meraih pencapaian dalam banyak bidang seperti pengesanan objek, penjejakan objek, pengesanan perubahan dan prakajian teknikal termaju. Pencapaian ini termasuk VOT-ST2020, pemenang bagi pertandingan antarabangsa untuk penjejakan objek visual, Kertas Kajian Sesi Terbaik Persidangan Asia mengenai Teknologi Kecerdasan Buatan ke-2, tempat pertama dalam pemeringkatan ketepatan komprehensif penanda aras penjejakan objek generik (GOT-10k) dan tempat pertama dalam set data berskala besar untuk pengesanan objek dalam imej udara (DOTA).

Bergantung kepada platform awan IMOU, IMOU SENSE memperoleh data pengguna, meningkatkan kualiti data latihan dan merealisasikan gelung tertutup data, yang mana, dari satu segi, dapat terus meningkatkan ketepatan algoritma dan dari satu segi yang lain, merealisasikan generalisasi algoritma untuk pelbagai senario rumah. IMOU SENSE disesuaikan dan dioptimumkan pada tahap cip agar cip AI dapat digunakan secara sebaik mungkin.

Dalam senario rumah pintar sebenar, IMOU SENSE menyokong pengesanan kategori berbilang sasaran yang tepat seperti manusia, kenderaan, haiwan peliharaan, wajah dan pakej serta menyokong sebarang penyusunan dan kombinasi kategori-kategori sasaran di atas. Di samping itu, dengan bantuan algoritma penjejakan sasaran, kamera yang dilengkapi dengan IMOU SENSE dapat terus mengikut sasaran minat, merekod trajektori dan melaporkan maklumat tepat pada masanya apabila tingkah laku tidak normal dikesan. IMOU SENSE mengupayakan pengesanan dan maklum balas pada masa sebenar, dengan keputusan pengesanan yang tepat iaitu 20%-50% lebih tinggi dari segi kadar ketepatan berbanding algoritma yang didatangkan dengan cip.

AI Yang Benar-benar Pintar

IMOU SENSE mempunyai pemahaman mendalam terhadap senario yang menjadikannya AI yang benar-benar pintar. Untuk robot pembersih yang dilengkapi dengan IMOU SENSE, robot ini bukan sahaja mengetahui di mana ia berada, tetapi juga mengetahui apa yang mengelilinginya dan bagaimana ia dapat berfungsi dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, IMOU SENSE dapat beradaptasi kepada senario yang tidak diketahui dan tidak berstruktur. Apabila robot ditempatkan dalam persekitaran yang asing, ia berupaya untuk meneroka dan mempelajari secara bebas persekitaran sekelilingnya.

Menggunakan robot pembersih yang dilengkapi dengan IMOU SENSE umpamanya, ia menjadikan proses pembersihan lebih pintar, dengan IMOU SENSE menjamin pengesanan kemas kini dinamik bingkai utama, membolehkan robot memahami dengan lebih baik senario dan menangani situasi yang tidak diketahui. Ia juga dapat melengkapkan pembinaan peta dan perancangan laluan lebih cepat dan lebih tepat apabila berhadapan dengan persekitaran yang asing dan pengelakan halangan, bagi menjadikan pembersihan yang lancar.

Rancangan pembersihan juga lebih pintar. Penentududukan berkejituan tinggi dan kapasiti pemetaan penyatuan IMOU SENSE menyokong rancangan pembersihan yang lebih disesuaikan untuk beradaptasi kepada pelbagai situasi di rumah pengguna, menjadikan pembersihan lebih cekap.

IMOU SENSE menyokong pengesanan lebih daripada 30 kategori objek senario rumah dan merancang strategi pengelakan halangan disesuaikan untuk setiap kategori bagi memastikan operasi robot pembersih yang selamat. Di samping itu, dengan bergantung pada algoritma pengecaman latar, robot IMOU dapat mengesan secara berautonomi senario di mana ia berada dan kemudian menyediakan penyelesaian pembersihan yang disesuaikan dan diperibadikan. Sebagai contoh, apabila dikesan bahawa robot berada di persekitaran dapur atau bilik mandi, ia akan meningkatkan kekuatan mengemop secara automatik; apabila dikesan bahawa robot berada di persekitaran bilik tidur, ia akan melaraskan sedutan secara dinamik untuk mengelakkan daripada memperkenalkan bunyi yang berlebihan.

Kamera keselamatan IMOU yang baru dilancarkan Cruiser 2 dan Rex 3D merupakan produk IMOU pertama yang dilengkapi dengan IMOU SENSE. Banyak lagi produk yang akan diperkenalkan dengan IMOU SENSE, menyediakan penyelesaian terpelbagai untuk senario penggunaan yang berbeza.

Latar Belakang IMOU

IMOU, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan IoT pintar yang terkemuka, komited untuk mencipta gaya hidup yang lebih mudah, lebih pintar dan lebih selamat untuk setiap pengguna dan keluarga mereka melalui teknologi canggih dan produk pintar.

Dengan 4 sistem produk utama (IMOU Security, IMOU Robots, IMOU Lights dan IMOU Link) yang berasaskan kepada teknologi AI teras dan teknologi awan, IMOU menyediakan penyelesaian terpelbagai mengikut senario penggunaan yang berbeza, seterusnya mencipta pengalaman yang lebih mudah dan cekap untuk pengguna produk pintar.

Produk-produk IMOU telah meliputi lebih daripada 100 negara dan lebih 30 juta pengguna di serata dunia telahpun menikmati keselamatan dan kemudahan yang dibawa oleh IMOU. Maklumat lanjut boleh ditemui di www.imoulife.com.

 

 

 

Source: IMOU
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Telecommunications New products/services Data Analytics