omniture

MetaTrader 4 Kini Dengan Majalah Kewangan

MetaQuotes Software Corp.
2014-03-24 10:45 105

LIMASSOL, Cyprus, 24 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, MetaQuotes Software Corp. [http://www.metaquotes.net] telah melancarkan versi baharu platform dagangan MetaTrader 4 [http://www.metaquotes.net/en/metatrader4] bagi membolehkan para pedagang membeli dan turut membaca majalah yang disediakan. Kini, lebih 7 juta pengguna MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 (dengan majalah disediakan) boleh mengakses serta membaca majalah sambil berdagang.

Dengan pelancaran MetaTrader Market (yang sama seperti AppStore) pada platform MetaTrader, kini para pedagang boleh membeli robot dagangan dan juga penunjuk teknikal yang ditawarkan. Majalah merupakan satu lagi jenis produk digital dalam MetaTrader Market bagi menawarkan fungsi tambahan kepada platform tersebut, selari dengan strategi jangka panjang syarikat.

Platform dagangan lanjutan seharusnya menyediakan bukan sekadar peluang perdagangan dan analisis teknikal. Para pedagang kini memerlukan kemudahan mudah alih, algoritma dan juga sosial serta akses kepada maklumat yang dapat membantu proses perdagangan dalam talian. Kesemua ini perlu disediakan menerusi satu platform yang sama. MetaQuotes berbeza daripada para pesaingnya kerana telah pun menyediakan kemudahan ini menerusi platform MetaTrader.

Tidak lama lagi, MetaTrader Market akan turut menyediakan buku tentang perdagangan kewangan. Perbincangan bersama para penerbit kini pada peringkat akhir dan buku tersebut boleh didapati pada platform yang disediakan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, MetaQuotes tetap meneruskan usahanya ke arah memperhebat tawaran produk serta turut menambahkan kategori baharu bagi produk digital dalam MetaTrader Market.

Buat masa ini, lebih 100 keluaran majalah daripada 5 majalah terkenal boleh didapati menerusi MetaTrader Market: Stock & Commodities, e-Forex, TRADERS', FX Trader Magazine dan juga Rynok Tsennykh Bumag (Pasaran Sekuriti). Market ini akan menambahkan bilangan majalah dan keluaran majalah secara berterusan.

Latar Belakang Syarikat

Setelah ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah menghasilkan platform dagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda dagangan MetaTrader. Ia turut terkenal pada peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian Forex. Kini, platform dagangan MetaTrader digunakan oleh lebih 600 syarikat broker dan juga bank di seluruh dunia. Platform baharunya, MetaTrader 5 telah dibangunkan oleh Syarikat ini dengan tumpuan terhadap produk dagangan pertukaran dan kini dihubungkan dengan pelbagai bursa dunia.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.metaquotes.net

Latar Belakang MetaTrader 4 dan MetaTrader 5

Platform dagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 menawarkan pelbagai fungsi hebat, bantuan analisis terkini berserta teknologi algoritma dan dagangan mudah alih yang mantap. Bagi tempoh dua tahun yang lalu, kedua-dua platform tersebut terus membangun menerusi konsep "semua dalam satu" yang membolehkan para pedagang untuk mendapatkan ciri maksimum dengan lebih mudah ketika berdagang.

Maklumat tambahan tentang MetaTrader4 dan MetaTrader5

Maklumat Perhubungan Akhbar
MetaQuotes Software Corp.
press@metaquotes.net
+7-843-200-10-11 Samb 132

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Magazines Publishing/Information Service New products/services