omniture

Menangi Hadiah Bernilai Lebih $70,000 Menerusi Pertandingan Filem Pendek Antarabangsa "My Rode Reel"

RODE Microphones
2014-03-25 10:00 96

SYDNEY, 25 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Jenama pro-audio RODE Microphones dengan bangganya mengumumkan pertandingan filem pendek antarabangsa "My RODE Reel" yang diilhamkan untuk memberi galakan kepada pembikin filem bebas yang baharu serta membuka peluang kepada mereka untuk memenangi hadiah bernilai lebih AS$70,000.

Bagi melihat aset multimedia dan widget media sosial berkaitan dengan siaran ini, sila klik: http://en.prnasia.com/pr/2014/03/25/140129912.shtml

Pertandingan "My RODE Reel" yang akan dimulakan pada Mac hingga Jun ini, bertujuan untuk memberikan galakan kepada para pembikin filem agar berusaha untuk menghasilkan filem terbaik dan terus meningkatkan mutu karya yang mereka hasilkan.

Para peserta pertandingan "My RODE Reel" dikehendaki untuk menghasilkan filem pendek yang mempunyai tempoh tidak melebihi lima minit, serta sedutan belakang tabir yang menunjukkan penggunaan mikrofon RODE semasa proses pembikinan filem berkenaan. RODE turut menyediakan pek penyertaan bagi menyertai pertandingan, serta templat penskripan, papan penceritaan dan banyak lagi yang boleh didapati dengan mendaftar di www.myrodereel.com.

Terdapat tiga hadiah utama untuk dimenangi daripada pertandingan pembikinan filem ini – hadiah juri bagi filem pendek, hadiah juri bagi sedutan belakang tabir dan juga hadiah menerusi undian awam bagi filem pendek. Kategori hadiah tambahan yang turut disediakan ialah Reka Bentuk Bunyi Terbaik, Runut Bunyi Terbaik dan banyak lagi.

Jumlah keseluruhan hadiah yang dipertandingkan adalah melebihi AS$70,000 dan ini termasuk kamera BlackMagic dan GoPro, lensa Carl Zeiss, tripod Miller, rig RedRock Micro, perkakas pengawasan SmallHD dan Teradek, lungsur dan jib Kessler, beg ThinkTank Photo, monitor studio Event, penyimpanan G-Technology, aksesori TetherTools, perisian daripada Adobe dan RedGiant, kredit pelesenan daripada The Music Bed serta tidak ketinggalan, mikrofon RODE. Senarai penuh bagi pek hadiah berkenaan boleh didapati di www.myrodereel.com.

RODE telah mengumpulkan panel penghakiman yang disegani bagi mengadili pertandingan "My RODE Reel" ini termasuklah pembikin filem yang mencetuskan inspirasi, Philip Bloom, hos Film Riot, Ryan Connolly dan juga Devin Graham yang terkenal menerusi saluran YouTube beliau yang amat menguja, Devin SuperTramp.

Bagi membantu pembikin filem yang menyertai pertandingan ini, RODE telah menghasilkan siri video pendidikan petua & teknik. Siri pendidikan yang dihoskan oleh Ryan Connolly dan Olivia Speranza ini akan memberi panduan proses pembikinan filem kepada para penonton bermula daripada peringkat prapenerbitan sehinggalah kepada penggambaran dan pascapenerbitan serta proses pengedaran.

Penyertaan bagi pertandingan "My RODE Reel" dibuka bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 31 Mei. Sebagai bonus untuk peserta awal, kesemua penyertaan yang diterima pada bulan Mac akan menerima perisian penyegerakan audio PluralEyes RedGiant yang bernilai AS$199 secara percuma.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.myrodereel.com.

Scott Emerton
scott.emerton@rodemic.com
+61-2-9648-5855

SUMBER: RODE Microphones

Source: RODE Microphones
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Computer Accessories