omniture

Veeva Pulse Dedahkan Kandungan Digital Lebih Dua Kali Ganda Lebih Berkesan dalam Memacu Respons Promosi Di Peringkat Global

Veeva Systems
2023-04-24 09:00 66

Peluang signifikan untuk biofarmaseutikal memandangkan hanya 39% mesyuarat HCP di seluruh dunia pada hari ini memaparkan kandungan digital

SINGAPURA, 24 April 2023 /PRNewswire/ -- Veeva Systems (NYSE: VEEV) hari ini mengeluarkan Laporan Trend Lapangan Veeva Pulse yang terkini, analisis terbesar penglibatan profesional penjagaan kesihatan global (HCP) dalam industri biofarmaseutikal. Data menunjukkan bahawa memanfaatkan kandungan digital semasa mesyuarat secara bersemuka dan video mencapai respons promosi yang lebih baik berbanding yang tidak menggunakan kandungan digital.

Menggunakan kandungan digital dalam mesyuarat HCP mempunyai impak signifikan yang boleh diukur. Pandangan Veeva Pulse menunjukkan bahawa pasukan lapangan yang berjaya berkongsi kandungan empat kali lebih banyak daripada syarikat yang tidak berkongsi, lalu mewujudkan kelebihan yang jelas. Namun begitu, lebih daripada 60% penglibatan lapangan dalam seluruh industri ini tidak menggunakan kandungan digital, terlepas peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya pertukaran yang terhad dan tepat pada masanya dengan HCP.

"Data Veeva Pulse menunjukkan bahawa pasukan lapangan menjadi semakin sedar akan kepentingan memanfaatkan kandungan digital semasa mesyuarat secara bersemuka dan video," kata Shafi Hussain, ketua perunding perniagaan Veeva Asia. "Dalam pasaran seperti Jepun dan Korea, kami turut menyaksikan peningkatan dalam pasukan lapangan yang memanfaatkan platform digital seperti Veeva Engage."

Analisis Veeva Pulse menunjukkan bahawa kandungan digital yang digunakan semasa mesyuarat di APAC, Korea dan Jepun merupakan penggalak penting untuk meningkatkan keberkesanan lapangan dan memacu perbualan yang lebih memberi impak:

  • Pasukan lapangan di APAC menggunakan kandungan paling banyak apabila berinteraksi dengan HCP melalui Veeva Engage, berbanding dengan saluran video yang lain. Penggunaan kandungan di rantau ini adalah yang tertinggi apabila wakil jualan memanfaatkan Veeva Engage, dengan 88% daripada semua mesyuarat dengan HCP menggunakan kandungan digital. Secara keseluruhan, wakil jualan berkongsi kandungan digital dengan lebih kerap melalui saluran video berbanding melalui mesyuarat secara bersemuka.
  • Pasukan lapangan di Australia paling banyak berinteraksi dengan HCP melalui platform digital, diikuti dengan pasukan di Filipina dan Jepun. Emel dan alatan pertemuan maya seperti Veeva Engage merupakan saluran komunikasi HCP yang paling digemari dalam pasaran-pasaran ini. Di Australia, purata masa untuk interaksi HCP adalah sehingga 17 minit, paling lama daripada semua pasaran.

Di seluruh dunia, analisis Veeva Pulse turut menunjukkan bahawa kandungan digital terus memacu pengalaman yang lebih diperibadikan dengan HCP dan hasil jualan yang lebih baik:

  • Kandungan berimpak tinggi memacu penglibatan HCP. Pada tahun lalu, biofarmaseutikal di seluruh dunia mencipta 20% lebih banyak kandungan. Namun begitu, daripada kesemua kandungan yang dicipta oleh pasukan lapangan, 77% adalah jarang atau tidak pernah digunakan. Ini menunjukkan adanya keperluan untuk syarikat-syarikat memfokuskan strategi kandungan mereka untuk membangunkan sedikit aset yang terbukti berkesan dalam memajukan penglibatan yang relevan dengan HCP.
  • Pasukan yang berjaya menggunakan kandungan empat kali ganda lebih banyak. Wakil lapangan yang paling banyak menggunakan kandungan digital mengatasi empat kali ganda daripada mereka yang jarang memanfaatkannya. Pasukan lapangan mempunyai ruang untuk mencapai pertumbuhan, ketika ini berkongsi kandungan digital hanya dalam 39% daripada mesyuarat, biarpun dengan keberkesanannya yang terbukti.

Latar Belakang Laporan Trend Lapangan Veeva Pulse

Menganalisis lebih 600 juta interaksi dan aktiviti HCP secara tahunan daripada lebih 80% pasukan lapangan biofarmaseutikal komersial di seluruh dunia, Laporan Trend Lapangan Veeva Pulse penanda atas industri terbesar seumpamanya bagi penglibatan HCP. Analisis ini menyusun data transaksi waktu sebenar yang direkodkan dalam Veeva CRM untuk menyampaikan pandangan aktiviti penglibatan dalam sains hayat. Diindeks oleh Veeva secara suku tahunan, data ini membantu syarikat-syarikat menanda aras prestasi secara berkesan dan tepat bagi menetapkan matlamat yang betul dan boleh diambil tindakan demi pertumbuhan dan impak yang berterusan.

Maklumat Tambahan

Untuk memuat turun Salinan Laporan Trend Lapangan Veeva Pulse, kunjungi: veeva.com/FieldTrends
Ketahui lebih lanjut tentang Veeva Business Consulting: veeva.com/BusinessConsulting
Berhubung dengan Veeva di LinkedIn: linkedin.com/company/veeva-systems-apac

Latar Belakang Veeva Systems

Veeva ialah peneraju global dalam perisian awan untuk industri sains hayat. Komited terhadap inovasi, kecemerlangan produk dan kejayaan pelanggan, Veeva menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1,000 pelanggan, bermula daripada syarikat farmaseutikal terbesar dunia hingga bioteknologi baru muncul. Sebagai sebuah Perbadanan Manfaat Awam, Veeva komited untuk mengimbangi kepentingan semua pihak berkepentingan, termasuk pelanggan, pekerja, pemegang saham dan industri yang mendapat khidmatnya. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://veeva.com/ap.

Kenyataan Pandang ke Hadapan Veeva
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berhubung produk dan perkhidmatan Veeva dan keputusan atau faedah yang dijangkakan daripada penggunaan produk dan perkhidmatan kami. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa kami. Keputusan sebenar boleh berbeza dengan ketara daripada yang disediakan dalam siaran ini dan kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan sedemikian. Terdapat pelbagai risiko yang berpotensi memberi kesan yang negatif ke atas keputusan kami, termasuk risiko dan ketidaktentuan yang didedahkan dalam pemfailan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir pada 31 Januari 2023 yang mana anda boleh temui di sini (ringkasan risiko yang mungkin memberi kesan ke atas perniagaan kami boleh ditemui pada halaman 9 dan 10) dan dalam pemfailan SEC yang seterusnya, yang boleh anda akses di sec.gov.

Source: Veeva Systems
Related Stocks:
NYSE:VEEV
Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital New products/services Survey, Polls & Research Data Analytics