Madama Butterfly yang menakjubkan menyerlah di pentas opera timbul terbesar dunia
SYDNEY, 25 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pelabuhan Sydney dimeriahkan dengan acara Opera Handa tahunan ke-3 di Pelabuhan Sydney (21 Mac – 13 April) yang dimulakan dengan pentas airnya yang menakjubkan sebagai tuan rumah kepada produksi baharu Madama Butterfly. Opera Handa di Pelabuhan Sydney ini merupakan acara kebudayaan yang paling gah di bandar ini yang disinari bintang bergemerlapan serta berhampiran dengan air. Acara bertaraf dunia yang amat tersendiri untuk Sydney ini berjaya mengubah latar langit ikonik Sydney menjadi latar opera bagi 3,000 penonton pada waktu malam.
Bagi melihat aset multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/66153-opera-australia-madama-butterfly
Ini merupakan pengalaman opera yang amat tersendiri, dilengkapi dengan tempat duduk mewah, hidangan makan malam di bahagian atas pokok serta pentas yang memukau. Skala dan reka bentuk pentas adalah amat luas serta mengagumkan – Madama Butterfly menampilkan pentas terbuka seluas 44 x 29m, diserikan dengan matahari dan bulan yang menyinari Pelabuhan, hutan buluh Jepun serta pertunjukan bunga api pada waktu malam.
Barisan 60 artis dari 11 negara termasuk Jepun, Korea, Rusia, Siberia, Australia dan juga Sepanyol akan memeriahkan acara ini, dengan dua barisan pelakon persembahan yang diselang-selikan, di bawah pimpinan Hiromi Omura (Jepun) dan Hyeseoung Kwon (Korea Selatan) yang memainkan peranan utama. Ia memerlukan 626 pelakon, krew, ahli muzik dan juga kakitangan produksi untuk menjayakan persembahan itu sementara orkestra penuh pula dimainkan secara langsung di bawah pentas tersebut.
Produksi baharu yang hebat bagi Madama Butterfly ini dipimpin oleh pasukan kreatif Sepanyol, La Fura dels Baus, yang terdiri daripada Pengarah Alex Olle, Pereka Set Alfons Flores dan juga Pereka Kostum Lluc Castells.
Opera Handa yang dipentaskan di Pelabuhan Sydney bermula pada tahun 2012 ini merupakan sebahagian daripada matlamat Opera Australia untuk memudahkan orang ramai menikmati persembahan opera. Ia dengan pantas menjadi salah satu acara kebudayaan paling popular yang pernah dipentaskan di Australia, lalu meraih pelbagai anugerah dan turut menarik perhatian ramai penonton baharu. Opera Handa di Pelabuhan Sydney ini disokong oleh Destination NSW sebagai sebahagian daripada strategi pelancongan dan acara Kerajaan NSW, bersama Yayasan Antarabangsa Seni dan Kebudayaan.
Sydney amat terkenal di Australia kerana mampu menganjurkan pelbagai acara pentas yang eksklusif dan telah berjaya menarik perhatian penduduk dunia. Destination NSW telah lama memainkan peranan penting dalam menghasilkan dan turut menganjurkan acara bertaraf dunia yang menjadikan Sydney sebagai tumpuan pada peringkat global. Acara yang diadakan ini berjaya menarik sehingga 6 juta pengunjung ke Sydney pada setiap tahun, lalu menjana pendapatan sekitar AU$6.4 bilion menerusi perbelanjaan pengunjung tersebut.
Gambar, video dan fotografi selang masa boleh didapati dan akan dikemas kini dengan tetap di:
http://opera.org.au/aboutus/media_centre
Tiket bernilai AU$79-$350
http://opera.org.au/whatson/events/operaonsydneyharbour
Scott Dawkins
+61-403-937-074
publicity@opera.org.au
SUMBER Opera Australia