omniture

MOOC: Kursus Internet Baharu menerusi Platform Pembelajaran Antarabangsa openHPI

HPI Hasso-Plattner-Institute
2014-03-24 15:00 145

POTSDAM, Jerman, 24 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Dunia teknologi Internet yang kompleks akan diperlihatkan secara menyeluruh menerusi kursus dalam talian percuma yang disediakan oleh German Hasso Plattner Institute (HPI), bermula pada hari Isnin, 31 Mac menerusi platform pembelajaran antarabangsa http://www.openHPI.de. Pengarah institut, Prof. Christoph Meinel akan mengendalikan kursus dalam bahasa Inggeris tentang asas teknikal "rangkaian bagi rangkaian." Kursus dalam talian terbuka ini yang akan berlangsung secara besar-besaran selama enam minggu, bertajuk "Pengenalan kepada Antara Rangkaian menerusi TCP/IP" dibuka kepada semua, dengan pendaftaran secara percuma di https://openhpi.de/course/internetworking2014. Teknologi dan rekaan openHPI telah dipertingkatkan lagi agar bertepatan dengan permulaan kursus tersebut.

Meinel menjelaskan tujuan kursus dalam talian berkenaan sebagai pengalaman pembelajaran yang dibuka kepada semua: "Sesiapa sahaja yang menggunakan Internet setiap hari untuk memesan barangan, membaca berita atau menghantar e-mel perlu diberikan peluang untuk memahami teknologi berkaitan yang menjadikan semua ini suatu kenyataan." Profesor sains komputer dari Jerman itu akan memudahkan pemahaman perkara seperti asas pemindahan data digital dan juga prinsip fungsi rangkaian kawasan setempat (LAN) serta rangkaian kawasan luas (WAN) kepada para peserta. Antara topik penting lain dalam kursus tersebut ialah "jantung" Internet: model rujukan TCP/IP, protokol Internet serta aplikasi seperti e-mel dan juga komunikasi audio/video. Pratonton kursus Meinel boleh dilihat menerusi video YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=EgPqWyO8G_U.

Kursus tersebut juga ditawarkan dengan asas teknikal yang telah ditambah baik. Perisian asasnya juga kini telah disediakan untuk sejumlah besar pengguna. Ciri baharu lain ialah paparan kandungan yang telah diperhebat – yang kini juga boleh digunakan menerusi peranti mudah alih. Di samping itu, platform tersebut turut menggalakkan pembelajaran kolaboratif dalam komuniti pembelajaran sosial dengan memudahkan komunikasi menerusi forum baharu ini.

Maklumat Perhubungan Akhbar: presse@hpi.uni-potsdam.de, Jurucakap Hans-Joachim Allgaier, M.A., Tel.: +49(0)331-55-09-119.

 

Source: HPI Hasso-Plattner-Institute
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Education Internet Technology New products/services